Sunday, January 12, 2014

Jangan Pandang Remeh Terhadap Alahan Makanan

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia... Hahaha, tak maul ah macam niyh... Dah macam forum perdana pulak... Intro macam tuh ok, but macam skema gilew iollsss rasa... Ok nak story pasal makanan... Makanan is the part most of people suka kan... Terutama sekali kat negara kita niyh... Seluruh dunia tau yang Malaysia merupakan negara yang menghasilkan pelbagai resipi makanan dan kelazatannya tidak dapat dipertikaikan lagi... Macam2 makanan ada dekat negara kita niyh... Setiap negeri, daerah dan mukim menghasilkan makanan mereka yang tersendiri...

Kat mana2 jup tak kira siang ataupun malam, weollsss semua boleh mendapatkan makanan dalam pelbagai bentuk, rasa dan warna dengan mudah sekali... But, ada di antara weollsss semua tak mampu menikmati semuanya kerana mengalami alahan terhadap makanan... Sesetengah kes alahan boleh menyebabkan kematian... OMG, sangat mengerikan... Dianggarkan sebanyak 25 peratus rakyat Malaysia mengalami alahan makanan... Yang allergy terhadap makanan nyew lain... Hurmmmm....

Apa itu alahan? Alahan terhadap makanan merupakan tahap kesihatan yang serius yang menjejaskan sehingga 15 juta rakyat termasuk 1 dalam 13 kanak-kanak... Banyak kot, termasuk iollsss yang tak boleh makan seafood... Kalau makan habis badan jadi macam katak kodok... Eeeee sumpah geli shiyalll... Tugas sistem imun badan weollsss adalah untuk mengenal pasti dan memusnahkan kuman iaitu bakteria dan virus yang membuatkan uollsss, iollsss, deyollsss and weollsss semua daripada jatuh sakit... Alahan makanan terhasil apabila sistem imun tersilap mensasarkan protein makanan sebagai ancaman dan memusnahkannya... Benda bagus dimusnahkan, maka berkuasalah benda yang tak bagus tuh... Ada masalah sistem imun orang macam niyh...


Simptom-Simptom Alahan Makanan

Antara gejala yang dapat dilihat jelas ialah bengkak di bahagian mulut dan nafas berbunyi... Orang gemuk memang nafas berbunyi sebab saluran dia sempit kerana dilindungi lemak yang berlebihan... So orang gemuk biasanya tiada masalah terhadap makanan... Take a note... Tekanan darah jugak boleh turun mendadak dan simptom ini dikenali sebagai kejutan anafilaksis... Apa jua jenis makanan boleh penyebab alahan dan ia terpulang kepada keadaan individu tersebut... Kebiasaannya, ia hanya melibatkan beberapa jenis kandungan makanan sahaja...

Adakalanya, ia akan lega buat sementara tetapi effectnya akan datang beberapa jam kemudian. Gejala yang biasa dilihat pada individu adalah seperti:
  • Gatal – gatal kulit
  • Mata berair
  • Hidung tersumbat
  • Cirit – birit
  • Bengkak bibir dan mulut
  • Kejang otot perut
  • Ruam pada kulit

Diantara gejala serius yang perlu mendapatkan rawatan segera pulak:
  • Pening
  • Sukar bernafas
  • Dada terasa tegang
  • Tekak seperti tercekik

Apabila gejala alahan berlaku, pelepasan kimia akan terjadi dan bertindak di beberapa bahagian tubuh terutamanya saluran pernafasan, usus besar, kulit, tekak, serta jantung. Alahan biasanya dikaitkan dengan beberapa jenis makanan seperti susu, kekacang, makanan laut dan telur. Bagi penghidap asma pulak, uollsss harus memberi perhatian lebih kerana gejala itu boleh mengakibatkan tindak balas dan reaksi lebih kritikal... Bahaya orang2 semput niyh... Sekiranya individu alah pada sejenis makanan, tidak mustahil mereka juga alah kepada makanan yang lebih kurang sama kategorinya...


Rawatan dan Pencegahan

Jangan ambil mudah apabila ada diantara keluarga uollsss tuh mengadu sakit selepas makan... Terus dapatkan rawatan doktor secepat mungkin kerana alahan pada makanan boleh menyebabkan kematian... But, cara paling tepat adalah dengan mengelak... Ambil beberapa langkah mudah di bawah niyh kerana ianya mampu menhindarkan serangan serta dapat menyelamatkan nyawa uollsss tuh dari cepat masuk ke alam barzakh....

  1. Jangan segan bertanya ramuan apa di dalam makanan jika uollsss makan di luar atau menghadiri majlis keramaian. Uollsss perlu bersikap terbuka dengan alahan yang uollss hidapi...
  2. Dapatkan nasihat pakar tentang makanan apa yang selamat dimakan oleh uollsss yang sering mengalami alahan pada makanan serta vitamin tambahan apa yang perlu uollsss ambil...
  3. Cari di internet atau beli buku khas resipi khas untuk alahan... Ada jup jual... Iollsss pasti sangat uollsss boleh mendapatkan buku itu di kedai2 buku berdekatan macam popular, borders semua tuh...


Ikuti rawatan pencegahan seperti imunote-rapid dan beberapa terapi alahan makanan yang terkini...

YOUR SINCERELY:

SAFIE MOKHTAR

No comments :

Post a Comment