Thursday, October 10, 2013

Mitos kurus dan langsing yang tidak boleh dipercaya

Siapa yang tidak mahu perut kempis dan seksi, OMG, OMG.. Semua orang pasti akan berusaha untuk memperolehinya. Masalah lazim yang dihadapi sudah banyak usaha yang dikeluarkan namun mengapa ia tidak berhasil. Ini kerana uollss membazirkan mata dengan maklumat yang salah tentang tip-tip mendapatkan perut kempis.


Kat bawah ni ada 4 mitos yang anda tidak perlu percaya:

Berlapar untuk perut kempis
Pada sesetengah masa, uollss akan berfikir bahawa berlapar adalah satu-satunya cara untuk menurunkan berat badan. Uollss mungkin juga berfikir bahawa pengurangan kalori dalam badan boleh memberikan keputusan yang lebih cepat, sebenarnya tidak.

Apabila uollss lapar, kadar metabolism dalam badan akan terganggu. Berlapar bukan sahaja tidak efektif, malah membahayakan kesihatan.


Mengambil pil diet
Jangan terpedaya pada testimoni yang dikeluarkan oleh agen produk kesihatan. Ia memang nampak menarik, tetapi uollss harus tahu bahawa tiada 'pil ajaib' yang boleh memberikan uollss perut yang kempis tanpa perlu bersenam. Pil diet ini lebih cenderung untuk 'mencederakan' poket uollsss tuh daripada menunjukkan apa-apa keputusan positif.


Pakej produk diet memberi kesan yang cepat
Kebiasaanya, pakej produk diet yang dibungkus mengandungi gula halus dan beberapa bahan tiruan yang tidak di perlukan oleh badan. Sesetengah produk tidak membawa kepada hasil yang memuaskan so uollss tok sah lah membazir masa ya.


Elak makanan berkarbohidrat
Banyak tanggapan yang mengatakan nasi merupakan punca utama berat badan naik. Bukan sahaja nasi, tetapi segala makanan bekarbohidrat jugak! Nasi, kentang atau roti tidak menggemukkan uollss sebenarnya, yang penting kawalan makanan uollss. Yang penting, elak makan makanan segera yang telah dibungkus. Eleh konon tak makan nasi, tapi pi melantak mekdy, kepcy bagai tuh sampai 4 kali sehari apa cer?? Kenyang tak jugak.. Fikirlah, kita ni orang asia uollss, tanpa nasi siapalah kita.. Tak payah nak omputih sangat lah..

YOUR SINCERELY:


SAFIE MOKHTAR

No comments :

Post a Comment