Assalamualaikum J
Kena bagi salam dulu... Ko engat aku
kafir ke Saodah oi... Haha... Suka marah si Saodah (kucing betina binatang
peliharaan) niyh... Bising jup... Ok back to our story uollsss, nak cerita
pasal temuduga kan... This is last chapter for this topic... Part IV... So, jom
weolllsss tengok apa jadi dekat bahagian keempat niyh...
Rujukan
1:
Soalan: Ceritakan seba sedikit tentang
latar belakang anda?
Penerangan: Dalam menjawab soalan ini,
uollsss kena kasi jawapan berkenaan dengan jawatan, suasana kerja dan budaya
kerja uollsss sebelum ini.
Contoh Jawapan: #1 Saya enjoy bekerja
dan bermesyuarat dengan semua orang dan sentiasa fokus terhadap kerja saya. #2 Saya
seorang yang berfikiran kreatif. Saya sentiasa mencari jalan penyelesaian yang
terbaik untuk setiap masalah yang saya hadapi terutamanya dalam tugasan yang
amanahkan kepada saya. #3 Saya cekap dalam melakukan tugasan dan membuatkan
saya lebih proaktif dalam semua melaksanakan tugasan.
Rujukan
2:
Soalan: Cuba ceritakan cara kerja
anda?
Penerangan: Uollsss need to tell them
that yang berpadanan dengan kerja yang uollsss temuduga sekarang.
Contoh Jawapan: #1 Saya sangat fokus,
konsisten dan berkemampuan untuk berkerja dengan lebih cepat dan efisen. #2 Saya
sentiasa menyemak kerja saya supaya kerja saya lakukan itu betul-betul berkualiti
untuk kebaikan kepada syarikat saya. #3 Saya membuat kerja dengan terancang
supaya saya boleh member tumpuan kepada kerja yang seterusnya. #4 Saya sentiasa
berbincang dengan rakan sekerja yang lain dalam melaksanakan tugasan yang
diberi supaya lebih cekap dan efisen.
Rujukan
3:
Soalan: Bagaimana cara anda menangani
tekanan kerja?
Penerangan: Dalam soalan ini uollsss
perlu menceritakan pengalaman uollsss apabila mengalami tekanan aka pressure.
Contoh Jawapan: #1 Tekanan adalah
penting kepada saya kerana dengan adanya tekanan saya boleh melakukan tugasan
dengan lebih baik. Cara yang sesuai untuk saya mengimbangi tekanan adalah
dengan cara mengasingkan tekanan yang baik dan tekanan yang buruk. Saya
perlukan tekanan yang baik untuk kekal bermotivasi dan produktif. #2 Saya
bertindak berdasarkan Situasi dan bukanya tekanan kerana saya tidak mahu
memikirkan tekanan yang menyebabkan prestasi kerja saya menurun. #3 Saya
bukanlah seorang yang sukar berkerja apabila dalam tekanan. Saya sentiasa fokus
dan berusaha untuk menyiapkan kerja saya.
Rujukan
4:
Soalan: Apakah perkara yang dapat
memberikan anda motivasi dalam bekerja?
Penerangan: Tell to them whatever yang
uollsss buat dekat tempat kerja yang boleh memberikan motivasi pada diri
uollsss tuh..
Contoh Jawapan: #1 Saya adalah seorang
yang bertanggungjawab terhadap kerja dan saya akan memastikan kualiti kerja
saya sentiasa terbaik bersama-sama rakan sekerja yang lain. Saya melatih diri
saya sendiri untuk bekerja dan siap tepat pada masanya untuk mendapatkan
prestasi kerja yang terbaik. #2 Saya sentiasa ingin melakukan kerja dengan baik
walau apa jua jawatan yang saya sandang. Saya sentiasa ingin cemerlang dalam
kerja yang saya buat supaya ianya member kepuasan peribadi saya dan juga
majikan saya khususnya.
Setelah habis kat rujukan keempat tuh,
maka tamatlah sudah chapter find a job kitew... So lepas niyh dah tak ada nak cerita bebanyak lagi dah... Nak habiskan benda niyh punyalah penat uollsss... Lelah rasa.. But, for uollsss semua n for information, kena jugak taip benda niyh... Kat dalam magazine tuh dekat 3 pages.. Kalau iollsss ikot bulat2 macam dalam magazine alamatnya sampai part 10 pun tak habis lagi agaknyew... Ok tuh jup... Thanks to uollsss yang read...
p/s: kesat peluh... muwahahahaha...
YOUR SINCERELY:
SAFIE MOKHTAR
No comments :
Post a Comment