Saturday, December 21, 2013

Psikologi Warna

Warna merupakan satu sumber yang dapat mencorak segala-galanya diduni ini... Tanpa warna dunia akan menjadi kelam... Assalamualaikum semua... Jumpa lagi memalam macam niyh... Hujan sekarang niyh uollsss... Sejuk habis niyh... Rasa macam nak beku duduk kat verandah di tingkat enam sambil menaip... Alhamdulillah masih boleh menaip... Ha, entry malam niyh nak cerita pasal warna... Cantik sungguh malam niyh melihat pemandangan bandarayan yang dihiasi dengan lampu2 neon yang berwarna warni... Semuanya ada warna... Tanpa warna kelam lah dunia...

Uollsss semua nk tau tak warna juga memainkan peranan yang penting kepada persekitaran dan perasaan kita... That’s why aura diri weollsss pun dikategorikan dengan warna... Warna jugalk dikatakan menghasilkan tindak balas secara fizikal kepada seseorang... So kat sini iollsss nak discusss pasal psikologi warna... Jom kita tengok apa yang menarik...


Biru
  • Warna langit dan lautan merupakan warna kegemaran ramai
  • Mencerminkan kepercayaan, tidak bergantung dan komited
  • Amat popular digunakan untuk mengecat bilik tidur dan ruang pejabat
  • Sering dikaitkan dengan keamanan, kesejahteraan, ketenangan dan keselamatan
  • Secara global, biru adalah warna yang paling selamat digunakan
  • Mudah dipadankan dengan banyak warna
  • Dikenali sebagai warna bersih


Kuning
  • Menyerlahkan suasana yang riang dengan tawa, kegembiran dan hati yang indah
  • Sakit mata jika rona dan kepekatan keterlaluan
  • Lebih terserlah berbanding warna lain disekelilingnya
  • Lebih mudah menyebabkan keletihan pada mata
  • Bayi mudah menangis dalam bilik yang dicat dengan warna kuning
  • Salah satu kombinasi warna untuk warna api


Hijau
  • Perlambangan semulajadi, subur, sihat, muda, menghijau dan menenangkan
  • Keseimbangan warna sejuk dan hangat yang memberikan suasana yang nyaman
  • Mudah dipadankan dengan warna lain
  • Ciri-ciri semula jadi
  • Warna keamanan dunia


Merah
  • Warna hangat dan bertenaga dalam spektrum warna
  • Warna yang tidak sesuai untuk bayi dan kanak-kanak
  • Menambahkan daya tarikan dan kehangatan
  • Menampilkan ciri-ciri yang elegen
  • Menambahkan banyak karekter untuk lebih kontemporari


Ungu
  • Dapat memberikan kesegaran
  • Antara warna kegemaran remaja perempuan
  • Mempunyai keseimbangan warna unsur merah yang merangsang
  • Mempunyai keseimbangan warna unsur biru yang menenangkan


Merah Jambu
  • Dikaitkan dengan keremajaan dan keseronokan
  • Salah satu warna kegembiraan dan keceriaan
  • Lebih kepada suasana romantik dan kelembutan
  • Sweet forever nothing


Dah bacakan... So, apakah warna favourite uollsss?? Pilih warna favourite dan padankan ciri2 yang iolllsss cakap tadi dengan diri uollsss... Dan uollsss akan dapat jawapannya siapa sebenarnya uollsss...

Thanks to uollsss yang read... As Salam...

p/s: My favourite colour always green... Evergreen...

YOUR SINCERELY:

SAFIE MOKHTAR

No comments :

Post a Comment