PAGI
Isnin, Danisha begitu tekun membuat kerjanya. Di atas mejanya memang telah tersedia
air kopi yang dibancuhnya di pantri. Andai terasa haus, tidak perlu lagi
bersusah payah.
Tadi
dia bersarapan mihun goreng sahaja. Aiman pula dia bekalkan dengan kuih donat yang
jirannya beri. Danisha memang rasa bertuah sangat dapat mengenali Acik Jamaliah
yang tinggal di tingkat 3. Dia memang suka menghantar makanan yang dimasak
kepada Danisha. Apatah lagi apabila mengetahui Danisha kini menjaga anak
angkat.
Acik
Jamaliah yang suka dengan budak-budak telah bersara dan turut menjaga dua orang
cucunya. Danisha dapat berkenalan dengannya pun secara kebetulan. Ketika itu
dia menunggu van yang akan menghantar cucunya ke sekolah. Sebagai orang muda,
kenalah menghormati orang yang lebih tua. Sejak itu mereka selalu bertegur
sapa.
“Nisha,
Datuk suruh ikut dia pergi mesyuarat di Taman Tun,” beritahu Kamil yang
tiba-tiba sahaja tercegat di sebelah mejanya.
“Hah?
Ulang sekali lagi,” pinta Danisha dengan muka terkejut.
“Jangan
nak buat muka bodoh pulak,” tingkah Kamil yang sudah 8 tahun bekerja sebagai
pemandu Datuk Khalil.
“Kau
biar betul? Takkan aku kena ikut dia lagi macam hari tu? Satu kereta pulak tu,”
sungutnya. Bukan dia tidak mahu mengikut arahan bosnya. Minggu lepas okeylah
dia pergi kerana Cik Ain, setiausaha bosnya cuti kecemasan.
“Eh,
cepatlah! Datuk dah tunggu tu. Banyak songeh pulak kau ni,” marah Kamil pula.
“Yalah.”
Danisha segera mencapai buku notanya dan fail yang mengandungi minit mesyuarat
yang lalu. Seketika dia menghirup kopi di atas mejanya, rugi pula andai tidak
menghabiskannya.
Kamil
sudah melangkah laju menuju ke kereta. Dalam rasa malas yang bertandang, Danisha
terpaksa juga mengikut bosnya menghadiri mesyuarat. Mengingatkan dia juga
adalah QS untuk projek itu, memang patut pun dia ada sekali. Apa-apa hal mudah
nanti kerana dia juga perlu tahu perkembangan projek baru itu walaupun masih
belum bermula.
Sebaik
membuka pintu, terpaksalah dia mengukir senyuman apabila menyedari Datuk Khalil
yang sudah pun tersenyum meleret.
‘Hai
orang tua ni, takkan nak mengurat aku kut?’ desisnya.
“Kerja
awak macam mana, Nisha?” tanya Datuk Khalil sebaik dia duduk di sebelah Kamil.
“Okey
aje, Datuk.” Dia menjawab ringkas.
“Bos
baru tu, okey tak?” Tiba-tiba Datuk Khalil bertanya pasal Encik Hisham pula.
“Bolehlah…”
Danisha pun tidak tahu hendak jawab apa sebenarnya.
“Macam
tak okey aje. Ke dia selalu buli awak?” duga Datuk Khalil.
“Hmm…
lebih kurang la.” Terpaksa juga dia mengaku. Siapa tahu selepas Datuk Khalil
menegur
pak naga, dia akan berubah.
“Boleh
ke awak tahan dengan dia? Nanti ada banyak projek yang masuk. Awak memang kena
tolong dia,” tanya Datuk Khalil lagi.
“Selagi
boleh, saya buat aje. Kalau dah tak tahan, saya suruh dia buat sendiri!” Sengaja
Danisha berkata begitu.
“Ada-ada
saja awak ini.” Datuk Khalil sudah tertawa.
‘Lucu
sangat ke jawapan yang diberikan?’ Danisha tertanya sendiri.
Perjalanan
ke Taman Tun Dr. Ismail memang lancar. Danisha berasa lega apabila tidak perlu melalui
kesesakan jalan raya yang selalunya tidak pernah putus. Datuk Khalil juga tidak
banyak berbual, sebaliknya menghabis masanya dengan membaca surat khabar.
*****
SELEPAS
habis mesyuarat, Kamil terus menghantar Datuk Khalil balik ke rumahnya di Sri
Hartamas. Dia pun tidak tahu kenapa bosnya mahu pulang awal.
Jam
baru menunjukkan pukul 12.45 tengah hari ketika Danisha sampai di pejabatnya. Mesyuarat
tadi juga tidak mengambil masa yang panjang. Sebagaimana waktu pergi, waktu
balik juga jalan raya memang lancar sahaja. Tidak sampai satu jam, mereka sudah
sampai di Prima Sri Gombak.
Danisha
meletakkan fail yang dibawanya di atas meja. Tadi, matanya liar memandang sekeliling
ketika Kamil menurunkannya di hadapan pejabat. Dia takut ada yang bergosip
walau dia sememangnya tiada apa-apa hubungan dengan Datuk Khalil.
Seketika
dia termenung di mejanya. Semakin hari tanggungjawabnya semakin bertambah.
Namun, gajinya lambat benar hendak bertambah. Bukan dia berkira pasal kerja,
tapi kadang-kadang rasa tertekan juga. Lebih-lebih lagi semenjak terpaksa jadi
ibu ekspres kepada Aiman dan Aishah.
Belanja
harian memang automatik bertambah. Yuran sekolah Aiman dan taska Aishah sahaja sudah
RM 500. Itu belum lagi duit susu dan Pampers Aishah. Mahu papa kedana dia apatah
lagi dia juga masih perlu membayar ansuran kereta dan apartmen yang diduduki
sekarang.
Apabila
difikirkan semula, memang dia tidak tahu kenapa dia sanggup pikul tanggungjawab
itu.
Pada mulanya memang payah juga menguruskan budak-budak itu. Begitu pun, lama-kelamaan
dia sudah boleh menyesuaikan diri.
Pagi-pagi
dia sibuk mandikan Aiman dan siapkan bekalannya. Selepas itu kelam-kabut hantar
Aishah ke taska. Mujur taska Aishah cuma di tingkat bawah apartmennya. Kemudian
hantar Aiman ke sekolah tahfiz pula. Aiman kena sampai sebelum pukul 7.30 pagi.
Andai dia terlambat, kasihan pula budak itu kena denda.
Setakat
ini memang tidak pernah lagi Aiman lewat ke sekolah. Cuma pada hari pertama persekolahan
sahaja Aiman terlambat sebab dia terlupa mengunci jam. Sudahnya dia juga lambat
tiba di pejabat. Nasib baik juga bosnya bercuti, jadi tiada siapa yang nak
marah. Tapi kalau pak naga tahu, memang dia akan kena sebiji dengan bos yang
perasan bagus itu.
Sekilas
Danisha menjenguk ke bilik bosnya. Boleh tahan orangnya, tapi perangainya tidak
sebaik mana. Pantang silap sikit, mulalah nak berasap. Entah apa yang dia jaki sangat
dengan dirinya, dia pun tak tahu.
*****
SEWAKTU
makan tengah hari, Danisha pergi ke restoran berhampiran bersama dengan Rani.
Selalunya dia pergi bersama dengan Iman. Hari ini dia mahu berdiet pulak.
“Aku
tengok, sejak dua menjak ni, kau bukan main lagi. Ke mana saja Datuk Khalil
mesyuarat, ada sahaja muka kau. Kau ada apa-apa dengan dia ke?” tanya Rani yang
terlebih prihatin.
“Sekretari
dia kan bercuti? Lagipun sekarang ni aku QS untuk projek baru tu. Kalau dia
pergi mesyuarat pasal projek tu, memanglah aku kena ikut,” terang Danisha,
menyelamatkan dirinya. Pada dia, semua itu rutin biasa kerja dia, tapi tidak
untuk mereka yang tidak tahu. Berbagai andaian boleh sahaja tercetus untuk
menghangatkan gosip.
“QS
projek yang sebelum-sebelum ni, tak pernah pulak ikut dia pergi mesyuarat.
Paling-paling pun pergi sendiri.” Rani memang berasa pelik sungguh.
“Entahlah,
dah dia suruh ikut, aku patuh sajalah,” balas Danisha. Setakat ini, tak ada
pulak Datuk Khalil tu hendak menggatal dengannya. Dia pun menganggap dan
menghormati lelaki tu macam ayahnya. Apatah lagi ayahnya pun mengenali Datuk
Khalil ini.
“Jangan
jadi secret isteri dia, sudah!” Rani sudah tersenyum sinis.
“Kau
nikan, memang tak sayang mulut,” marah Danisha.
“Kau
kena berhati-hati dengan Datuk Khalil ni. Dia ni miang-miang buluh.Kalau dah
terkena, memang parah!” Rani cuba mengingatkan Danisha dalam gurauan.
“Kau
ni, ada-ada aje!” marah Danisha lagi.
“Datuk
ni nama aje dah berumur, tapi perangai boleh tahan jugak. Pulak tubaru dapat
gelaran duda. Harus berhati-hati.”
“Kau
ni ke situ pulak.Aku tengok dia baik aje. Lagipun aku dah anggap dia macam ayah
akulah.” sangkalnya.
“Jangan
cakap. Kalau dah hari-hari dia mengayat kau, mahu tergoda jugak. Dia pun masih
tampan dan segak. Ha, senyuman dia macam Kevin Costner gitu…”
“Haha…
Kevin Costner? Macam pak cik tukang kasut dekat corner tu adalah!” balas
Danisha sambil tertawa.
“Kau
ni… gurau-gurau jugak. Kena batang hidung sendiri baru padan dengan muka kau!”
“Setakat
Datuk Khalil tu, aku boleh handlelah.” Danisha berkata dengan yakinnya.
“Sekarang
bolehlah kau berlagak sebab belum terkena lagi. Andai dah terpalit minyak
senyonyong Datuk, tidur malam pun kau termimpikan dia,” beritahu Rani lagi.
“Sudah-sudahlah
cerita pasal Datuk ni.Aku tak kuasa nak layan.”
“Aku
nak mengingatkan aje. Nanti terjadi sesuatu, jangan nak salahkan aku pulak.”
Rani mengingatkan lagi.
“Memang
ada staf wanita di sini yang terkena ke?” Tiba-tiba Danisha hendak tahu pula.
“Staf
di sini memanglah tak ada yang terkena.”
“Aku
rasa kau ni dah termakan dengan cerita Kak Esahlah.Takkanlah cerita kakak tu,
kau nak percaya? Gosip-gosip di bilik pantri aje tu,” sangkal Danisha.
“Kalau
cerita tu tak betul, mesti tak ada yang bergosip. Aku dah banyak kali dengar.
Tapi kalau kau tak percaya, tak apalah.”
“Setahu
akulah, Datuk ni baik orangnya.Solat tak tinggal malah dah pergi buat haji
pun,” ujar Danisha menyangkal dakwaan Rani.
Tiba-tiba
dia terbayang pula wajah bosnya itu. Tidak dinafikan Datuk Khalil masih segak dan
kelihatan lebih muda dari usianya yang sebenar.
“Percayalah
cakap aku, baik ada makna tu.” Tak habis-habis Rani mempertahankan ceritanya.
“Lupakanlah
pasal bos kita tu. Baik kau cepat makan, kejap lagi aku ada banyak kerja nak
buat.”
"Hmm... yalah." Rani segera menghabiskan nasi yang masih berbaki.
YOUR SINCERELY:
SAFIE MOKHTAR
No comments :
Post a Comment