Monday, December 30, 2013

Khasiat Susu Kambing

Mbeekkkk!!!!... Begitulah bunyi kambing mengembek... Hahaha... Assalamualaikum uollsss semua, hari niyh iollsss nak cerita sikit pasal khasiat pemakanan.. Hal yang nak iolsss sentuh hari niyh adalah mengenai susu kambing... That’s why starting tadi mengembek... Hahaha... Pada zaman moden niyh, ramai orang tak tau yang susu kambing niyh mengandungi banyak khasiat didalamnya... Di dalam satu kajian oleh pakar telah mendapati yang kandungan nutrisi susu kambing adalah dua kali ganda lebih baik daripada susu lembu biasa... Benda niyh memang tidak dapat dinafikan lagi...

Ianya terbukti dengan kajian yang menunjukkan kandungan yang terdapat dalam susu kambing ialah seperti protein, vitamin B2, kalsium, inositol, vitamin C, zat besi, vitamin A, karbohidrat, vitamin D, sodium, asid folik, vitamin B112,dan potassium... Semua khasiat yang terdapat dalam semua susu haiwan niyh adalah untuk membantu anaknya yang baru lahir agar cepat membesar dan segala khasiat yang diperlukan adalah untuk membantu perkembangan tumbesaran anaknya... Namun pada masa sekarang niyh, manusia juga telah berjaya mendapatkan susu haiwan yang halal dimakan bagi membantu pertumbuhan tubuh badan...

Walaupun kambing niyh berbau kurang menyenangkan, khasiat yang ada pada badan kambing dari semua sudut haiwan itu amat diperlukan oleh manusia... Selain itu, susu kambing juga dapat membantu penghidap deman kuning dan pesakit anemia untuk sembuh dek kerana ianya mempunyai sifat pengaktif antibodi yang boleh merangsang penghasilan sel-sel darah merah.  Malahan menurut satu kajian Universiti Granada, susu kambing lebih mudah dicerna dan sesuai untuk mereka yang alah dengan susu lembu yang mana molekul susu kambing lebih halus dan hanya mengambil masa 20 minit sahaja untuk dicerna berbanding susu lembu yang memerlukan masa dua jam...

Susu kambing memberikan banyak khasiat kepada kehidupan manusia pada masa kini... Menikmati secawan susu kambing dapat memberi kesegaran dicampur dengan makanan tambahan lain seperti kismis, delima, habbatus sauda ia boleh menjadi suatu hidangan yang lengkap baik untuk kesihatan...

So, lepas niyh jangan geli dengan kambing... Berterima kasihlah kepada kambing yup...

p/s: sekali lagi serious menaip...

YOUR SINCERELY:


SAFIE MOKHTAR

No comments :

Post a Comment