Wednesday, December 11, 2013

Find A Job (Soalan Lazim Temuduga Part III)

Assalamualaikum uollsss... Uollsss sihat ke tidak... Alhamdulillah iollsss sihat... Dah kenapa dengan aku niyh, starting macam gaban... Ok seperti yang dijanjikan, last entry yang iollsss tertaip macam niyh “p/s: Next find a job part III... Hahahaha.. ;)”, kita sambung lagi untuk find a job untuk bahagian ketiga... Untuk part ketiga niyh, iollsss nak bagi kelainan sikit... Kalau dua entry untuk find a job sebelum niyh membabitkan sejarah pekerjaan sebelum yang ditanya oleh penemuduga, kali ni iollsss nak story kat uollsss macam mana kalau penemuduga bertanyakan soalan pada uollsss tentang diri uollsss tuh...
Selain daripada soalan tentang pekerjaan lama uollsss, uollsss jugak akan ditemuduga berkenaan dengan personaliti diri uollsss sendiri. Deyollsss niyh kejam betul, tapi apa boleh buat, jawab jup lah... Bagaimana tingkah laku uollsss bekerja selama ni... Seriously kalau yang penemuduga tuh kenal dengan yang ditemuduga, lagi mencabar soalan dia... Sebab dia nak uji weollsss adakah sama dengan apa yang dia kenal... Tersangatlah kejap... Contoh terbaik macam drama2 melayu lah... Tapi drama melayu kebanyakkan tak boleh pakai, cinta sahaja tema dia... Sampaikan nak interview pun teringat kenangan lama... Ouh, sungguh menjijikan dan tersangatlah sempit pemikiran deyolllsss niyh...
Tapi sokey, iollsss dah sediakan dah teks untuk uollsss menghadapi semua ini... Semoga berjaya... Jom baca, check it out...

Soalan Temuduga Mengenai Diri (For those yang pernah bekerja kat company lain and fresh worker)

Rujukan 1:

Soalan: Apakah kelemahan yang ketara dalam diri kamu?

Penerangan: Apabila uollsss ditanya dengan soalanmacam niyh, uollsss jangan terlalu mendedahkan kelemahan uollsss yang memang selalu mintak penampar tuh dengan ketara sekali. Same with what iollsss told before, cuba tukarkan perkara yang negative kepada positif.

Contoh Jawapan: #1 Apabila saya diberi satu tugas, saya akan siapkannya lebih awal daripada jadual yang sepatutnya kerana saya banyak mengambil ikhtibar daripada buat kerja last minute yang sangat menyakitkan. #2 Saya sangat mementingkan kersempurnaan dalam kerja yang saya lakukan. Oleh yang demikian saya akan menyemak kerja saya berkali-kali sehingga saya betul-betul puas hati dengan apa yang saya lakukan.

Rujukan 2:

Soalan: Apakah kekuatan yang ketara dalam diri kamu?

Penerangan: Mungkin soalan ini sangat mudah untuk uollsss jawab. Kenyit sebelah mata macam nak jawab UPSR pulak kan.. Cara yang terbaik untuk menjawab soalan ini ialah dengan menerangkan kemahiran dan pengalaman uolllsss yang berkerja ditempat lain sebelum ini dan kaitkan dengan kerja yang uollsss pohon sekarang.

Contoh Jawapan: #1 Saya telah mencapai matlamat jualan syarikat setiap tahun dan saya telah diberi bonus diatas pencapaian saya tersebut. #2 Saya mahir mengurus masa saya dengan baik, cekap dan teratur sekaligus memudahkan saya untuk memberi tumpuan kepada tugasan yang seterusnya. #3 Saya mampu mencari jalan penyelesaian kepada setiap masalah yang sukar kerana saya tahu setiap masalah itu ada cara penyelesaianya yang tersendiri.

Rujukan 3:

Soalan: Bagaimana kekuatan yang ada pada diri anda boleh membantu anda dalam pekerjaan yang anda ceburi?

Penerangan: Soalan ini adalah soalan susulan daripada asas kekuatan uollsss tadi. Uollsss need to huraikan bagaimana keupayaan tersebut membantu uollsss dalam berkerja.

Contoh Jawapan: #1 Keupayaan saya yang paling ketara adalah boleh bekerja dengan pelbagai individu yang berbeza agama, bangsa dan budaya. Saya seronok bekerja dengan semua orang yang saya jumpa dan dalam masa yang sama saya akan merapatkan hubungan dengan mereka sekaligus memudahkan saya untuk menguruskan kerja secara berpasukan. #2 Saya sentiasa fokus terhadap kerja yang saya lakukan. Saya tidak mencampuradukan kerja dengan masalah personal saya ketika ditempat kerja. Oleh hal yang demikian saya mampu memberi komitmen yang tinggi terhadap kerja saya walaupun sibuk. #3 Walaupun saya sibuk dengan pelbagai tugas akan tetapi saya akan sentiasa memastikan kerja yang saya lakukan mengikut dew date yang telah ditetapkan atau sebelum tarikh akhir tugasan diserahkan.


Oklah uollsss, terasa panjang sangat pulak iollsss rasa... Penat pulak menaip dowh.. Dahlah iollsss niyh tengok mah=gazine sebab update pasal find a job ni iollsss amik dari magazine... Kau gila Saodah nak suruh aku fikir... Mampus aku, tak jadi entry yang canggih macam niyh... Oklah uolllsss, chow dulu... Assalamualaikum..

p/s: mood buat assignment kembali.. Yahooo...

YOUR SINCERELY:

SAFIE MOKHTAR

No comments :

Post a Comment