Hey, hey, hey, heiii... Agak biadap but saja nak intro macam tuh..
hahaha... Assalamualaikum uollsss... Berjuma lagi dalam bebelan iollsss...
Hahahaha... Pakwe/Boyfriend terhangat dipasaran... *perasan lebih aku niyh...
Bagi lempang sekali... Ok, tak mau dah nak gurau2 uollsss... Sekarang niyh
negara kita sedang dilanda musibah dan dugaan... Banjir besar... Apa yang nak
disampaikan dekat sini adalah mengenai banjir... So, take it serious okiey...
Tak mau dah nak memain...
Memang setiap tahun angina moonson akan bertiup dan membawa hujan lebat
ke negara kita niyh... But tahun niyh iollsss rasa macam terlebih pulak angina
moonson tuh bawak air... Itu yang menyebabkan hujan lebat tuh... Biasanya
negeri2 di sebelah timur dan selatan tanah air yang akan mengalami banjir...
Setiap tahun akan berlaku hujan, but kejadian banjir besar jarang berlaku...
Last tahun 2007 yang mana empat negeri di timur dan selatan Malaysia lumpuh
sepenuhnya... Time tuh iollsss di form one nak masuk form 2 kalau tak silap...
Engat2 lupa...
Setelah sekian lama ia meninggalkan kitew, tahun ini ianya bertandang
kembali yang mana Pahang lumpuh dengan ia... Walaupun tidak sebesar macam 2007
uollsss, tapi ia tetap mendatangkan kesan kepada mangsa2 yang terlibat...
Alhamdulillah rumah iollssss tinggi... Kepada uollsss yang terlibat dalam
banjir niyh, iollsss nak bagi nasihat sikit... Meh kita tengok apa yang ada
dalam kepala hotak iollssss niyh yang iollsss nak taip untuk uollsss semua
baca...
Nasihat Ketika Dilanda
Banjir
- Pastikan semua suis elektrik dan suis utama dimatikan untuk mengelakkan kejadian renjatan elektrik
- Ikuti arahan pihak berkuasa
- Segera berpindah seperti yang diarahkan pihak berkuasa
- Pastikan rumah berkunci dan barang disimpan di tempat tinggi dan selamat sebelum melakukan pemindahan
- Kenalpasti individu yang mempunyai keperluan khas seperti berpenyakit kronik, kurang upaya, uzur, mengandung dan sebagainya untuk bantuan pemindahan
- Sentiasa berwaspada ketika memandu pada musim tengkujuh/banjir dan gunakan laluan selamat yang telah dikenalpasti
- Jangan memandu mengharungi air banjir kerana dikhuatiri kenderaan akan dihanyutkan air deras
- Jika terperangkap dalam banjir, hubungi pihak berkuasa untuk bantuan dengan melaporkan keadaan dan kedudukan anda
- Awasi kanak-kanak dan jangan biarkan mereka bermain di kawasan banjir atau di tepi sungai/ parit/ longkang/ saluran air yang deras
- Jangan keluar rumah dengan mengharungi air banjir kerana bimbang dihanyutkan air deras
Nasihat Selepas Banjir
Reda
- Basuh tangan dengan sabun sebelum menyentuh makanan, semasa menyediakan makanan atau memegang barang-barang yang telah dicemari air banjir
- Jangan makan makanan yang telah dicemari air banjir terutama ulaman-ulaman
- Lupuskan makanan yang ditinggalkan di dalam bekas/peti sejuk yang telah dicemari air banjir atau yang telah berbau dan bertukar warna
- Gunakan air bersih untuk membasuh bekas makanan, mandi, menyediakan makanan atau menyediakan susu bayi
- Jika terserempak dengan haiwan liar/ berbisa, hubungi pihak berkuasa untuk bantuan
- Pastikan semua punca elektrik selamat dan tidak terdedah dengan sumber air sebelum menghidupkan suis utama untuk mengelak renjatan elektrik
- Jika bekalan elektrik masih belum disambungkan, gunakan lampu suluh untuk sumber cahaya
- Jika mengesyaki gas bocor, tutup sumber gas, buka semua tingkap dan pintu dan keluar dari rumah dengan segera
Ok tu jup nak cakap... Tak banyak pun but ianya berguna sangat...
Hope uollsss yang dilanda banjir dapat ikut nasihat tuh tadi... Tabah dan sabar
amat perlu dalam menghadapi musibah dan dugaan Allah S.W.T.
Salam..
YOUR SINCERELY:
SAFIE MOKHTAR
No comments :
Post a Comment