Bola
kapas?? Apakah dia?? Sumpah, iollsss pun tak tau apakah dia bola kapas tuh...
Iollsss dapat artikel niyh dari majalah I-SIHAT pada ruangan ekstra dekat
penghujung story kat artikel dalam majalah tuh... Terasa ianya amat penting,
iollsss pun bukak leppy dan mula menaip pasalnya... Nampak seperti ianya
teramatlah penting... Walaupun kisah pasalnya sikit, iollsss tetap nak share
dengan uollsss semua dekat sini... Mana tau ianya boleh memberika impak yang
besar nanti... Siapa tau kan...
Story nya
bermula seperti ini dan ianya lebih mengenai diet atau nak kurus... Jom kita
tengok apa yang aritikel niyh cakap, true and bulat2 from majalah tuh yup
iollsss taip...
“Pelbagai cara yang dilakukan remaja masa kini
untuk mendapat bentuk badan yang langsing dan bergetah namun sedarkah anda
tidak semua cara itu menyihatkan kerana diet tanpa kawalan boleh mendatang
mudarat. Kini trend terbaru
remaja yang boleh dianggap gila dan tidak masuk akal ialah dengan memakan bola kapas yang biasanya digunakan
untuk membersihkan kekotoran itu dijadikan amalan yang dikatakan mampu
memberi rasa kenyang.”
Pada
perenggan pertama dalam artikel tuh ada cakap yang bola kapas niyh sejenis
benda yang digunakan untuk membersihkan kekotoran... Maybe bola kapas yang
diamalkan remaja2 tuh semua adalah salah satu ajen pembersihan... Memang agak
membahayakan... Orang makan sabun pun
boleh mati... Tapi apakah bola kapas niyh... Jom kita tengok lagi sambungan
perenggan kedua artiket tuh...
“Antara cara yang dilakukan oleh sesetengah
pengamal diet apabila memakan bola kapas
ini ialah dengan mencelupnya dengan di dalam oren atau lemon untuk memberikan
rasa yang lebih sedap. Namun
ketahuilah mengikut kajian oleh pakar perubatan Brandi Koskie trend diet
sebegitu adalah amat berbahaya kerana kebanyakan bola kapas ianya lebih bersifat luntur dan mengandungi gentian
poliester yang terdapat banyak bahan kimia.”
So, mereka yang gilakan
diet niyh memakan bola kapas tersebut... Maybe rasa bola kapas niyh pahit dan
payau agaknya... That’s why mereka mencelupnya bersama dengan oren n lemon...
Artikel itu menyatakan lagi bahawa bola kapas bersifat luntur dan mengandungi
gentian polyester... Masya Allah, ianya serupa dan sama seperti agen pencucu
seperti sabun dan Clorox serta agent pencuci lain... Lebih bahaya daripada
spray nyamuk n semut... Ayat terakhir atau perenggan terakhir ada menyatakan
nasihat mengenai bola kapas niyh... Jom baca lagi...
“Oleh itu, tindakan
memakan bola kapas adalah sama juga seperti makan pakaian kerana pakaian
itu diperbuat daripada poliester. Dikatakan
model antara invididu yang disyaki makan bola kapas ini untuk kerjaya mereka
dan trend begitu menjadi ikutan remaja dan kanak perempuan semata-semata untuk
menjadi kurus. Jadi kepada anda
di luar sana terutamanya golongan remaja perempuan yang mahu berdiet janganlah
mengamalkan diet seperti ini kerana ia akan membahayakan kesihatan anda.”
Memakan
bola kapas adalah membahayakan... Ia sapa seperti pakaian dan plastic...
Pakaian dan plastic atau bahan polyester tiny amat sukar untuk reput dan
rapuh... Atau lebih tepat lagi ia memang tidak reput... Kalau reput pun, ianya
mengambil masa berjuta-juta tahun lamanya... It’s mean, bahan polyester yang
dah masuk dekat dalam tubuh kita tidak akan reput sehinggalah kita mati dan
tertanam dibawah tanah sana... Ianya juga mengandungi bahan peluntur dan boleh
menghakis apa yang ada dalam badan kita terutama usus perut...
p/s:
terasa macam baca berita pulak... Tetiba jadi serious pulak hari niyh...
YOUR SINCERELY:
SAFIE
MOKHTAR
No comments :
Post a Comment