Saturday, September 14, 2013

Tips memilih kaca mata

Pemakaian cermin mata pada masa sekarang ni bukanlah hanya sebagai langkah pencegahan to protect our eyes from ultra violet shine, malah ia sememangnya menjadi trend buat masa sekarang ni. Pi mana2 pun ada jup orang pakai spec hitam ni although kat dalam bas yang bas tuh depart jam 10 malam.. Gila apa.. Nak protect dari apa.. Makhluk ghaib dalam gelap kah...

Uollsss semua nak tak berfesyen dengan trend kaca mata yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas tak?? Boleh jup, tetapi sebelum itu mai lihat tips memilih kaca mata yang sesuai dengan bentuk wajah uolllsss dulu... Muka macam jambatan tak siap pun ada...


Wajah bujur sirih
Wajah jenis ini memang beruntung kerana semua jenis kaca mata akan tampil menarik jika digayakan. Kaca mata berbingkai kecil daripada wajah memang sangat sesuai untuk uollsss yang muka macam ni. Jangan lupa kaca mata tersebut mesti bersesuaian dengan panjang dan lebar wajah uollsss. Ada yang memiliki wajah berbentuk bujur namun bermuka kecil. Jadi, uollss akan kelihatan aneh kalau memakai kaca mata yang berbingkai besar dan lebar.

Wajah panjang
Pilihan kaca mata yang mempunyai bingkai yang boleh menutup bahagian tengah wajah dapat membantu meminimakan bentuk wajah panjang uolllsss. Otherwise, kaca mata segi empat yang berbingkai tebal boleh membuat wajah uolllsss tidak kelihatan terlalu panjang. Tak tau nak imagine macam mana orang yang berwajah panjang ni kan..

Wajah bulat
Awwww comel orang macam ni... Bingkai kaca mata berbentuk lebar adalah pilihan yang tepat buat uolllss yang muka macam teddy bear ni.. Pilihan warna gelap seperti hitam juga mampu menutup muka uolllsss yang bulat tuh. Pilihan kaca mata segi empat juga boleh menyamarkan wajah bulat uolllsss yang sememngnya macam beruang panda.. Ouh, so cute...

Wajah Empat Segi
Pemakaian kaca mata bingkai melengkung pasti tampak menarik untuk bentuk wajah seperti Spongebob Squarepants. Posisi pemegang bingkai yang diletak tinggi daripada bahagian tulang pipi boleh mengurangkan kelebaran wajah uolllsss yang macam padang tuh...

Wajah Bentuk Hati
Mempunyai wajah berbentuk hati seperti actress "Johnny Depp" ialah orang yang berdahi lebar dan mengecil di bahagian dagu. Untuk wajah seperti ini, kaca mata tidak berbingkai, kaca mata berbentuk segi empat dan bentuk kaca mata bujur yang mempunyai lensa memanjang ke bawah mampu menyamarkan tulang pipi.

Wajah Tiga Segi
Wajah segi tiga memiliki dahi yang sempit dan melebar pada bahagian rahang dan pipi. Kaca mata dengan bingkai yang tebal dan lebar boleh menyeimbangkan bentuk muka uollss di bahagian atas dengan bawah. Sumpah iolllsss tak pernah nampak orang yang macam ni..

YOUR SINCERELY:


SAFIE MOKHTAR

No comments :

Post a Comment