Saturday, May 11, 2013

GAYA HIDUP SIHAT


Setiap orang mempunyai cara yang tersendiri untuk menjalani cara hidup yang sihat supaya dapat memberi kebaikan terhadap diri sendiri mahupun keluarga. Terdapat banyak cara yang dapat diamalkan sebagai gaya hidup sihat antaranya jaga pemakanan, bersukan, senyum dan banyak lagi. Amalan gaya hidup sihat amat penting bagi mengekalkan stamina sama ada dari segi fizikal mahupun mental bagi memastikan kehidupan dan kualiti kesihatan korang terjamin.


1 Amalkan minum air suam
  • Tahukah korang? Minum air suam atau masak dapat membantu badan mengeluarkan toksin yang tidak diperlukan didalam badan selain membantu mendapatkan kulit yang sihat.

2 Makan yang mencukupi
  • Makan dengan cukup tetapi tidak berlebihan, sebaliknya makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Cara pemakanan yang betul serta dait seimbang amat penting bagi memastikan stamina sentiasa baik. Apa yang penting, kurangkan pemakanan yang tidak sihat seperti lemak.

3 Kurangkan tekanan
  • Meluangkan masa bersama keluarga amat diutamakan sekiranya mempunyai masa yang terluang. Ukwah yang terjalin rapat dapat menghilangkan rasa penat setelah seharian bekerja dan bilik kuliah bagi pelajar. Di samping itu, setiap hari minggu pula banyakkan menghabiskan masa bersama-sama rakan-rakan seperti melakukan aktiviti memancing, tengok wayang dan sebagainya.
  • Terdapat banyak punca yang menyebabkan seseorang itu menghadapati tekanan sama ada tekanan di pejabat, rumah, sekeliling dan sebagainya. Menurut pakar kaunseling, terdapat banyak cara untuk menghadapi masalah ini antaranya, mendengar muzik yang lembut seperti nasyid atau mengamalkan bacaan zikir bagi orang islam. Bukannya layan lagu Lady Gaga atau Nicki Minaj, sakit jiwa kau jah..

4 Senaman
  • Pakar gaya hidup sihat mencadangkan kita melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu 30 puluh minit sudah memandai bagi mereka yang sibuk dengan aktiviti tersendiri. Senaman baik untuk mengeluarkan peluh disamping mengeluarkan toksik yang tidak di ingini oleh badan

5 Aktiviti luar & riadah
  • Although sibuk denga kerja, sekurang-kurangnya kita ada juga masa untuk beriadah. Dengan melakukan aktiviti luar dan riadah, korang lebih banyak bersosial dengan cara yang sihat dan tidak membuang masa.

6 Manjakan diri
  • Kadang-kadang kita perlukan manjakan diri di rumah dengan mengambil masa merendamkan diri di dalam tub mandi dan ia membantu kita bertambah sihat dan cergas. Tidur yang cukup selalu diamalkan supaya mendapatkan rehat yang secukupnya.

7 Jauhi rokok
  • Rokok mengandungi lebih dari empat ribu zat- zat dan dua ribu diantaranya ternyata tidak baik untuk kesihatan seperti bahan redio aktif (palonium-201), tar, gas beracun dan banyak lagi. Bagi mereka yang sudah menghadapi ketagihan, pelbagai-bagai penyakit seperti kenser paru-paru, jantung dan sebagainya akan melanda diri.. So berhati-hati sebelum mati hahaha..


YOUR SINCERELY:

SAFIE MOKHTAR

No comments :

Post a Comment