Thursday, December 26, 2013

Enam Tips Beli Kereta Baru

Sebut pasal kereta, masing2 ada kereta idaman bukan... Uollsss nak tau tak, ekonomi sekarang telah meletakkan yang kereta ni dahulunya adalah barang kehendak individu... But sekarang ianya dah menjadi barang keperluan untuk kita semua... Sama jugak dengan telefon bimbit... Kalau tak ada habislah weyh... Uollsss nak tau tak membeli kereta niyh sebenarnya merupakan satu perkara atau proses yang rumit dengan pelbagai istilan dan akronomi kewangan serta insurans bagai...

So kat sini iollsss nak share sikit tips macam mana nak beli kereta baru... Buat uollsss yang baru nak beli kereta tuh, boleh amik niyh sebagai panduan okieysss...

1. Kereta Yang Mana
  • Pastikan uollsss membeli kereta mengikut keperluan... Bukan nafsu kehendak yup... Fikirkan masa hadapan macam mana... Pada masa akan datang, uollsss akan berkahwin dan akan mempunyai anak... So, kereta yang mempunyai dua tempat duduk adalah tidak sesuai bagi golongan yang sudah berkahwin dan berkeluarga... Bukan itu sahaja, barang yang akan dibawa jika uollsss pulang ke kampung dan if uollsss pergi holiday kew... Mana nak campak barang2 tuh kalau uollsss beli kereta yang hanya ada dua tempat duduk... Fikirkan, kereta adalah untuk kegunaan jangka yang panjang, bukan untuk waktu yang singkat...

2. Kereta Kini
  • Now uollsss dah ada kereta, but uollsss nak tambah lagi satu... Juz baru dalam perancangan ler... This result will be different... Ada beberapa keputusan dan soalan yang perlu uollsss tempuh, adakah nak menukar atau menjuat kereta sedia ada... If uollsss menyimpan kereta sedia ada dan ambil kereta baru, fikirkanlah mengenai tanggungan kewangan yang bakal uollsss tanggung kelak... Adakah uollsss mampu??

3. Baru Atau Terpakai
  • Basically kereta baru mempunyai banyak kelebihan berbanding kereta terpakai... Perasaan nak memiliki kereta baru pun pasti tak dapat nak dibandingkan dengan memiliki kereta yang telah dipakai oleh orang lain... If uollsss memikirkan masalah kewangan, membeli kereta lama pun ok dah untuk penjimatan....

4. Selidik Harga
  • Dengan adanya internet dan access di hujung jari, mencari, menyelidik dan melakukan perbandingan hargakereta dan penjual kereta adalah menjadi lebih mudah... Uollsss boleh melihat pekej dan harga yang ditawarkan ditempat uollsss tanpa perlu berkunjung ke galeri pameran... Setelah dapat dan berdasarkan penyelidikan uollsss tuh, tetapkan harga mengikut kemampuan diri uollsss tuh dengan bajet yang ada... Jangan lari dari apa yang telah uollsss dapat... Nanti uollsss yang merana kelak...

5. Mendapatkan Pembiayaan
  • Memang dah menjadi trend untuk setiap individu, dua pembelian besar sepanjang hidup weollsss semua niyh adalah pembelian rumah dan kereta... Uollsss jangan menghabiskan masa dengan mencari kereta sahaja, perlu jugak mencari pusat pembiayaan di institusi kewangan terbaik untuk pembiayaan kereta uollsss tuh... Luangkan masa untuk melawat bank2 yang sedia ada... If uollsss dah rasa senang dengan perkhidmatan bank yang selalu uollsss guna, so teruskan dengan institusi tersebut... Biasanya, pelanggan yang telah lama akan mendapat pelbagai faedah dari bank terbabit...

6. Tawar-Menawar
  • Time niyh lah uollsss buat macam pasar... Asah bakat tawar-menawar untuk mendapatkan kereta idaman uollsss tuh... Boleh jadi penjimatan beratus atau beribu ringgit membeli kereta akan menjadi simpanan tambahan uollsss... Membeli kereta sememangnya aktiviti yang mengujakan dan kekadang mendatangkan tekanan jugak uollsss... Merancanglah dengan langkah yang sistematik supaya uollsss dapat mengelak daripada membuat kesilapan keputusan yang boleh memberi impak pada kewangan uollsss tuh...

p/s: Fikir dahulu sebelum membuat sebarang tindakan...

YOUR SINCERELY:

SAFIE MOKHTAR

No comments :

Post a Comment