Sunday, December 1, 2013

Tips Membeli Rumah Pertama (Part III Story)

Idea datang pada waktu puncak macam niyh... Nak buat macam mana, dah Allah bagi time2 macam niyh... Terimalah seadanya... Menaip pepagi buta, tenang jup suasana... Tak cerita background masa taip niyh... Nak sambung story last entry punya... Part yang terakhir iollsss nak citer niyh... Malas dah nak tangguh2 lagi uollsss... Banyak tertangguh pun tak baik orang tua2 kata...
Jom weollsss usha apa ada seterusnya...
1. Baca, Baca dan Baca
  • Uollsss need to baca semua surat tawaran dan dokumen perjanjian... Kan dah berrojak dekat situ... Baca. Baca. Baca. Baca. Baca. Baca. Baca. Baca. Baca... Tak cukup, read, read, read, read, read.... Malas dah nak ulang banyak kali... Cakap memang manis bak gula Melaka nak buat pengat, tapi apa yang kita tandatangan itulah yang terpakai dan dipakai. Pastikan apa yang dijanjikan sama dengan apa yang ditulis dalam dokumen-dokumen yang ditandatangani dan dipersetujui...

2. Negotiate, Negotiate and Negotiate
  • Kalau tak puas hati, bincang... Kalau rasa benda tu tak ada, mintak... Jangan nak tunjuuk pandai bagai... Kononnya kuat sangat lettew uollsss kan... Tapi macam haram kejadah... Macam weollsss bakal dapat bonus hujung tahun tapi duit simpanan, KWSP tak cukup nak bayar deposit.. Bincang baik-baik... Jangan gaduh... Rate yang bank bagi tak best... Jangan terus tandatangan, bincang dulu... Gelojoh sokmo mu ni...

3. Sentiasa Double-Check
  • Betul ke rumah tu dia punya?? Waktu jumpa ejen atau penjual tu dia ada bawak dokumen tertentu macam salinan geran, salinan S&P, salinan cukai tanah dak?? Betul ke harga pasaran rumah tinggi macam yang dia sebut tu?? Betul ke freehold?? Dan seterusnya... Cuba try jadi detektif conan kejap... Ada kebaikkannya kepada uollsss tau tak... Cuba deh... Makan dadeh deh... hahahaha...

4. Harga Rumah Murah vs Kualiti
  • Siapa yang tak nak murahkan... Cuba tengok kalau jualan murah tuh datang, biasa time year end niyh, memang berpusu-pusu orang datang beli... Samalah macam rumah jugak... Sekali imbas nak rumah murah tahap gabam... Hati dah seronok... Berbunga-bunga gitu mengalahkan mat bunga dkat filem Hindustan... Tapi lepas dah tengok kawasan kejiranan, sekolah anak pun jauh mengalahkan ko duduk dekat pedalaman Sabah dan Sarawak buat apa deh... Masjid dan surau pun rak ada, nak solat jumaat dekat mana, tepi rumah kau ke... Rupanya kawasan situ selalu banjir pulak dah... Macam bala bencana menimpa... Amacam? Murah atau kualiti, tepuk dada tanya selera... Bukan selera nak makan gila...

5. Lepad Rumah Siap, Cek Dulu
  • Buat bersabar dulu sebelum buat renovation... Jangan gelojoh sangat boleh tak... Pastikan rumah yang dah siap tu tiada bocor sana, crack situ, berlubang sini... Make sure all of that perfecto... Tak kan ada problem yang lain... Dah tuh ikutlah selera uollsss nak buat renovation macam mana sekali pun... Nak jadi KL Tower, KLCC, Stesen Monorel Chowkit, JB Sentral, USS, I-City, Legoland ke apa lantak kau lah... Kalau diikut undang-undang weollsss semua ada 24 bulan sebelum menerima rumah tersebut sepenuhnya dan seterusnya nak buat renovation... Jangan risau, ada yang protect us...

6. Renovation Cost
  • Make sure uollsss semua dah sedia dengan duit uollsss untuk buat renovation kat rumah ko tuh... Jangan nak berhutang lagi sana-sini... Kalau tak cukup, buat cara tak cukup... Bersyukurlah dengan apa yang ada.. Jangan nak berlagak sangat... Ada karang aku bagi penampar free tak pasal2... Grill, dapur, peralatan dalam rumah semua nak diganti... Nak berhutang lagi??


Maka tamatlah sudah... Arghhhh penat gila menaip panjang2, laju2 macam niyh... Apa pun alhamdulullah dapat jugak berkongsi kebaikan daripada berkongsi kejahatan, nauzubillah... Apa pun dah tak ada apa nak cakap, nak citer, nak membebel lagi... So kita tutup entry kali ni... Salam
p/s: Tamat pun... Arghhhh penat...

YOUR SINCERELY:

SAFIE MOKHTAR

No comments :

Post a Comment