Saturday, May 11, 2013

Petua hilangkan bau badan


Ada masalah bau badan?? Ha, tak payah nak cakap yang korang tuh wangi jup sepanjang masa.. Kalau tak ada bantuan perfume, puihh, tak ada wanginya lah weyhh.. Cuba korang dari pagi sampai petang tak pakai apa-apa perfume.. Sumpah, kalau duduk sebelah lembu, lembu pun boleh pengsan.. Silap-silap kena tanduk dengan lembu tuh.. Bhahahaha.. Jangan jadi kawan sudah.. Muwahahaha..

So, ada jugak kes yang dah pakai perfume sampai petang tetap ada bau badan.. Orang macam ni need to bring a perfume together and anywhere they go.. Kalau tak habiss.. Oklah tak nak cakap banyak.. Korang nak tak petua macam mana nak hilangkan bau badan.. Biar korang harum jup sepanjang masa.. Kalau nak, meh sini baca yang kat bawah ni.. Meh, meh, meh..

Petua-petuanya ialah…..


1.  Ambil secawan air suam kemudian campurkan dengan beberapa kuntum bunga cengkih. Kacau sebati dan minum tiga kali sehari. Ulang selalu petua ini untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Petua ini juga dapat mengatasi masalah bau nafas, ketiak dan masalah keputihan bagi kaum wanita ya.

2. Ambil sebiji limau purut, kemudian belah dua. Sapukan limau tersebut ke bahagian bawah ketiak, biarkan seketika sebelum dicuci. Lakukan tiga kali seminggu atau terpulang kepada korang jika ingin melakukan lebih kerap. InsyaAllah bau badan yang tidak menyenangkan akan hilang dan badan akan terasa segar dengan haruman semula jadi dari perahan air limau purut. Limau nipis juga boleh digunakan.

3. Jika ketiak korang hitam dan berbau (kes berat ni), korang boleh menyapukannya dengan kapur sireh dan limau nipis, apabila korang selesai mandi. Amalkan cara ini selama seminggu, korang akan dapati ketiak anda cerah dan tidak berbau.

4. Ambil beberapa helai daun jambu batu dan segenggam beras dan digoreng. Bahan-bahan ini hendaklah ditumbuk halus. Kemudian sapulah di bahagian yang bermasalah (especially ketiak lah kan). Korang hendaklah lakukan sekerap mungkin sehingga bau badan korang yang macam lembu tuh hilang. Jika bau badan tersebut hilang, korang boleh gosokkan di tempat tertentu seminggu sekali.

5. Ambil beberapa biji limau kasturi. Kemudian potong empat, selepas itu sapukan limau tersebut di seluruh badan. Lakukan seminggu sekali, pasti bau badan anda harum dan segar selalu.


…..maka tamatlah petua hari ini

Ha, benda mudahkan.. So amalkanlah ye semua.. Jangan nanti ada yang tegur korang “badan kau dah macam lembu”.. Ha, time tuh korang jangan nak marah pulak.. Kalau betul mesti malukan.. So apa tunggu lagi.. cepat, cepat..

YOUR SINCERELY:

SAFIE MOKHTAR

No comments :

Post a Comment