Saturday, September 7, 2013

5 minit tangani stres secara sihat

Bermula dengan kesibukan di pejabat, menguruskan rumahtangga atau masalah percintaan, kebanyakan orang menggangap mereka lebih kerap mengalami stress dalam hidup. Tidak dinafikan kesemua ini boleh mencetuskan tekanan jika tidak ditangani dengan betul. Mana taknya, ekau bayangkan lah dengan anak2 yang kekadang terejal, dengan tanggungjawab dirumah bagai.. Macam iollsss dengan assignment, lab, project.. Mana tak stress..

Kekadang kan uollsss ada orang yang spesis macam iolls ni bila nak naik tren ke bas ke, kalau bas n tran tuh penuh and tak ada tempat duduk, mulalah nak rasa marah.. Dalam hati memaki hamun.. Nak cakap depan takut pulak kan... Kang kalau semua yang duduk tuh bangun nak enyak iollsss, tak mati iolllsss dibuatnya... Pikir sejenak... Oklah, cuba lihat senarai kat bawah ni, ada 5 cara tangani stress hanya dalam masa 5 minit. Pehhh kena cuba jugak.. Mana ada pakar2 kat duni ni boleh hilangkan stress dalam tempoh yang singkat ini.. Jika uollss semua nak jadi pakar yang pertama yang hilangkan stress dalam masa sesingkat ini, silakan cuba apa yang iollsss taip kat bawah ni, insyaallah title ‘Dr.’ kat depan nama uollsss semua taw..


1. Periksa jadual harian
  • Luangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit sebelum balik setiap hari untuk uollsss memeriksa atau merancang jadual kerja pada hari esok. Setiap pagi sebelum uollsss memulakan kerja, rancang dahulu jadual dengan mengenal pasti tugasan mana yang penting untuk disiapkan terlebih dahulu. Dengan cara ini, uollss akan lebih teratur dan merasa lebih tenang.

2. Mendengar muzik
  • Muzik dapat mengurangkan stres, meningkatkan emosi dan juga mengurangkan tekanan darah. Pemilihan muzik yang bersesuaian juga dapat mengubah diri uollsss menjadi lebih tenang. Jangan pilih muzik yang bertentangan.. Dahlah stress, lepas tuh pi main lagu linkin park n metalicca tuh buat apa.. Nak kata bangan, sekolah.. So pikir2kan lah ya...

3. Regangan
  • Angkat tangan dan letakkan di atas kepala, atau berjalan seketika di luar pejabat atau ke tandas merupakan salah satu jenis regangan. Buat macam kita ada masalah besar yang membuatkan kita tak duduk diam, mundar-mandir kesana sini.. Ragangan dapat meningkatkan pengaliran darah dan meregangkan otot.

4. Bersihkan meja
  • If uollls merasa diri uollsss sedang stres, Kemas meja uollsss yang dah sememangnya berselerak tuh.. Meja orang tengah stress biasanya serabut macam kepala dia jugak... Uollss tak perlu mengubah kedudukan atau peralatan di atas meja. Tak payah nak rajin sangatlah nak renovate bagai.. Uolllsss cuma perlu susun sahaja barang2 yang berselerak kat atas meja uolllss supaya meja uollsss nampak lebih teratur dan rapi. Meja yang bersih dan teratur boleh mengurangkan tekanan darah dan menjadikan pemilik meje berasa lebih tenang.

5. Hidu aroma lemon dan lavender
  • Sebuah penyelidikan di Jepun mendapati, zat linalool dalam lemon dapat mengurangkan 'stress'. Aroma lavender juga mampu menurunkan stress. So beli pewangi yang mengandungi haruman lemon dan lavender n then letak kat semua tempat yang uollsss kerap ada atau berkunjung seperti kat pejabat, bilik dan kereta... Nanti tak adalah stress sangat...


YOUR SINCERELY:


SAFIE MOKHTAR

No comments :

Post a Comment