Sunday, January 12, 2014

Makanan Larut Malam Menyihatkan

Hai uollsss semua, Assalamualaikum... Sihat ke tidak... Hope sihat ler... Iollsss doakan semua pembaca kiut miut blog iollsss niyh sihat walafiat dan diberkati Allah S.W.T. hendaknya... Insyaallah... Hari niyh iollsss nak cerita sikit pasal makan lewat malam... Tengok tajuk entry niyh macam tak caye jup kan... Percaya ke tak, uollsss ken abaca jugak... But pada hakikat nyew, hal inilah yang iollsss nak share dengan uollsss semua pembaca yang dirahmati... Dah macam semanis kurma pulak... Jangan terkejut beruk sudah... Biasalah, dunia niyh kan macam2...

Menurut kebanyakkan kajian pakar pemakanan seluruh dunia,  makan lewat malam itu boleh mengundang pelbagai penyakit membahaya dan sekiranya tidak dikawal ianya boleh mengundang pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, paras kolestrol tinggi dan yang paling ditakuti sakit jantung... Malah kajian juga mendapati bagi mereka yang berusia 30 tahun ke atas, mereka mudah untuk diserang pelbagai penyakit disebabkan kadar metabolisme dan keupayaan untuk melawan penyakit semakin tidak kuat... Sesungguhnya penyakit itu berpunca daripada makanan...

Namun begitu jangan bimbang sekiranya uollsss seorang yang gemar makan lewat malam kerana tiada halangan untuk makan lewat malam kerana sememangnya Malaysia terkenal dengan syurga makanan tetapi uollsss haruslah tahu untuk memilih makanan yang rendah kalori dan yang menyihatkan untuk diambil saat berasa lapar... Kepsi, mekdi bagai open 24 jam... Pasar malam pun sampai pagi... Apa pun nak makan semua ada... So jom check it out apa yang dibolehkan makan lewat malam dan menyihatkan...

1. Buah-Buahan Segar
  • Sebaiknya makanlah buah-buahan di malam hari kerana makanan ringan seperti buah-buah elok dan sesuai untuk dijadikan santapan ketika lapar... Malah buah-buahan seperti epal, oren juga boleh dibuat jus... Rasanya yang segar dan menyihat mampu melancarkan sistem penghadaman dan sebagai antioksidan ketika tidur... Ada jugak buah-buahan yang mengenyangkan... Elakkan dari mengambil makanan yang berat seperti nasi dan roti canai kerana ianya mengambil masa yang lama untuk dihadam... Buah-buahan jugak tidak membahayakan kesihatan uollsss...

2. Yogurt Dengan Buah-Buahan
  • Makanan sejuk yogurt mengandungi kandungan protein yang tinggi dan kandungan karbohidrat yang rendah... Selain menghilangkan rasa lapar, yogurt jugak mampu mengelakkan insomnia ataupun kesukaran tidur pada waktu malam... Untuk proses antioksidan dan rasa yang lebih sedap, tambahkan dengan buah-buahan segar seperti strawberi ataupun blueberri... Cherri n apple pun ok...

3. Pisang
  • Pisang adalah makanan yang menyihatkan tubuh badan kerana ianya mengandungi karbohidrat kompleks yang memudahkan kita untuk tidur... Ianya juga menghasilkan dan meningkatkan kadar insulin yang mana membantu tubuh badan mendapat rehat yang mencukupi... Kandungan potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang juga terbukti berkesan untuk membantu otot berehat...

4. Roti Gandum
  • Roti gandum kaya dengan sumber vitamin B kompleks, serat, vitamin E, zat besi, zink, asam folat dan antioksida... Bahkan ianya mempunyai karbohidrat kompleks yang membuatkan kita kenyang lebih lama... Cukup sekadar makan sepotong sandwich bersama roti gandum serta sedikit salad dengan daging tanpa lemak, better tukar daging dengan tuna mampu untuk membuat tidur uollsss lebih lena dan menyihatkan...

5. Coklat
  • Coklat, OMG, OMG, OMG, my favourite... Coklat dipercayai mengandungi pelbagai khasiat seperti antioksidan yang mana boleh membantu menurunkan tekanan darah bagi mereka yang mengidap penyakit darah tinggi... Namun begitu, kadar pengambilan haruslah tidak berlebihan kerana coklat sememangnya sedap tetapi tidak digalakkan untuk makan dalam kuantiti yang banyak... Takut ianya boleh menggemukkan...

Maka tamatlah benda yang iollsss nak taip memalam buta niyh... Mata pun dah mengantuk habis niyh, tapi kit kata da kat sebelah... Hahahaha... Enjoy your rest dude... J

p/s: Kit Kat niyh tak boleh makan banyak2, sebungkus cukup untuk malam niyh...

YOUR SINCERELY:


SAFIE MOKHTAR

No comments :

Post a Comment