Saturday, May 11, 2013

ENAM LANGKAH PASTI BERJAYA DALAM PERNIAGAAN


Korang, korang, korang dan korang.. hahahaha.. Korang nak tau taka pa langkah-langkah bagi mereka yang dah berjaya dalam business dia orang.. Ha, sejak amik subject E-Commerce ni, mulalah nak cerita pasal business.. Gila kau jah, aku tak minat kot business-business ni.. Minat aku lebih mendalam dengan sains komputer.. Tetapi cita-cita aku yang amat besar nak jadi seorang penulis yang berjaya… Gitu lah..

Tapi dalam IT, korang kena tau jugak pasal business sebab application business sekarang banyak menggunakan teknologi masa kini.. Kekadang orang berblog pun dah boleh buat business dan duit macam aku..hahahaha.. Tak adalah, aku ni tak mengharap sangat duti berblog ni.. Nak harapkan duit dari adds, memang tak banyaklah.. Sikit-sikit tuh adalah…
Oklah, tak nak banyak membebel, karang korang bosan pulak.. Last-last, aku kena balun pulak.. Oklah jom layan apa yang aku taip kat bawah tuh..


1. Buat kerana minat
Of course kalau kita berniaga sebab kita mahukan duit.. It’s about the money, money, money.. We need the money, money, money.. Money is the first motivation when we want to start a business. But please, jangan jadikan duit itu sebagai sebab mengapa korang nak berniaga.. Lakukannya dengan minat yang lahir dalam diri korang..

2. Tambahkan prospek melalui promosi
Tanpa promosi, perniagaan korang akan gagal. Perniagaan yang tanpa promosi tidak akan mendapat sebarang prospek. Usaha meramaikan prospek merupakan langkah utama bagi mendapatkan jualan. Lebih banyak prospek yang kita dapat, lebia besar kemungkinan perniagaan kita akan berjaya.. Wah, pemboleh ubah bergerak balas tuh.. Bhahaahaha..

3. Gandakan nilai pertukaran prospek kepada pelanggan
First step dalam business adalah untuk mendapatkan lebih banyak prospek, langkah kedua pulak cuba ubah prospek-prospek tersebut menjadi pembeli. Maka disini, jenama perniagaan korang amat penting. Jenama kat sini merujuk kepada keyakinan dan kredibiliti perniagaan korang di mata prospek korang.. Bukan jenama Gucci ke apa kay.. Itu gi kat zalora.com, confirm ada..

4. Tambahkan Jalan
Korang boleh tambahkan jualan korang, bukan buat jalan tau.. Buat jalan tu kerja kerajaan, tak payah korang bersusah-payah nak buat jalan kay.. hahahaha.. Contoh untuk ini, korang biase kan gi MCD, lepas order burger, mesti dia orang tawarkan untuk fries kalau nak cuba.. Korang pun kata oklah.. Itulah cara dia orang menambahkan jualan bagi meningkatkan perniagaan diaorang.

5. Repeat, Repeat dan Repeat
No komen, just repeat kalau perniagaan korang maju dengan cara yang korang lakukan.. Ulang, ulang, ulang dan ulang untuk terus maju kay..

6. Kurangkan kos perniagaan
Dalam business, kewangan merupakan nadi. Pastikan kitaran kewangan syarikat kita terjaga dengan teliti. Banyak yang dah lingkup sebab tidak teliti dalam urusan kewangan dan tidak berjimat dalam kos perniagaan. Sila pastikan perbelanjaan syarikat kurang daripada pendapatan syarikat kay.. Itu yang penting.. Siapa yang belajar ekonomi dia taulah pasal ni..

Okay that all, penat doh taip laju-laju dan banyak macam ni.. Ni semua untuk korang reader2 kay.. As Salam..

YOUR SINCERELY:

SAFIE MOKHTAR

No comments :

Post a Comment