Tuesday, May 7, 2013

KENAPA SELALU GAGAL


Jika korang mempunyai tabiat selalu memfokuskan minda korang kepada apa yang anda tidak mahu, maka ini masanya untuk menyedari bahawa ia hanya akan membawa korang lebih jauh daripada apa yang korang mahu.

Yang nyata, korang sedar apa yang korang fikirkan adalah satu langkah yang besar kehadapan. Kebanyakkan orang tidak tahu apa yang mereka fikirkan, sebaliknya mereka hanya terus bertindak mengikut pemikiran mereka itu.

Walau bagaimanapun penelitian dan pemerhatian ke atas apa yang korang fokuskan terhadap pemikiran korang pada setiap masa adalah KUNCI untuk mencipta kehidupan yang korang idamkan.

Semua orang mahu kehidupan yang lebih baik. Dalam percubaan untuk mengubah kehidupan dia orang kepada yang lebih baik, dia orang sering membeli buku motivasi, menghadiri seminar pembangunan diri dan juga kursus untuk memulakan perniagaan, tetapi mengapa percubaan dia orang selalu gagal.

Mungkin korang juga telah beberapa kali menghadiri kursus dan seminar, mendengar keset, CD dan membaca buku, sistem, kaedah, teknik tentang motivasi, program pembangunan diri dan juga peluang-peluang perniagaan, tapi pada akhirnya ia tidak dapat menghasilkan keputusan yang korang harap-harapkan.

Kenapa ia tidak berhasil?
Kenapa kebanyakkan program pembangunan gagal untuk diaplikasikan?


1. Kita takut untuk berubah
  • Program strategi pembangunan diri yang korang gunakan, koramg perlu ada satu titik keputusan untuk mengambil satu tindakan PERUBAHAN. Ia mungkin perubahan yang kecil atau perubahan besar. Apa yang perlu korang-korang semua lakukan adalah untuk keluar dari ZON SELESA korang tuh.
  • Untuk betul-betul berubah kita perlu lakukannya, keluarlah dari kepompong itu. Kejayaan hanya milik orang-orang yang berani untuk berubah. Minda bawah sedar korang dalam keadaan biasa tidak suka pada perubahan. Ternyata ia dijadikan untuk menahan dari sebarang perubahan, dalam keadaan biasa, ia tidak suka pada perubahan.
  • Ternyata ia dijadikan untuk menahan dari sebarang perubahan dan membiarkan korang untuk terus seperti keadaan mana korang yang sekarang lah. Ini disebabkan minda bawah sedar adalah satu mekanisme survival (kelangsungan hidup) yang menjadi fungsi utamanya. Ia mengerti apa sahaja jenis perubahan sebagai amaran untuk kelangsungan hidup kita.

2. Kita mahu keputusan segera / cepat.
  • Masyarakat sekarang banyak dipengaruhi oleh media dan pengiklanan yang mengharapkan keputusan yang cepat dan segera. Maka mereka mahukan ia SEKARANG dan ingin melihat keputusan serta-merta dalam satu sesi, satu hari, satu minggu, satu tajuk buku dan lain-lain lagi. Jika mereka tidak dapat keputusan segera, mereka hilang semangat dan berputus asa.
  • Keputusan segara adalah tidak mustahil, tetapi kadangkala korang memerlukan masa tambahan untuk selarikan tenaga korang dengan keinginan korang. Jika korang tidak dapat selarikan tenaga korang dengan betul, korang mungkin tidak dapat mencapai matlamat korang tuh.
  • Kemahuan untuk mendapat keputusan atau ganjaran yang segera selalunya membuatkan seseorang itu mengambil masa untuk selarikan tenaga mereka. Jadi sebenarnya ia mengambil masa yang lebih lama untuk mencapai matlamat yang mereka inginkan.

3. Kita berputus asa terlalu cepat.
  • Hampir semua orang terlalu cepat untuk berputus asa. Ini berpunca daripada keinginan untuk mendapat hasil, ganjaran dan keputusan yang segera. Bagaimanapun salah satu daripada sebab mengapa korang berputus asa terlalu cepat adalah kerana korang-korang tuh semua melihat kepada halangan-halangan dan cabaran-cabaran yang sementara sebagai bukti dan alasan, mengapa korang tidak boleh mencapai matlamat korang.
  • Apabila ianya terjadi korang menyalahkan diri korang sendiri, ataupun program-program pembangunan diri, kursus-kursus motivasi, seminar, buku, keset dan lain-lain lagi sebagai penyebab ketidakupayaan korang untuk mencapai matlamat dan korang akan berputus asa dengan cepat. Normal bagi korang dan aku kadang-kadang.

4. Korang hanya MENCUBA, sepatutnya korang perlu LAKUKAN.
  • Kebanyakkan orang hanya mencuba untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan. Masalahnya di sini ialah, setiap kali korang mencuba, korang sebenarnya membuat persiapan untuk menemui kegagalan pada diri korang.
  • Realitinya korang tidak boleh mencuba untuk melakukan sesuatu. Ia hanya ada dua pilihan, samada korang mahu LAKUKAN atau TIDAK. Jadi sebenarnya tiada istilah mencuba untuk berjaya.
  • Minda korang mungkin menolak konsep ini, tetapi ia adalah benar. Korang mungkin berkata,? saya telah mencuba bermacam-macam perkara itu dan ini, dan akhirnya saya berjaya juga?. Okey,korang berjaya apabila korang berhenti mencuba dan mula melakukannya.
  • Korang telah lakukan apa yang korang perlu lakukan untuk mencapai matlamat korang. Jadi pelajaran dan pengajarannya di sini ialah korang-korang tidak boleh berjaya selagi korang tak mencuba. Tetapi apabila korang berhenti mencuba dan mula lakukan korang boleh mula mengharapkan keputusannya.
  • Bila seseorang mencuba program pembangunan diri, mereka serta-merta menjuruskan diri mereka ke arah kegagalan. Mencuba merupakan binaan-dalam kepada kegagalan kerana jika kita mencuba sesuatu dan tidak berjaya, kita biasanya hanya mampu berkata tak mengapa, sekurang-kurangnya aku telah mencuba. Tetapi itu menunjukkan korang tidak dapat apa yang korang mahukan.
  • Masalahnya di situ ialah, korang hanya boleh mempunyai dua perkara dalam hidup iaitu, alasan atau jawapan. Dengan kata lain, samada korang memiliki apa yang korang mahukan atau korang memiliki sebab atau alasan mengapa korang tidak dapat memiliki apa yang korang mahukan. Tetapi di sana tidak ada jalan tengah.
  • Maknanya di sini ialah, kejayaan atau kegagalan mana-mana program pembangunan diri (atau perkara-perkara lain) ini adalah berdasarkan kepada tindakan korang samada korang terus  melakukan atau hanya mencuba untuk lakukan.
  • Mereka yang mencuba aku jamin akan gagal. Mereka yang lakukan (tindakan berterusan sehingga mereka mendapat keputusan yang mereka inginkan) adalah orang-orang yang mencapai impian hebat yang mereka idam-idamkan selama ini.

5. Korang hanya focus kepada APA dan BAGAIMANA sepatutnya KENAPA (IMPIAN).
  • Hampir semua orang yang gagal dalam usaha membangunkan diri, perniagaan, kejaya, kewangan dan lain-lain adalah kerana dia orang hanya terlalu focus kepada APA dan BAGAIMANA mereka perlu lakukan untuk mendapat apa yang dia orang mahukan.
  • Sepatutnya mereka perlu lebih memberi focus yang khusus KENAPA mereka mahukannya. Jika korang hilang fokus kepada KENAPA korang mahu apa yang korang mahu, (why you want what tou want) daripada korang fokus kepada APA dan BAGAIMANA ia perlu diselesaikan, korang akan hilang motivasi dan semangat korang serta berputus asa bila keadaan menjadi bertambah sukar dan getir.
  • Kecuali korang secara berterusan fokus kepada KENAPA (WHY)  “Faedah atau apa yang akan korang perolehi apabila korang mencapai matlamat korang tuh”..  Korang tidak akan boleh untuk membuat perubahan yang korang idamkan dan korang akan putus asa secepat mungkin bila halangan yang datang bertali arus.
  • Apa yang perlu dilakukan ialah korang membuat keputusan betapa PENTINGNYA korang mempunyai sebab kenapa korang mahu. KENAPA korang mahu apa yang korang mahu?. Lupakan tentang apa yang perlu korang LAKUKAN untuk mendapatkannya. Ia akan menjaga dirinya sendiri.
  • Jika korang tidak jelas KENAPA korang mahu apa yang korang mahu (why you want what you want).. (faedahnya korang akan perolehi bila korang mencapai matlamat korang nanti) dan korang tidak serius mengambil tindakan terus sehingga korang mencapainya.
  • Lebih baik! korang tidak perlu membuang masa korang untuk membaca pelajaran yang selanjutnya. Sebaliknya korang duduk di dalam zon selesa korang dengan berehat di atas sofa, tonton TV sambil minum coke dan makan kacang atau pun keropok lekor dan hanya lakukan apa yang biasa anda lakukan dan wa jamin korang akan dapat apa yang korang biasa dapat sekarang ini.
  • Tetapi jika korang ghairah ataupun ada rangsangan yang hebat dalam diri tentang membuat perubahan yang besar dalam hidup, jika korang betul-betul bersedia untuk menarik apa yang korang idamkan selama ini, dan korang tidak akan berasa berputus asa sehingga mencapainya, maka sesuatu yang indah akan berlaku dalam hidup.

YOUR SINCERELY:

SAFIE MOKHTAR

No comments :

Post a Comment