Monday, December 30, 2013

Carikan Aku Cinta: Bab1

Mata hanya memandang tanpa ada perasaan sedikit pun dengan pandangannya tika itu. Cemburu? Memang taklah! Memang dah begini nasibnya. Buat apa nak peduli dengan orang lain.

Air limau ais disedut lagi. Air yang tadinya penuh kini hanya tinggal separuh sahaja. Hari ni dia puasa makan. Jadi tengah hari ni, dia hanya minum air sahaja.

Dalam minum tu, tak sedar sudah cawan ke-3 dia minum. Kalau begini rupanya, baik makan aje. Daripada kembung air, baiklah kembung dengan makanan.

“Kau ni Shu, kalau marah sekalipun tak payahlah minum sampai banyak macam ni. Kembung perut tu kang nanti. Berkocak-kocak air dalam perut tu nanti." Shuraya berhenti menyedut. Matanya memandang tepat akan orang yang duduk di hadapannya.

“Mana ada kita marah. Ila ada nampak muka kita ni macam marah ke?”

Fadhilah menggeleng. Dalam geleng terbit seulas senyuman di bibirnya. Seronok sebenarnya mendengar Shuraya marahinya. Bukannya apa, suara Shuraya kalau marah tetap sama. Langsung tak ada yang berubah. Lembut dan perlahan. Dia pun tak faham macam mana Shuraya boleh bersuara perlahan begitu sepanjang masa. Kalau boleh, dia pun nakkan suara lembut dan perlahan macam Shuraya itu.

“Lagipun, buat apa kita nak marah? Tak ada sebab pun kan?” sambung Shuraya lagi kembali menyedut baki air yang tinggal.

Fadhilah menggeleng. “Kau cemburukan tengok Ina dengan Siti kan?” tebak Fadhilah tiba-tiba membuatkan Shuraya tersedak.

“Choiii!! Tak ada makna kita nak cemburu tengok Ina dengan Siti tu. Tak ada kuasa kita nak cemburu.” Berkali-kali Shuraya menggeleng menidakkan kata-kata Fadhilah itu. Sudah banyak kali dia menidakkan, setiap kali itulah teman-temannya ini lagi kuat mengatakan ya. Tensin betu!

Memang pun daripada tadi dia asyik memandang Arina serta teman lelakinya dan Siti dan teman lelakinya. Mereka berdua sahaja antara mereka yang mempunyai teman lelaki. Dia? Memang taklah jawapannya. Sebab apa? Sebab dia tak percaya pada cinta. Apa ada dengan cinta? Buat orang sakit kepala adalah.

Fadhilah tersengeh. “Ya ke tak? Tapi kenapa daripada tadi mata kau asyik pandang merekaaje? Kau teringin ek nak buat macam tu?” sekali lagi Fadhilah menguji temannya itu.

Shuraya mendengus. Ini yang dia lemah. Setiap kali makan tengahari mesti soal soalan macam ni. Lemah betul dia nak jawab.

“Tolong sikit ya! Tak ada makna. Kita pandang diaorang tu sebab kita ni terfikir...”

“Apa yang kau fikir?”

“Adalah. Mana boleh bagitahu Ila.”

Fadhilah mencebik. Menyampah! Poyo!

Shuraya hanya tersengeh. Sebenarnya apa yang dia fikirkan langsung tiada kaitan dengan apa yang dipandang. Biarlah apa yang dia fikirkan ini terus berada di dalam fikirannya. Buat apa nak kongsi dengan orang lain. Bukan orang akan faham pun apa yang dia fikirkan.

“Hai! Sorry lambat pula hari ni. Si dia merajuk dengan aku. Tu yang lambat sikit hari ni.” Siti datang dengan senyuman terukir di bibir. Gembiralah tu berjumpa dengan buah hati. Setiap hari memang begitu.

Fadhilah mencebik. Dan menyampah sekali lagi. Bukan menyampah dengan kembarnya itu tetapi menyampah dengan pasangan kembarnya itu pilih untuk kali ni. Tak berkenan betul dia tengok lelaki tu. Poyo! Muka pun pecah rumah. Hish, mudah-mudahan tak berkekalan lamalah mereka berdua ni. Tak ingin dia abang ipar seperti Syafiq itu.

“Apa cite?” ujar Siti lagi.

“Kawan kau ni, cemburu tengok kau dengan mamat muka pecah rumah tu berdeting. Itu yang sampai 3 cawan dia minum." Ujar Fadhilah tanpa tahan-tahan. Sengaja.

Pantas Siti memandang tepat ke wajah Shuraya. Pandangan tak percaya. Tapi sebulum tu, apa yang Fadhilah panggil Syafiq? Mamat muka pecah rumah?! Baik sikit ek, Syafiq tu hendsome okey! Mata Fadhiah aje yang tak nampak betapa hendsomenya Syafiq. Mata dia tu yang rosak!

Hendsome apa! Setakat ada lesung pipit tu dah boleh di katogerikan sebagai hendsome? Mata juling betul kembar dia ni.

Biarlah, comel apa ada lesung pipit. Engkau ada?  Tak ada, diam!

Mereka berdua seolah-olah berbicara dengan minda tanpa sebarang suara dikeluarkan.

“Betul ni Shu?” akhirnya Siti bersuara juga setelah bercakap menerusi minda bersama Fadhilah.

“Siti dengarlah cakap Ila tu. Mana ada kita cemburu dengan Siti. Kita cuma tengok aje. Tak ada pun terlintas dekat fikiran ni kita nak cemburu dengan Siti mahupun Ina.” Inilah susah bila orang tak pernah bercinta. Cakap mesti tak percaya. Haish!

Terangguk-angguk Siti mendengarnya. Bibirnya sudah tersenyum penuh makna. Tak sabar dia menunggu kehadiran Arina. Sememangnya Arina tahu apa yang perlu mereka lakukan untuk Shuraya yang degil ini.

“Siti jangan nak fikir lain ek. Kita cakap tak, taklah. Hish, menyampahlah setiap hari cakap benda yang sama. Cuba cakap benda lain. Asyik-asyik cinta!” rungut Shuraya dengan muncung di bibir.

Ibu dengan ayah dia pun tak adalah bising macam kawan-kawan dia ni bila dapat tahu yang dia ini tak percaya pada cinta. Over sungguh kawan-kawan dia ni. Sampai masa nanti, jikalau Allah izinkan, pasti punyalah dia akan bercinta.

Tapi....

Sekarang dia masih belum terfikir nak bercinta lagi. Biarlah. Malas dia nak fikir.

“Kawan you tu single lagi ke?” soal Syafiq dengan matanya memandang ke arah Shuraya.

Nama boyfriend yang sama. Sama-sama Syafiq. Sorang Syafiq Suhaimi sorang lagi, Syafiq Asri. Dah nama pun kawan baik, sampaikan nama pasangan pun seboleh mungkin nak sama.

Takdir atau kebetulan? Tapi, ada dia peduli. Yang pasti nama pakwe Fdhilah tak sama macam mereka berdua.

Arina pusing memandang orang yang di maksudkan Syafiq itu. Banyak kawan-kawannya yang berada di situ.

“Yang mana satu?”

“Yang tembam tu. Yang pakai spac besar tu.”

“Oh, Shuraya. Dia single lagi. Kenapa you tanya? Berkenan ke?” cepat sahaja Arina menyoal kembali. Ada bau-bau cemburu antara dia dengan Syafiq. Huh!
Syafiq tergelak kecil. Memang pun dia berkenan.

Tapi..

Biarlah menjadi rahsia. Mampuih  dia kalau dia bagitahu Arina yang dia berkenan dengan Shuraya tu. Bukan boleh dai jangka tindakan Arina ni. Kalau mengamuk marah Si Shuraya tu bagus juga. Ni kalau mengamuk minta putus tak ke nyanya.

Tapi...

Shuraya tu comel lah kalau di perhatikan lama-lama. Rugi dia tak ada boyfriend. Dia boleh saja jadi boyfriend Shuraya, jikalau Shuraya nak. Lagipun lelaki yang tentukan segalanya. Perempuan apa boleh buat? Menangis aje tahu.

“Tu gelak tu. Betullah kan apa yang I cakap ni?” Arina mula bengang.

“Dahlah I nak pergi sana. Bye, nanti kita jumpa lagi.” Merajuk!

Arina terus beredar menghampiri teman-temannya yang lain yang sudah menunggu sedari tadi. Lelaki playboy macam Syafiq ni memang begitu sifatnya.

Terangkat-angkat kening Siti apabila melihat Arina datang menghampiri mereka. Silih berganti memandang Shuraya yang berada di sebelahnya.

“Huh! Tension! Lelaki semua sama!” rungut Arina tiba-tiba. Kerusi di tarik kasar. Kalau begini jadinya tadi, dia tak akan jumpa Syafiq hari ni. Itulah, orang nak detting, dia pun nak. Tengok sekarang siapa yang makan hati? Tak pasal-pasal mood baik terus jadi tak baik.

Siti tak jadi untuk bersuara apabila melihat mood Arina yang tiba-tiba menjadi tak baik. Tadi elok sahaja berbual mesra, bergelak ketawa, datang-datang sini nak marah-marah pula. Tak faham betul dengan orang bercinta. Orang lain pun bercinta, tak adalah stess macam dia.

“Apahal?” soal Fadhilah tanpa perasaan. Air yang masih berbaki di sedut kembali.

“Syafiq!” ujar Arina separuh menjerit dengan tangannya menghemtak meja.

“Syafiq mana pula ni?” sampuk Siti juga tanpa perasaan.

“Syafiq Asri lah! Takkan Syafiq kau tu!” jawab Arina geram.

Fadhilah menjongket bahu. Begitu juga dengan Shuraya. Lebih baik jangan masuk campur. Duduk diam-diam minum air sampai habis. Sat dah habis order satu gelas lagi. Siti pula buat tak tahu. Masej yang baru diterima daripada Syafiq Suhaimi membuatkan bibirnya tersenyum gembira. Buah hati mesej, kau!

Arina memandang Shuraya tajam. Dalam fikirannya masih lagi terbayang bertapa bersinarnya mata Syafiq tatkala menyebut nama Shuraya tadi. Hish! Masih cemburu lagi ni!

“Shu, kau tak terfikir ke nak ada pasangan hidup?” tiba-tiba Arina bertanya setelah sekian lama dia mendiamkan diri.

“Pernah. Kenapa?” balas Shuraya tanang. Sudah dia agak apa yang akan disoal Arina. Tidak sekarang, petang nanti mungkin akan disoal punya. Dah lali telinganya mendengar soalan sebegitu.

Tetuk sangat ke orang macam dia ni tak bercinta? Bukannya dia ni songsang. Cuma… tak ada jiwa lagi nak bercinta bagai-bagai ni.

“Sungguh?!” soal Siti dan Fadhilah serentak.

Shuraya tersenyum menyenget seraya menganggukkan kepalanya. Air limau ais yang masih lagi berbaki disedut sehingga habis. “Tak percaya?”

“Susah nak percaya.” Sekali lagi Siti dan Fadhilah jawab serentak. Arina pula, diam tidak berkata apa-apa. Otaknya sedang bergerak memikir sesuatu.

“Tak percaya sudah.” Disedut kembali air limau aisnya itu walaupun pada hakikatnya sudah habis air itu sudah habis disedutnya. Hanya tinggal ais sahaja. Ais pun sejenis air juga.

“Sebenarnya tadi kita terfikir.. apa rupa kalau kita ni bercinta. Ada macam korang ke? Tersengeh sana tersengeh sini. Ketawa sana ketawa sini. Tapi bila fikir-fikir balik, macam pelik aje dengar kan?” entah apalah yang dia sedang fikirkan sekarang ni. Kalau tiap-tiap hari cerita pasal cinta, otak ni pun boleh terpengaruh dengan benda-benda macam ni. Hish!

“Pergilah cari, kalau dah teringin sangat.” Kata Arina sedikit dingin.

“Carikanlah kita cinta!” ayat penyata Shuraya sudah keluar. Sebenarnya memang itu pun tujunnya.

“Maksud kau?”

“Boleh tak kalau kita nak cabar korang semua? Carikan kita cinta! Kita percaya, korang semua berpengalaman. Kita ni apa aje tahu tentang cinta. Mencuba pun tak pernah, apatah lagi nak merasanya. Memang taklahkan.” Shuraya berhenti berkata. Tangannya diangkat memanggil pelayan. Cawan keempat di order lagi.

“Siapa diantara korang bertigaberja mencari cinta untuk kita, kita taja dia seminggu bercuti ke Korea. Nak?”

Siti dan Fadhilah berpandangan sesama sendiri. Arina tersenyum dalam diam. Macam dia nak peraya kata-kata Shuraya tu. Dia bukan baru kenal Shuraya semalam. Sudah lama mereka berkenalan. Tiba-tiba Shuraya buka cerita mengenai cinta. Nampak macam pelik aje bunyinya.

“Kita tahu korang mesti tak percaya kan? Kita…”

“Aku sahut cabaran kau, Shuraya. Aku sahut. Tapi kalau salah seorang daripada kita berjaya mencari cinta untuk kau, aku tak nak kau tanggung sorang aje trip ke Korea. Aku nak kau tanggung kitaorang bertiga, macam mana?” Arina, kalau tak pandai berunding, bukan Arinalah. Tapi kalau betul kawan sorang ni dah terbuka hati untuk bercinta, bagus juga. Nanti tak adalah Syafiq asyik pandang Shuraya sahaja.

“Okey. Tapi, kalau kita jumpa dulu, hadiah yang ditawarkan mungkin akan hilang begitu sahaja. Jadi… selamat berjaya, semua. Okeylah, kita pergi dulu. Dah habis waktu rehat ni. Nanti kena marah dengan bos. Assalamualaikum.”

Siti hanya memandang. Begitu juga Fadhilah. Dua orang kembar ni memang selalu macam ni. Tindakkan semuanya mesti serentak dan seragam. Dah nama pun kembarkan..

“Kau nak buat apa Ina?” Siti pandang Fadhilah, Fadhilah pandang Siti. Tak suda-sudah apa yang mereka berkata tentu serentak.


“Jom kita buat….”


YOUR SINCERELY:

SAFIE MOKHTAR

No comments :

Post a Comment