Saturday, January 11, 2014

Carikan Aku Cinta: Bab 3

Entah untuk yang keberapa kali, Shuraya menguap. Hampir bosan dia menunggu orang yang katanya nak jumpa dengannya. Ini baru pertama kali jumpa dah buat hal datang lambat. Belum dah lama kenal. Lagi lama agaknya dia terpaksa tunggu huh.

Shuraya sudah berkira-kira. Mungkin kali ini rancangannya berjaya lagi.

Nizam di hujung sudut kafe sedia menanti untuk datang kepadanya.

Rancangan setiap kali kakaknya membuat temujanji tanpa persetujuannya. Nizamlah selalunya yang akan menjadi mngsanya.

“Maaf! Maaf! Lambat! Dah lama ke tunggu?” teguran tanpa salam itu membuatka hayalan Shuraya hilang kerana terkejut.

Lelaki di hadapannya, dipandang dari atas sampailah ke bawah. Boleh tahan. Pujian pertama Shuraya.

“Assalamualaikum, Encik Zul….” Zul apa ya? Tak ingat pula apa nama panjang Zul yang Kak Ada sebut semalam.

Zulkifli tersenyum senget. Masuk ni, dua salah dia kepada adik kawannya ini. Tapi… macam comel aje adik Shuhadah ni.

“waalaikumussalam. Maaf sekali lagi.” Ucap Zul lagi.

Shuraya memanjangkan tangannya menunjuk pada kerusi di hadapannya itu. Zulkifli faham lalu duduk di kerusi tersebut.

“Maaf ye, Cik Shuraya. Saya ada hal penting yang betul-betul tak dapat nak elak. 2 jam tadi saya nak keluar, ada kecemasan. Bahagian sya. Maaf sekali lagi.”

Shuraya hanya tersengeh. Tak tahu nak cakap apa. Macam pula dia heran dengan semua tu.
“Encik Zul ni kerja apa?”

“Ada tak bagi tahu Cik Shuraya ke?” melampau si Shuhadah ni. Penat dia cerita macam-macam dengan Shuhadah. Sudahnya tak sampai pada Shuraya.

“Tak. Lagipun saya malas nak tanya. Nanti tak ada benda nak cakap kalau dah tahu dari mula lagi.” Jawab Shuraya selamba.

“Oh, macam tu. Saya ingatkan Cik Shuraya tak nak ambil tahu pasal saya tadi.”

Memang pun!!!!

Kata hati Shuraya. Habis dia kalau cakap depan-depan. Biar tak suka, jangan buat hati orang sakit. Jadi Shuraya hanya tersenyum memandang Zulkifli.

“Tak nak jawab ke soalan saya tadi tu, Encik Zul?”

Giliran Zulkifli pula untuk tersengeh.

“Doktor.” Ringkas dan padat jawapan Zulkifli.

Boleh tak nak pura-pura pengsan? Aigo! Betul mamat depan dia ni seorang doktor? Betul ni tak tipu? Oh, tahukah anda, dia memang teringin nak dapat suami seorang doktor. Tapi orang kata doktor ni tak ada life. Hidup dalam dunia mereka sendiri. Ya ke? Tapi semua kerja bukan macam tu ke?

Dan lelaki di hadapannya ini membuatkan dia….. tak tahu nak kata apa.

Dadanya dipegang. Cuba mengesan debarab yang selama ini dicari. Tetapi, masih tidak ada. Jantungnya tidak berdegup pantas seperti yang di harapkan. Mungkinkah doktor dihadapannya ini bukan jodohnya?

Nizam perlu dikeluarkan dengan segera. Dia tak mahu memberi harapan kepada doktor muda ini. Teruk nanti jadinya.

“Cik Shuraya kerja dekat mana?” Zulkifli kembali menyoal. Dalam hati Shuraya sudah mulai bosan berbual dengan doktor muda ini.

“Ha? Saya? Saya kerja farmasi dekat klinik hujung jalan sana tu.”

Zulkifli mengangguk. Belakang kepalanya digaru perlahan. Dah tak ada modal nak tanya apa. Sebab semuanya dia dah tanyakan kepada Shuhadah semalam. Itulah, rasa menyesal pula dia tanya semuanya semalam.

Untuk seketika keadaan diam kembali.

Krik.. krik.. krik..

Bunyi cengkerik pun kedengaran diantara keduanya. Apa pu tak boleh.

Nizam dari jauh sudah bersedia untuk keluar dari tempat persembunyiannya. Tak sabar dia nak berlakon untuk kali ini. Masuk ni, hampir lima kali dia berlakon menjadi pasangan Shuraya. Seronok rasanya dapat tengaok macam mana muka orang lelaki kena tolak. Sangatlah cover tabah. Konon!

Kring… kring…

Telefon bimbitnya bordering tiba-tiba.

Nama Kak Ada tertera. Dahinya automatik berkerut. Kak Ada telefon nak apa? Jangan-jangan Kak Ada tahu rancangan Kak Shu yang menggunakannya? Oh, my! Janganlah telefon sebab tu.

“Hello, Kak Ada..” jawab Nizam gugup. Budak sekolah macam dia ni mestilah takut dengan kakak sendiri.

Tapi masalahnya sekarangnya ni, dia ni masih budak sekolah lagi ke dia ni? Tahun ni ambil STPM. Emm.. mungkin sebab dia masih terikat lagi dengan sekolah kot. Apa-apa ajelah.

“Nizam dekat mana?! Kau jangan kacau plan Kak Ada kali ni, Zam! Siap kau kalau Kak Ada dapat tahu!” tanpa menjawab apa-apa Shuhadah terus menghentam Nizam ianpa budak itu dapat menjawab apa-apa.

Glup! Air liurnya ditelan. Kan dah kata Kak Ada dah tahu. Itulah kan pepatah penah berkaya, pandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

“Err.. mana ada Kak Ada. Orang kat luar ni. Dengan kawan-kawan, study. Bila masa pula nak kacau plan Kak Ada tu”

“Yelah tu. Macam Kak Ada baru kenal kau semalam. Aka kenal kau sejak kau dalam perut ibu lagi. Dah tahu sangat peranagai tak semenggah kau tu. Ingat Nizam, ni amaran keras Kak Ada pada kau. Ingat!”

Klik!
Panggilan terputus. Nizam mengeluh. Shuraya yang tidak jauh dari pandangannya dipandang sekilas. Tak dapat tolong kau hari ni Shu. Kak Ada dah beri amaran keras dekat akulah, pandai-pandailah kau selesaikan kali ni.

Barusahaja talian ditamatkan, mesej daripada Shuraya masuk. Nizam menguluh lemah. Macam mana ni, nak tolong ke tak payah? Huh!

Nizam, tak payah datang. Biar akak uruskan kali ni.

Sepantas kilat dia menoleh kea rah kakaknya. Gelengan kecil Shuraya membuatkan nizam tersenyum senang. Macam tahu-tahu aje.

“Jujurlah saya kata, Encik Zul. Saya memang tak berminat dengan sesiapa pun yang kakak saya kenalkan dengan saya. Jadi jujur juga saya katakan yang saya juga tak berminat dengan Encik Zul, malah dengan sesiapa sajaha yang kakak saya kenalkan untuk saya. Dan jujur, saya minta maaf pada Encik Zul, kerana sudah susahkan Encik Zul. Datang sini semata-mata nak jumpa saya. Sedangkan Encik sendiri sedang sibuk. Jujur saya dah tahu nak kata apa. Saya minta maaf..” lembut seperti suaranya Shuraya berkata.

Sememangnya dia sudah letih dengan apa yang kakaknya lakukan untuk dirinya. Dan sudah penat berbohong. Berlakon seolah-olah dia sudah mempunyai pasangan. Kalau macam ni berterusan, baik tak payah khawin!

Zulkifli terkedu. Entah kenapa hatinya terasa sakit sewaktu Shuraya berkata yang gadis itu tidak berminat akan dirinya. Teruk sangat ke dia ni sampai sesenang itu dia ditolak tanpa dia mencuba walaupun sekali? Sememangnya dia bukan ditakdirkan untuk bersama dengan seseorang yang dipanggil isteri.

“Saya tak kisah, Cik Shu. Sebab saya dah biasa ditolak mentah-mentah begini. Ditipu juga pernah. Terima kasih jugalah pada Cik Shu kerana Cik Shu tak memberikan apa-apa harapan pada saya. Begini juga sudah cukup sakit saya rasa. Dan saya tak tahulah kalau Cik Shu beri harapan betul-betul kepada saya. Saya terima pap adanya keputusan Cik Shu.” Dan… kata-kata lembut Zulkifli itu membuatkan Shuraya berasa seba salah.

Hujung jari tulunjuk kirinya diketuk berulang kali. Dia akan buat begitu setiap kali dia berfikir. Apa yang dia fikir sekarang adalah bagaimana nakpergi tanpa ada perasaan bersalah dalam dirinya. Selalunya dia tak rasa begini. Entah kenapa dengan Zulkifli dia boleh ada perasaan seperti ini.

Zulkifli tersenyum.

“Tak usah, susah hati Cik Shuraya. Saya tak kesahCik Shu tak nak kenal dengan saya. Berjumpa dengan Cik Shuraya sekarang ni pun dah cukup buat saya gembira…” telefon Zulkifli bordering. Panggilan kecemasan daripada hospital.

“Maaf, Cik Shuraya. Saya kena pergi dulu. Ada orang yang lebih memerlukan saya sekarang. Lain masa kita jumpa lagi. And I wish, agar Cik Shuraya jumpa pilihan hati Cik Shuraya yang sebenar. Jangan terlalu menolak jodoh. Assalamualaikum..”

Kali ini kata-kata Zulkifli pula yang membuatkan Shuraya terkedu.

Jangan terlalu menolak jodoh?

Bila masa pula dia menolak jodoh? Jumpa pun tidak, inikan pula nak menolak. Tapi… mungkainkah doktor itu sedang berkata mengenai apa yang dia lakukan sekarang ini?

Menolak yang sudah ada di depan mata.

Tapi…

Kalau hati dah tak suka, buat macam mana sekalipun, tetap tak suka. Jadi ayat yang sesuai untuk membalas kata-kata doktor itu adalah, jangan paksa andai jodoh belum lagi nak mai jumpa kita. Adoi ai…

Tapi..

Ayat yang betul-betul buat dia sentap adalah, ada orang yang perlukan dirinya. Tahulah dia sudah Shuraya tolak. Tak payahlah nak cakap macam tu. Sentap tau hati kita ni.
Maka dengan itu, pemergian Zulkifli hanya dipandang sahaja. Malas dia nak kejar ikut lelaki itu. Hati tengah sentap tau!

“Hoi!”

“Hish! Janganlah buat akak macam tu lagi. terkejut jantung akak sekejap.” Nizam hanya tersengeh sahaja.

“Jangan cakap apa-apa. Nak ikut ke tak?” belum pun sempat Nizam kata apa-apa, Shuraya sudah member amaran kepadanya.

Jadi, dia hanya mengangguk dan mengikut kakaknya itu. Baru ingat nak puji Shuraya, sebab berjaya membuatkan lelaki itu pergi tanpa perlu minta bantuannya.

Tapi..

Kenapa dia rasa yang kakaknya itu rasa tak gembira apabila berjaya membuat lelaki itu pergi dengan usahanya sendiri. Adakah Shuraya sudah mendapat rasa apa itu ertinya cinta? Mungkin…

*****

Dia cepat mencapai kot berwarna putih miliknya yang sememangnya diletakkan dalam keretanya. Kemudian dia bergegas berlari masuk ke dalam hospital. Benar. Ada orang yang lebih memerlukan dirinya. Jadi tak perlulah berasa susah hati andai diri ditolak. Sememangnya setiap orang itu pasti di uji. Cuma yang bezanya, bagaimana ujian itu, dan bagaimana kita melalui ujian tersebut.

Shuraya…

Satu nama yang taka asing di bibirnya sejak dua hari lepas. Entah kenapa pabila mendengar nama itu dia sudah terpikat akan namanya. Nama yang lembut seperti orangnya juga. Shuraya… dia tak bosan menyebut nama itu. Mudah-mudahan Shuraya menemui oaring yang tepat untuk dirinya. Dan begitu juga untuk dirinya. Mudah-mudahan pertemuan jodohnya dipermudahkan.

“Doktor…”

“Ya saya tahu..” cepat sahaj Zulkifli memotong kata-kata jururawat yang berlari menghampirinya dengan membawa fail berwarna krim

Dalam terkejar-kejar dia berlari, matanya tidak terlepas membaca setiap butir perkataan yang tertera di atas kertas yang berada di dalam fail tersebut.

“Zul!” namanya tiba-tiba dipanggil.

Shuhadah tersenyum memandang dirinya. Mungkin sedang meminta jawapan setelah dia keluar minum bersama-sama Shuraya, adik Shuhadah.

“Nanti Ada, Zul ada emergency. Nanti Zul cerita macam mana.” Selepas dia berkata, dia meneruskan semula lariannya menuju tempat yang sememangnya dia harus pergi.

Shuhadah hanya memnadang pelik. Tapi dia tahu jawapan yang akan dijawab Zulkifli nanti. DITOLAK itu yang dia pasti.

Kenapalah adiknya itu keras hati sangat untuk menerima lelaki? Apa yang sudah lelaki lakukan kepadanya sampai benci sungguh kepada lelaki? Tak apalah, mudah-mudahan suatu hari nanti adiknya itu terbuka untuk mengenal seseorang yang bernama lelaki.

Jadi…

Kita tunggu sahajala.

*****

Shuraya memakir keretanya betul-betul di hadapan restaurant yang telah dijajikan kepada Arina semalam. Tempat di mana dia selalu lepak. Tempat di mana pelbagai kisah tercipta.

Dan…

Tempat ini jugalah tempat di mana dia menyaksikan teman-temannya berdeting dan putus bersama pasangannya. Huh! Betapa berjasanya tempat ini dengan talian persahabatannya.
Nizam di belakang sudah seperti pengawal peibadi Shuraya sahaja. Ikut sahaja kemana kakaknya itu pergi.

“Kak!”

“Apa?”

“Err.. tak ada apalah.” Nizam untuk bertanya setelah nampak akan kelibat Arina serta Siti, kawan-kawan kakaknya itu.

Tahulah dia ke mana Shuraya mahu pergi. Bergosilah tu. Tapi dia suka dengar gossip Shuraya. Best! Tak macam sesetengah perempuan bergosip yang motifnya mengutuk orang sahaja. Apa pun tak boleh!

“Assalamualaikum kakakku sekalian..” belum apa-apa Nizam sudah menyampuk terlebih dahulu. Malah selamba sahaja dia duduk tanpa di pelawa sekalipun. Memanglah dia ni muka tembok sungguh.

Siti tersenym seraya menjawab salam yang diberi. Suka betul dia meliaht adik Shuraya ini. Comel! Rasa macam nak peluk-peluk aje. Geram!

“Zam, Nizam duduk sana boleh tak?” Shuraya cuba mengusir Nizam dari terus duduk di antara mereka bertiga. Rasa kurang senang nak bercerita apabila adik ada bersama.

“Alah, biarlah Nizam duduk sini.”

“Ha, betul kata budak Nizam tu. Biarlah dia duduk sini.” Siti membela.

Nizam tersenyum manis memandang Siti buat hati Siti cair keluar dari hatinya. Cair melihat senyuman menawan Nizam. Sungguhlah menggoda. Ingat dia ni masih ada Syafiq aje. Kalau tak ingat dah lama dah Nizam ni dia usya. Tak salah pun orang perempuan berpasangan dengan lelaki yang sedikit muda. Izzue Islam sendiri tak kesah. Inikan pula Nizam anak Othman ni. Lagilah tak kesahkan?

“Ikut sukalah. Emm, kenapa nak jimpa? Ada perkembangan terbaru ke?” ujar Shuraya tanpa tunggu-tunggu.

Dia tak sabar mendengar apa rancangan teman-temannya kali ini. Pasti seronok. Tak macam kakaknya punya rancangan. Bosan..

Arina membetulkan cermin matanya sebelum sekeping kertas dia berikan kepada Shuraya dan Nizam. Kertas tersebut dibaca penuh tekun sehingga Nizam kembali meletakkan kertas tersebut di atas meja. Sedikit kasar.

Dia tak puas hati dengan apa yang dibaca pada risalah tersebut.

“Nizam tak setuju kalau akak buat macam ni! Kak Ada dengan Kak Ibah mesti marah dengan apa yang akak buat ni.” Tanpa atahn-tahan, Nizam segera memberitahu rasa tek puas hati yang ada sewaktu membaca risalah tersebut.

“Nampak macam akak ni, perempuan yang terdesak nak ada pasangan. Akak tak malu ke buat macam ni? Beritahu satu dunia yang akak memang perlukan seseorang untuk berdamping dengan akak. Akak tak malu ke?!” Nizam terus menerus menyatakan apa yang tersirat dalam hatinya sejak tadi.

Shuraya tersenyum tanpa menjawab apa-apa yang dikata Nizam itu. Sememangnya apa yang dikata Nizam itu adalah benda yang sememangnya benda yang ingi dikata kepada kawan-kawannya itu.

Ingat dia tak malu? Malulah! Siapa dia sampai nak buat risalah sampai macam gini! Buat malu keturunan betul.

“Kalau akak tak buat macam ni, nak buat macam mana pula agar kakak kau tu punya kawan lelaki sekurang-kurangnya satu?! Macam mana?! Kau ada rancangan?!” Nizam agak terkedu pabila mendengar jawapan Arina.

“Biar nampak diri kita ni terhegeh-hegeh. Biar nampak kita ni tak tahu malu. Hanya orang yang benar-benar ikhlas sahaja yang akan menerima diri kita ni seadanya. Akak bukan rancang tanpa persediaan. Akak sudah sediakan seluruhnya. Risalah ni, satu daripada rancangan akak. Jangan pandai cakap kalau tak mahu bertanya terlebih dahulu.” Panjang lebar Arina menjawab.

Dan, jawapan Arina itu jugalah telah menjawab pertanyaan Siti yang asyik bermain dalam mindanya beberapa hari lepas. Begini rupanya rancangan Arina. Baru dia faham. Menarik juga rancangan Arina ni.

Tapi apa yang Arina nak buat dengan semua senarai nama lelaki yang banyak-banyak tu? 90 orang lelaki untuk seorang perempuan? Bukankah itu kerja gila namanya.

Nizam terdiam. Seketika dia memandang Arina meminta penjelasan yang seterusnya. Dia bukannya apa, dia tak mahulah kakaknya itu dianggap perempuan murahan sampaikan sanggup buat perkara bodoh macam ni. Kalau jumpa cinta yang di maksudkan tak apa, tapi kalau tak jumpa macam mana? Buat malu aje kan.

“Baik. Nizam dengar. Kalau ada apa-apa yang tak kena dengan rancangan Kak Ina ni, Nizam tak setuju.” Tegas Nizam berkata.dia satu-satunya lelaki dalam adik-beradiknya. Biar dia melindungi kakak-kakaknya. Walaupun usianya baru separuh jagung.

Arina tersenyum. Kehadiran Fadhilah di situ membuatkan Arina mengeliarkan lagi satu fail dan diletakkannya di atas meja.

“Kita nak cerita dulu ke, atau nak makan dulu? Lagipun aku ni tengah kebulur gila. Tak makan dari pagi tadi lagi.” fadhilah yang baru datang tiba-tiba sahaja menyampuk. Tiba-tiba. Orang lain tak sebut pasal makan, dia pula yang sebut.

Siti di sebelah memandang pelik akan adik kembarnya itu. Lapar? Tak sarapan pagi tadi? Habis yang dia tengok tadi dekat meja makan, makan sampai 3 pinggan tu siapa? Kembar dia yang ketiga pula ke?

“Apa pandang aku macam tu?!”

“Tak ada apa. Pelik aje.”

“Apa yang kau pelik?”

“Tak ada apa. Dah, pergilah order sana. Buat apa kau peduli dengan pandangan aku ni. Tak bawa kau kenyang pun tengok aku pandang kau. Muka kau dengan aku bukannya banyak beza pun” itulah mereka. Siti dan Fadhilah. Memang pantang bersua muka, ada saja yang tak kena antara mereka.

Shuraya sedari tadi hanya diam memandang dan mendengar, tersenyum melihat telatah dua kembar itu. Nizam pula..

Dia sudah keliru mana satu Siti dan mana satu Fadhilah. Mujurlah hanya muka sahaja yang mereka sama. Kalau nama pun sama, memang masak dia nak kenal dua kembar ni. Muka dah macam potostat sesama semdiri aje. Langsung tak nampak perbezaan.

“Baik, macam ni sebenarnya rancangan aku..” setelah perut sudah kenyang, hati pun jadi senang. Maka dengan itu senanglah dia bercerita.

Fail tadi diberikan kembali kepada Shuraya. Fail yang terdapat sejumlah nama lelaki yang banyak yang membuatkan dahi Shuraya serta merta berkerut. Dia kembali memandang Arina. Masih tak dapat tangkap lagi, maksud di sebalik nama-nama ini.

“Itu ada 90 orang lelaki yang terawal mendaftar untuk menjadi cinta pertama kau…”

“Lelaki pun sama terdesaknya..” perlahan Nizam berkata setelah melihat akan nama-nama itu. Ingatkan kakak dia aje yang terdesak, rupa-rupanya, ramai lagi yang terdesak. Tapi…

Macam mana kalau antara 90 orang tu, ada yang menipu?

“Tapi, mana Ina tahu yang mereka semua ni jujur nak kawan dengan kita?” Ting! Fikiran adik-beradik yang sama. Nizam tersenyum sendiri. Tak payah susah-susah nak bertanya.

Kita buat temujanji..” ujar Arina senang.

“Temujanji? Dengan 90 orang lelaki? Ina nak kita jumpa sorang-sorang lelaki dalam senarai ni? Kalau macam ni, sampai tahun depan pun misi kita ni tak berjaya.”

“Kita buat 3 temujanji.”

“3 temujanji sahaja?” Arina semakin pelik dengan rancangan Arina. 3 temujanji untuk seoarang lelaki? Kalau 90 orang lelaki, berapa banyak temujanji yang harus dia pergi? Oh, my!

“3 temujanji aje? Pengaruh filem kau ni. Tapi macam tak banyak sangat ke 3 temujanji kau ni?” Siti mula menyoal. Daripada tadi Arina sahaja yang berkata.

“Tapi..” Fadhilah mula mencelah tetapi tiada daya. Perutnya terlalu kenyang. Sampai nak bercakap pun tak boleh.

“Aku ni tak adalah gila sangat sampai suruh kawan aku ni buat 3 temujanji dengan 90 orang lelaki. Sebelum kau bertemujanji betul-betul, kita orang yang akan bertemujanji dengan mereka-mereka ni semua sebelum betul-betul kau keluar dengan mereka. Perlulah ditapis mana yang berguna dan mana yang langsung tak berguna. Dalam ni ada 90 orang. Sorang 30 cukupkan? Tak adalah menangis nak buat sorang-sorangkan?” nah, siapa kata Arina tidak mempunyai racangan yang teliti? Sudah cukup teliti dia merancang semuanya. Perlulah berbanggan dengan Arina. Ceh!

Fadhilah mengangguk mengerti. Begitu juga Siti. Tapi sebelum tu…

Siapa yang kena buat 30 temujanji dengan lelaki? Mereka berdua? Oh, tidak!!!!

“Nizam suka dengan rancangan Kak Ina. Tapi, Tak kesian ke dengan 89 orang lagi andai Kak Shu pilih salah seorang antara mereka 90 orang?” Arina simpan senyum. Itulah, dah ken bebel baru nak ikut cakap.

Siti mengangguk. Fadhilah tak payah cakap. Dia asyik duduk mengusap perutnya yang kekenyangan.

“Jangan risau. Nah, baca ni..” sekeping kertas dai hulurkan. Macam-macam telah dia rencanakan khas untuk kawan baiknya sendiri.

“Ina nak buka kedai baru? Kenapa dengan kedai kek Ina tu?” capat sahaja Shuraya bertanya. Risau sekiranya ada yang tak kena dengan perniagaan temannya itu.

Nizam diam. Dia masih setia menunggu jawapan Arina seterusnya.

“Aku buka kedai untuk kau jugalah Shu. ini adalah kedai untuk agen mencari cinta kau. Andai kata daripada 90 orang tu ada yang kau berkenan, lagi 89 orang tu akan masuk senarai untuk kita carikan cinta untuk mereka. Buat macam agen cari jodohlah. Tapi aku tak naklah cari jodoh, jodoh tu kan Allah yang tentukan. Kita ni hanya merancang, Dia yang menentukan segalanya. Kita mencari, Dia yang tetapkan.” Akhirnya habis juga apa yang ingin dia katakana. Itulah rancangannya selama 3 minggu yang lalu.

Arina tahu, Shuraya tidak mahu berkahwin dalam masa terdekat ni, Shuraya cuma ingin mencari cinta, jadi jikalau itu yang Shuraya mahu dia turitkan. Andai cinta itu yang membawa pada perkahwinan itu lebih baik bukan?

“Kak Ina letak nama Nizam sekali boleh tak? Buat 3 temujanji. Boleh Kak Ina?”


Nazam tersengeh. Kalau itu yang dirancangkan Kak Ina, dia setuju sesangat. Tak akan ada yang sakit hati mahupun rasa diri tu tak laku. Semua berpeluang untuk mencari canta. Kalau dari dulu lagi Kak Ina buat macam ni, tak adalah dia asyik menjadi ‘teman lelaki’ kakaknya itu. Mudah-mudahan rancangan ini berjaya.

YOUR SINCERELY:

SAFIE MOKHTAR

2 comments :