Saturday, May 11, 2013

TIPS MENJADI BAPA MUDA TERHEBAT


Ha, nampak macam pelikkan tajuk kat atas tuh.. Tapi itulah yang nak ceq cerita hari ni.. Habaq mai kat ceq, siapa sini bapa muda??.. Korang yang baca, korang taulah diri korang tuh siapa sebenarnyakan.. Kebanyakkan orang sekarang suka kahwin awal.. Kadang-kadang lepas habis sekolah terus je kahwin.. Terutamanya golongan perempuan.. Perants depa senang je dok bagi alasan takut anak depa tak laku.. Kahwinkan dengan orang yang anak mereka sendiri pun tak suka dan tak cinta..

Pada akulahkan, biarlah remaja-remaja ni keluar mencari ilmu terlebih dahulu sebelum mereka dikahwinkan.. Kadang-kadang mereka boleh berjumpa yang lebih baik dekat luar sana berbanding dengan pilihan keluarga.. Nak tau tak sebab apa, sebab kat luar sana terutama yang merantau, mereka lebih bertanggungjawab dan pandai berdikari sendiri berbanding mereka-mereka yang berkepit dibawah ketiak parents.. Tak gitu..

Tapi ada juga mak bapak yang old skul ni yang orang kata pentingkan diri sendiri.. Banyak ya dekat luar sana.. Jaga-jaga wahai anak-anak semua.. hahaha.. Ok, perempuan pun ada yang kahwin terlampau muda.. Bagaimana pula dengan lelaki?? Ada ke?? Of course ada.. Lingkungan awal 20an pun ada yang dah berumah tangga.. Memang elok kahwin awal pun sebab nak elak kemaksiatan but, jangan lupa tanggungjawab seorang suami sangat berat.. Mereka yang sudah berkahwin sahaja yang tahu betapa beratnya tanggungjawab tersebut..

Oklah, tiga perenggan habis dengan aku yang membebel entah apa-apa kejadah ke kan.. Marilah sama-sama kita baca tips menjadi bapa muda terhebat dekat bawah ni..

1. Menjadi Pendengar Yang Baik
Bebudak yang bernama kanak-kanak sewaktu berlaku tumbesaran, mereka akan sangatlah aktif.. Pada usia tumbesaran sebeginilah mereka akan banyak bertanya kepada parents mereka. So, korang mestilah menjadi pendengar yang setia pada anak-anak korang yang sedang membesar tuh.. Jangan korang marah dia pulak.. Jadilah seorang yang penyayang kay..

2. Mendalami Dunia Anak-Anak
Korang kena balik pada zaman kanak-kanak korang.. Hahahaha, kelakar kan bunyinya.. But this is true.. Kalau anak-anak korang yang dah berusia empat hingga enam tahun, mereka akan jadikan parents sebagai teman rapat.. Maklumlah, mereka belum bersekolah dan belum mengenali erti persahabatan yang sebenar.. So, koranglah sahabat sejati mereka..

3. Tidak Boleh Penat
Jangan penat, penat pi minum air.. Air yang boleh menambahkan energy.. Confirm tak penat dah lepas ni.. Bolehlah pergi taman dengan anak korang tuh..

4. Sentiasa Memeluk Anak Korang
Sentiasalah memeluk anak korang tuh dengan penuh kasih dan sayang. Ada kajian di luar negara mendapati bahawa kanak-kanak yang sering dipeluk dan diberi kasih sayang serta perhatian dari orang tuanya akan kurang menangis, kurang jatuh sakit dan emosi mereka juga stabil berbanding yang dipinggirkan seperti pepatah ini, anak dirumah menangis, beruk kat hutan disusukan.. Tak ke gila nama tuh.. hahaha..

5. Ikut Cara Didikan Rasulullah S.A.W.
Kehidupan yang amat sempurna dan luar biasa seorang nabi.. Ikutlah cara Rasulullah S.A.W., nescaya kehidupan kita akan terjamin. Segalanya dan serba-serbinya teramatlah sempurna..


Oklah itu sahaja.. Cer pasal bapa muda ni tok yang dah kahwin dan nikah jup.. Mereka-mereka yang dah miang tuh, jangan nak jadi bapa muda sangat.. Capai komitment tuh dulu baru boleh bergelar bapa.. Macam aku, oopsss sorry, nak enjoy dulu… 19 teramatlah muda untuk bergelar bapa.. hahaha

YOUR SINCERELY:

 SAFIE MOKHTAR

No comments :

Post a Comment