Saturday, December 28, 2013

Mas Kahwinku RM22.50

Mas Kahwinku RM22.50 by Zan Zarida

-Akan kupenuhi akaun hatimu dengan cintaku-


Pengenalan:

Danisha Sarah, gadis brutal jadi ibu ekspres? Biar betul? Bekerja sebagai QS, dia sentiasa sibuk membuat pembayaran kepada kontraktor. Asyik bank-in duit ke dalam akaun orang, akaun sendiri selalu kering!

Apabila akaun sudah kering, bagaimana mahu menjaga Aiman dan Aishah yang dia sendiri tidak tahu siapa ayah mereka? Namun, dia terpaksa atas naluri simpati. Kalau sudah nenek mereka tidak mahu bertanggungjawab, biarlah dia yang mencurah kasih sayang kepada mereka. Biar dia ‘sengkek’, janji mereka bahagia. Tetapi, dia pelik. Mengapa tiba-tiba sahaja akaun banknya sentiasa berisi selain duit gaji? Siapa yang masukkan duit ke dalam akaunnya?

Dugaan datang melanda apabila Danisha menerima surat daripada peguam. Ayah anak-anak itu datang menuntut haknya. Geramnya dia… Mengapa baru sekarang ingat anak-anak?
Dalam kekalutan hati, dia turut dilamar oleh seorang jejaka misteri. Lebih memeranjatkan lelaki itu mensyaratkan hanya memberi mas kahwin sebanyak RM22.50. Siapa dia? Mahu terima atau tolak lamaran itu?

Sinopsis:
Danisha Sarah terpaksa menjadi ibu ekspres apabila dia menjaga sepasang adik-beradik yang dia sendiri tidak tahu siapa bapa mereka. Yang dia tahu ibu mereka meninggal dunia. Semakin lama menjaga, dia semakin sayang mereka. Suatu hari, masalah melanda apabila dia mendapat surat daripada peguam.

Ayah mereka datang untuk menuntut hak penjagaan. Apa lagi... mengamuklah Danisha. Namun, syarat diberikan iaitu Danisha harus mengahwini lelaki itu. Pada masa yang sama, dia dilamar oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Lelaki itu akan memberi mas kahwin sebanyak RM22.50. Pening kepala Danisha sama ada menerima atau tidak lamaran itu dan dia sendiri keliru lelaki yang mana berhak menjadi suaminya.



YOUR SINCERELY:

SAFIE MOKHTAR


2 comments :