Sunday, December 29, 2013

Tips Elak Keguguran Rambut

Hoi uollssss semua... panggg!!!! kena pelempang... Biadap sungguh... Salam pun tak ada, main terjah jup macam tuh... Assalamualaikum uollsss semua... Berjumpa lagi dalam story tak berbayar niyh... Boleh jadi... Entry kali ni nak cerita pasal manusia2 yang mengalami keguguran rambut pulak deh... Adoi deh... Takut botak deh... Hahahaha...
Dalam hidup kita ni macam2 masalah datang... Keguguran rambut juga menjadi salah satu masalah lazim kepada sesiapa sahaja... Although ianya tak menyakitkan but sedikit sebanyak ianya merisaukan kepada sesiapa yang terlibat... Bukan sahaja kerana weollsss semua mungkin terdedah kepada masalah botak kepala, malah it become complicated if rambut uollsss berselerak di atas lantai setiap kali menyikat...
Mungkin uollsss dah try macam2 produk tetapi tidak berhasil?? How if uollsss cuba tips semula jadi yang iollsss taip kat bawah ni pulak... Siapa tau ainya berhasil... Tak adalah ko botak nanti...
1. Jus Daripada Bahan Semula Jadi
  • Kisarkan bawang putih, bawang merah dan halia. Kemudian lumurkan pada rambut uollsss dan biarkan semalaman... Memang agak janggal but uollsss kena try... Bau dia pun, hurmmmm tahan juplah... Cuci dengan bersih pada keesokan paginya... Cuba buat sampai rambut uollsss dah kurang atau tak ada gugur langsung... Sesetengah orang mungkin sayang nak gunakan bahan2 niyh sebab harganya agak mahal dipasaran... Betul tak...

2. Urutan Di Kepala
  • Mengurut kepala boleh membantu melancarkan peredaran darah ke seluruh kepala... Peredaran darah yang lancar membolehkan folikel rambut menjadi aktif... So, jangan berkira untuk pergi berurut... Bukannya mahal pun... Kalau uollsss malas ke apa kan, suruh jup anak uollsss buat... Cakap dengan depa kepala uollsss tengah pening sangat... hahahaha ;)

3. Antioksida
  • Antioksida boleh didapati daripada teh, buah epal atau kopi... Sapukan rendaman salah satu bahan tersebut dan lumurkan ke kulit kepala selama satu jam sebelum dibilas... Antioksida meghalang keguguran rambut dan merangsang pertumbuhan rambut agar lebih lebat... Tak caye bolh tanya pakar2 YUN NAM...

4. Rawatan Minyak Panas
  • Ambil mana-mana minyak seperti minyak zaitun, atau kelapa dan panaskan... Biarkan ia suam seketika kemudian urutkan secara perlahan-lahan di kepala... Pakai topi mandian dan biarkan selama sejam... Kemudian bilas menggunakan syampu dan air suam... Jangan tengah menggelegak ko sapu kat kepala ko, bukan rambut jup gugur, otak ko pun gugur sekali...

5. Rehat Secukupnya
  • Salah satu punca rambut gugur adalah daripada tekanan dan ketegangan yang di hadapi oleh uollsss... Lebih2 lagi if kerja uollsss tuh sangat mencabar dan memerlukan fizikal dan mental yang mantap... If uollsss kalah, memang botaklah kepala uollsss tuh... Bagi pelajar pulak, uollsss jangan buat diri uollsss tuh stresss dengan pelajaran uollsss tuh... Try study smart, bukan hard... To all, amalkan rehat secukupnya dan masalah ini dapat dikurangkan... Pastikan uollsss mendapat tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari.... Enough...

Masalah rambut gugur niyh bukan berlaku kepada mereka yang sudah berumur dan golongan pertengahan jup... Golongan muda pun ada yang mengalaminya... If deyollsss didatangkan dengan pelbagai masalah yang bertimpa-timpa jatuh dibahu mereka... So cuba susun satu2 cara hidup dan ettiquette uollsss tuh... Amalkan lima yang dekat atas tuh pun dah ok... Salam...
p/s: Segala masalah boleh diatasi if kita berusaha mendapatkan solusinya...

YOUR SINCERELY:

SAFIE MOKHTAR


No comments :

Post a Comment