3 minggu kemudian
“Mencari
cinta? Orang sekarang. Cinta manusia pula yang dicari. Cinta yang lebih agung tidak
pula mahu dicarinya. Emm.” Rungut Ilman tatkala mendengar risalah yang dibaca
temannya itu.
Mencari cinta yang
sebenar?
Kami menanti kehadiran
anda. Walau siapa pun anda, kami di sini mempunyai calon yang sesuai untuk
anda.
Kami juga sedang mencari
cinta buat gadis bernama Noor Shuraya Othman. Jika berminat sila hantarkan
biodata anda pada alamat email kami di mencari_cinta@gmail.com
Orang terawal mendaftar,
lagi cerahlah masa depannya bersama Cik Noor Shuraya Othman.
“Noor
Shuraya. Lembut aje namanya. Jom kita cuba nak?” tidak dia pedulikan kata-kata Ilman
itu. Dia lebih berminat akan risalah yang dia jumpa itu. Entah kenapa, pertama
kali membaca risalah itu membuatkan dia berminat untuk menyertai pencarian
cinta gadis bernama Noor Shuraya ini.
Ilman
menggeleng. Syah! Memang susah sikit nak dengar kata-katanya. Buat habis air
liur aje cakap dengan orang macam ni. Langsung tak membuahkan hasil.
“Kau
tak dengarkan apa yang aku cakap tadi kan?”
“Kau
ada cakap ke? Apa yang kau cakap? Aku tak ada dengar pun.” Agak dah Ilman apa
yang akan dikata Syah.
Ilman
Syah. Harap sahaja mereka berdua berkongsi nama yang sama. Tetapi perangai langsung
tak sama. Bukan dia katalah, tapi orang yang kata, perbezaan yang paling ketara
adalah, dia lebih hendsome daripada Syah. Orang katalah.. Dia hanya mengiakan
sahaja.
Risalah
yang tadinya berada ditangan Syah dirampas. Dia pula yang membaca risalah itu berkali-kali.
Dia masih tidak percaya yang ada orang perempuan macam Noor Shuraya ini. Begitu
murah cintanya dijaja orang. Hanya sekeping kertas membuktikan segalanya mengenai
gadia bernama Noor Shuraya ini. Lebih baik tak ada daripada ada yang macam Noor
Shuraya ini.
Bunyi
ketak-ketup papan keknci computer ditekan mengembalikan semula Ilman kepada dunianya.
Hilang seketika marahnya akan gadis yang bernama Noor Shuraya. Tumpuannya kini
pada Syah yang kini sedang tekun menaip sesuatu di computer miliknya.
“Kau
betul nak buat?” soal Ilman sekali lagi. Masih tidak berpuas hati dengan keputusan
yang dibuat Syah itu.
“Yalah!
Mana tahu Noor Shuraya ni betul-betul jodoh aku. Kau kenalah sokong kawan baik kau
ni. Janganlah asyik nak membantah aje.” Marah Syah tetapi tangannya masuh setia
menekan setiap setiap butir papan kekunci komputernya.
“Nama:
Ilmam Syah Bin Imran Syah… Umur….” Jerit Shah tiba-tiba setelah tidak mendengar
suara Ilman memarahinya. Kalau tak, daripada tadi, asyik membebel aje.
“Choiiiii!!!
Jangan kau nak mengada-ngada nak guna nama aku. Nama sendiri ada, apahal pula
nak guna nama orang! Don’t you dare use
my name!
Syah
hanya tertawa. Memang nama mereka sama, tapi nama ayah sahaja yang lain. Ibu pun
lain. Apatah lagi muka. Lagilah lain ya amat. Tak tahulah, jodoh atua sekadar
kebetulan yang nama mereka sama. Mungkin hanya sekadar kebetulan. Biarlah. Apa
ada pada nama. Apa yang penting sekarang, Noor Shuraya tunggu abang datang ye…
Syah sudah mula terbayang-bayang akan wajah manis Noor Shuraya tersenyum
kepadanya.
*****
Permulaan
yang bagus sampai tak menang tangan Siti dibuatnya. Tak sangka dia yang idea Arina
ni ramai yang berminat. Tidak tahu pula dia yang ramai orang di muka bumi ni
masih belum bertemu dengan cinta.
Tapi
tak mengapa, Siti Safwanah, adik kembar kepada Nurul Fadhilah sedia membantu menyelesaikan
masalah anda. Janganlah terlalu tertekan. Setiap masalah pasti ada jalan
penyelesaiannya. Hanya lambat atau cepat sahaja. Hanya yang kita perlu,
hanyalah bersabar.
Setiap
email yang diterima dibuka dan dibaca penuh kesabaran. Setiap biodata dibaca tanpa
satu pun yang tertinggal. Ini semua adalah duit, mana mungkin dia tertinggal
satu pun. Setiap orang yang orang yang menghantar email kepadanya semua
mengharapkan benda yang sama. Mana mungkin dia kecewakan orang yang memerlukan
pertolongannya.
“Siti
macam mana? Ramai tak yang daftar?”
“Gila
kau tak ramai? Ramai siot. Macam mana kita nak pilih yang sesuai buat Shuraya? Macam
mana kita nak cari Lee min Ho versi Malaysia buat dia? Masuk ni aku dah print out 87 helai kertas yang membawa maksud
juga sudah masuk 87 orang yang daftar masuk. Ada idea sekarang Cik Arina Nor
Azhari?” cepat sahaja tangannya menekan tetikus mengarahkan anak panah laptop
nya ke sana dan ke mari.
“Orang
yang ke 90, hentikan untuk pencarian pasangan Shu. yang lebih, daftar untuk kedai.
Dan masukkan nama-nama yang selebih tu kat dalam satu balang. Sma juga dengan
90 nama yang lain dalam balang yang berasingan. Kalau ada perempuan, asingkan
yang perempuan dengan lelaki. Ada faham?” arah Arina cepat tanpa sempat Siti
mencatat apa-apa.
Sedikit
terngang Siti mendengar arahan yang dikeluarkan Arina. Macam peluru berpandu
keluarnya. Tanpa henti pula tu keluarnya. Boleh buat orang pening dengan arahan
yang di keluarkan.
Tapi
yang buat dia sakit hatu dengan Arina ni...
Dia
tahu mengarah aje, langsung tak membantu. Huh! Sudahlah kerja tanpa gaji.
“Kalau
rasa tersiksa, suruh aje kembar kau tu buat. Jangan nak suruh aku. Aku ada banyak
kerja.”
“Kerja
kau aje yang kau fikir? Habis aku punya kerja, siapa nak fikir? Tu, jiran sebelah
tu nak fikirkan untuk aku?” geram pula kita.
“Eleh,
cakap sikit nak sentap! Aku gurau aje lah. Saja nak berangan mengarah-arah orang.
Seronok pula. Kejaplah aku carikan balang untuk isi nama-nama tu semua. Eh,
mana Ila? Tak nampak pula bayang budak sorang tu.”
“Dia
balik jumpa mama sekejap. Katanya rindu dekap mama. Ikutkan ajelah budak tu. Ni
ha, dah 90 orang genap. Dengan calon terakhir kita, Ilman Syah Bin Ahmad. Selesai
90 orang untuk calon-calon pasangan untuk Shu. sekarang macam mana?” Siti
memandang Arina meminta kepastian.
Sebenarnya
dia sendiri tak pasti urusan niaga apa yang sedang Arina lakukan. Dia dan Fadhilah
hanya mengikut sahaja apa yang di suruh Arina. Katanya untuk kebaikan Shuraya
sendiri. Mahu tak mahu, ikutkan aje apa yang Arina mahukan. Tak ikut kang
merajuk pula kawan tu.
Mudah-mudahan
apa yang mereka rancang ini berjalan seperti yang diracang.
*****
Jumpa jumpa tempat
biasa.
Arina.
Mesej
yang baru diterima daripada Arina pantas Shuraya membacanya. Kepalanya digeleng
perlahan. Apa sajalah kawan sorang ni nakkan. Mesti dah ada rancangan setelah 3
minggu dia utarakan cabaran itu kepada mereka.
Dan
selama 3 minggu itu jugalah meeka berempat tidak bersua muka. Entah apalah yang
mereka fikirkan sampai lama sangat. Mungkin idea baru nak datang, sebab tu baru
cakap esok nak jumpa.
Ketukan
dipintu biliknya membuatkan fokusnya terarah pada pintu tersebut. Telefon bimbit
dicampak ketepi setelah pintu biliknya dibuka dari luar. Wajah Shuhadah, kakak
sulungnya dan Shuhaibah, kakak kuduanya kelihatan
disebalik pintu kayu yang terbuka.
Tapi,
tak ketinggalan juga…
Budak
sekolah, Nizam. Satu-satunya adik lelaki yang dia punya. Satu-satunya kumbang yang
ada dalam adik beradiknya selepas arwah abangnya yang meninggal 28 tahun yang
dulu. Dia pun tak pernah melihat wajah abangnya itu bagaimana.
Ibu
kata abang meninggal kerana jantung berlubang. 11 tahun hidup baru dapat kesan.
Dan tak boleh nak buat apa pada masa tu. Dan ketika itu hanya kakak sulungnya sahaja
yang paling rapat dengan abang.
“Hei,
adik akak ni! Apa buat?” Shuhaibah datang lalu baring bersebelahan Shuraya.
Datang
Nizam tak nak kalah juga turut baring di tengah-tengah antara Kakaknya Shuhaibah
dan Shuraya. Shuhadah hanya memandang tanpa masuk campur dalam perebutan tempat
baring.
“Tak
ada apalah kak. Yang ni dah kenapa datang ramai-ramai dalam bilik kakak? Ada perbincangan
adi beradik ke?” memang dia pelik. Jarang adik beradiknya ini bergabung bersama
duduk dalam stu bilik macam sekarang. Macam ada apa-apa yang dia tak tahu
sahaja. Emmm…
“Tak
ada apa, saja datag melawat. Kenapa? Tak boleh?”
“Entah
kau ni Sju. Dengan aku pun nak berkira.” Apahal pula tiba-tiba si Nizam ni menyampuk.
Orang tak tanya dia pun. Tiba-tiba bersuara.
“Eh,
kau! Orang tak tanya adik pun lah. Menyampuk aje cakap orang.”
“Biarlah..”
“Yalah-yalah.
Apahal?”
Shuhadah
pandang Shuhaibah. Shuhaibah pandang Shuhadah. Pandangan mereka bertaut untuk seketika.
Nizam pula, hanya memandang syiling rumah. Memang penyebuk betul budak sekolah
ni. Sibuk nak tahu halo ranglah tu. Itu sebab menyempit tengah-tengah. Apa-apa
sahaja budak sekolah..
“Hah!
Pandang macam nia mesti ada sebabkan? Ni tak lain benda yang samalah ni.. kakak-kakakku
sekalian, sehari tak cakap benda tu tak boleh ke? Orang malas nak dengarlah.”
Shuraya sudah mula muak setiap kali rang berjumpa dengannya pasti bercerita
soal jodoh.
Tak
jodoh, mesti cakap ada calon sesuai untuk Shu lah apa lah. Malas dia nak ambil tahu.
Lama-lama nanti mesti diaorang berhenti punyalah. Tapi nak tunggu berhenti tu
bila agag-agagnya?
“Kak
Ada bukannya balik selalu pun. Semingu sekali aje kan. Akak bauru nak cakap, Shu
dah potong cakap akak.” Shuhadah. Tak buat ayat sentap memang tak boleh.
Nizam
seperti tadi. Diam memandang syiling rumah.
“Shu
bukan apa kak, Shu penatlah nak jawab bila orang tanya soal jodoh ni. Bagi Shu,
kalau dah sampai masa, adalah orangnya untuk Shu. lagipun kita ni siapa nak persoalkan
tentang jodoh. Kita buka tuhan untuk tentukan semuanya.”
Shuhaibah
mengangguk. Benar apa yang diperkatakan adiknya itu.
Tapi…
“Kalau
kita usaha dengan cuba mencari seseorang yang sesuai untuk Shuraya, tak salah kan?”
Shuhaibah pula cuba memujuk Shuraya.
“Kakak..
kalau Kak Shu sendiri tak nak, tak ada guna jugakan? Carilah berapa ramai orang
sekalipun, kalau pintu hati Kak Shu masih belum terbuka pun tak guna jugakan?” dan
untuk yang pertama kali budak sekolah menunjukkan kematangannya yang
tersendiri.
Shuraya
tersenyum lantas dia memeluk erat adiknya itu. Shuhadah sedikit ternganga. Begitu
juga dengan Shuhaibah. Sungguh taj di sagka yang Nizam boleh membela Shuraya
dengan jawapan yang sungguh mengkagumkan.
“Wah,
terima kasih bela akak! Sangat terharu.”
“Shuraya!
Sampai bila asyik nak mengelak sahaja? Cuba serius sikit! Perangai masih lagi budak-budak!”
Shuraya mengeluh. Shuhadah tak pernah nak faham dirinya. Kenapa susah sangat
nak faham yang dirinya ini tak suka dipaksa.
“Da.
Jangan marah sangat. Kalau dia tak nak tu nak buat macam mana. Dah, jangan paksa
dia.” Lembut Shuhaibah menenangkan kakaknya itu.
Shuhadah
mendengus. Geram dia dengan sikap endah tak endah Shuraya itu. Degil satu hal.
“Akak
tak peduli. Esok tengahari, akak tahu kau keluar lunch dengan dia. Nama dia Zulkifli Halim.” Apa pun dah tak boleh nak
buat pabila kakak sulungnya itu bersuara. Mahu tak mahu, dia kena ikutkan aje
apa yang di minta.
“Akak..
orang tak naklah jumpa calon-calon kak Ada tu. Orang tak sukalah.. akak cakaplah
dengan kak Ada, yang Shu tak suka dengan apa yang Kak Ada buat ni.. tak adil
betul!” Shuraya mulai rimas dengan perangai orang disekelilingnya.
Salah
ke kalau sampai sekarang dia masih tidak mempunyai pasangan? Salah ke kalau sampai
sekarang dia masih tak mahu bercinta? Salahkah apa yang dia buat sekarang ni?
Salah?! Dia bukan tidak mahu, tapi kalau itu semua terjadi, dia mahu lelaki
pertama yang dia cinta, keluar bersama itu adalah lelaki pertama dan terakhir
dan lelaki itu yang sememangnya layak untuk menjadi suaminya. Buat apa habiskan
masa dengan orang yang tak pastikan? Huh! Itu pun kakak sulungnya itu tak
faham!
“Ikut
sajalah apa yang Kak Ada tu minta. Nanti cakap dengan Kak Ada, ini yang terakhir
kali. Lepas ni dah tak ada. Cakap macam tu tau. Nanti kalau tak cakap, makin
ligatlah Kak Ada tu carikan kau pasagan.” Pasan Shuhaibah sebelum melangkah
keluar dari bilik Shuraya.
Shuraya
hanya memandang tanpa menjawab apa-apa. Esok
satu hari yang terpaksa ditempuh dengan malas.
Nizam
yang masih terbaring senang di atas katilnya dipandang. Senyuman jahat terukir
di bibirnya. Rancangan!
“Zam,
ikut akak ek nanti.”
Nizam
mengeluh.
“Lagi
sekali?” jawab Nizam lemah.
Lemah
semangat dia nak ikut cakap kakaknya itu. Mujurlah esok tak sekolah..
*****
Yess!!!
Aku dapat top 90. Engkau ada?” suara Syah kedengaran bising di segenap sudut rumah.
Gembira gila dia hari ni.
“Kau
apahal? Buang terbiat? Terjerit-jerit macam orang gila.”
“Aku
dapat top 90. Nanti aku dapat interview dengan Noor Shuraya ni. Aku harap-haraplah
dia pilih aku. Aku ni pun dah lama tak single. Jarang ada peluang macam ni” semanagt
Syah lain macam apabila mendapat balasan email daripada Noor Shuraya.
Jarang
dia segembira ini. Noor Shuraya benar-benar membuatkan dia gila bayang.
Ilman
hanya memandang. Biarkan sajalah. Orang tengah gembira tu. Nanti kalau dia kacau
kata tak beri semangatlah apa lah. Lebih baik diam.
“Wei!
Aku cakap dengan kau ni! Dengar tak?! Penat ajelah aku bebel sorang-sorang ni.”
Suara Syah yang sedikit kuat membuatkan Ilman terkejut.
Hilang
bayang heroin drama siri korea City Hunter. Baru beranagan perempuan tu jadi
miliknya. Kacau sungguh.
“Kau
ni, Syah! Dah seronok tu diam-diamlah sikit aku nak fokus ni tengok cerita ni. Ada
lagi 3 episod aje lagi ni.”
Syah
menggeleng. Inilah satu-satunya lelaki yang meminati drama korea. Drama sajaha.
Kalau K-Pop memang Ilman tak minat. Entah apa yang best sangat drama korea ni. Sampai
pernah meleleh air mata Ilman dia perhatikan. Kalau tak silap dia movie, The
Flu. Berjujuran air mata Ilman pada masa tu. Huh, dasyat sungguh penangan drama
korea dalam hidup Ilman Syah bin Ilran Syah ni.
“Cerita
kau tu boleh tengok lain kali. Ni aku punya derita ni lagi penting. Lagipun tak
silap aku, kau dah ulang tengokkan cerita tu beberapa kali? Masih lagi kau nak tengok?
Tak faham betullah aku dengan kau ni. Finatik sangat.”
Butang
berhenti di tekan. Dia memandang Syah dengan muka yang tak puas hati.
“Kau
ni, bila aku diam salah, aku cakap salah. Tengok cerita korea salah. Apa aje yang
aku buat, mesti salah. Kau tu betul sangat ke? Buat temu janji entah dengan
mana-mana perempuan tah. Entah muda entah tua. Entah bujang entah tidak jangan-jangan
dia buat benda tu semua untuk kepentingan diri dia sendiri. Sampai dekat kau,
melayan aje.” Dah mula. Syah mengeluh.
“Aku
mengantuklah. Nak masuk tidur.” Ujar Syah lalu mengambil laptopnya dibawa pergi.
Malas dia nak dengar bebelan Ilman seterusnya. Lebih baik selamatkan telinga
daripada azab mendengar bebelan Ilman.
YOUR SINCERELY:
SAFIE MOKHTAR
No comments :
Post a Comment