BUNYI
alarm telefon mengejutkan Danisha dari lena yang panjang. Tengah hari tadi,
sebaik tiba dari Port Dickson, dia memang penat sangat. Setelah menunaikan
solat zuhur, dia terus tertidur. Tidak sempat berbual panjang dengan uminya dan
anak-anak.
Setelah
mandi dan menunaikan solat asar, dia terus keluar dari biliknya. Aishah yang
masih tidur di katil, dibiarkan sahaja. Tiba-tiba dia berasa lapar pula. Baru
teringat tengah hari tadi dia tidak makan nasi langsung. Dia hanya makan
buah-buahan sahaja ketika dalam perjalanan.
“Ayah
dan Aiman pergi ke mana, umi?” Danisha bertanya apabila menyedari mereka tiada
di rumah.
“Ke
mana lagi? Surau depan simpang tulah,” jawab uminya yang sedang menggoreng
karipap di dapur.
“Sekarang
dah pukul 5.30, takkan ada ceramah pulak di surau tu? Nisha tengok tak ramai
pun jemaah yang bersolat di surau tu,” ujarnya sambil tangannya mencapai
karipap yang baru uminya goreng.
“Sebab
itulah kena ramaikan. Adakan aktiviti, barulah meriah sikit surau tu.” Sempat
juga uminya berceramah sambil membalikkan karipap.
“Semua
orang sibuk umi, siapalah yang nak tolong buat semua tu,” balas Danisha pula.
“Aishah
tidur lagi ke?” tanya uminya pula.
“Hmm…
Nisha pun tak sedar waktu mana dia berbaring di sebelah.”
“Tadi
dia minta susu, nak tidur dengan ibu katanya,” beritahu uminya lagi.
“Semasa
Nisha tak ada, dia okey ke umi?” Takut juga dia kalau Aishah merengek
malam-malam dan menyusahkan uminya.
“Dia
okey aje, cuma umi yang tak hantar dia pergi taska,” beritahu uminya.
“Kenapa
tak hantar dia pergi taska?”
“Bila
dia tak ada, langsung sunyi rumah ni. Tu yang umi tak hantar.”
“Budak
sorang tu memang suka pot pet pot pet,” ujar Danisha kemudian tersenyum apabila
teringatkan gelagat si kecil.
“Tu
yang umi dan ayah suka dengar. Dia mengomel macam orang dah besar pulak,” komen
uminya.
Tertawa
Danisha mendengar cerita uminya. Tiba-tiba kedengaran orang memberi salam. Dia
segera menuju ke muka pintu.
Sebaik
pintu dibuka, terpacak Encik Ibrahim dan Aiman yang sudah mengukir senyuman
manisnya. “Kenapa lambat balik? Ibu risau tau,” tegurnya.
“Atuk
nak sembang-sembang dengan kawan baru dia,” balas Aiman pula sambil menyalam
tangannya.
“Ayah
ni… siapa pulak kawan baru ayah tu?” tanya Danisha ingin tahu.
“Nisha
ni, ayah nak borak-borak pun nak bising. Bukan buat apa pun.”
“Ayah,
jangan percaya sangat dengan orang yang baru kita jumpa. Ramai yang pembohong
besar dan penyangak, tapi berlagak alim.” Danisha mengingatkan ayahnya.
“Tak
baik buruk sangka dengan orang. Kawan baru atuk tu baik dan handsome kan,
Aiman?” balas ayahnya pula sambil mengangkat kening.
“Ha’ah,
sebiji macam abang.” Selamba sahaja Aiman menuturkannya walau sedar Danisha
sedang menjelingnya.
“Kawan
mana pulak yang ayah jumpa ni? Ayah ni memang tak serik-serik tau. Nanti kena
tipu lagi!” marahnya.
“Takkanlah
orang muda tu sanggup nak tipu ayah yang dah tua ni. Dah banyak hari ayah
bersolat di surau tu. Setiap kali waktu solat, dia mesti ada,” sangkal ayahnya.
“Amboi!
Rajin dan baiknya dia. Tak bekerja ke dia tu?” tanya Danisha terkejut.
“Mestilah
bekerja, tapi dia sentiasa pastikan dirinya solat berjemaah di surau tu,”
beritahu ayahnya.
“Ya
ke?” Danisha bagai tidak percaya pula mendengarnya.
“Takkan
ayah nak tipu pulak? Kalau dapat buat menantu, memang ayah suka sangat!”
Sengaja ayahnya cakap kuat-kuat.
“Dah,
jangan nak padankan dengan Nisha pulak!” tingkahnya.
“Habis
tu nak padankan dengan siapa? Ayah bukannya ada anak dara yang lain,” balas
ayahnya sambil tersenyum.
“Yang
ayah berkenan sangat dengan orang tu, kenapa?” Tiba-tiba Danisha hendak tahu
pula.
“Semasa
mula-mula bersolat di surau tu, ayah tak kenal lagi dengan Encik Noor ni.
Tegur-tegur gitu aje.” Ayahnya memulakan cerita.
“Encik
Noor? Macam nama perempuan aje.” Hendak tergelak Danisha mendengar namanya.
Memang nama orang zaman dulu-dulu!
“Hish
Nisha ni, nama dia yang betul ayah tak ingat. Dah orang lain panggil dia Encik
Noor, ayah pun ikutlah.”
“Apa
yang bagus sangat dengan Encik Noor tu?”
“Nisha
tau tak? Dia sanggup beli tanah tapak surau tu semata-mata tak nak pemaju beli
untuk buat rumah mewah,” cerita ayahnya beria-ia.
“Percaya
sangatlah ayah dengan cerita tu. Setahu Nisha, tanah tapak surau tu ada pak cik
yang wakafkan.” Begitulah yang diceritakan Sofi ketika mereka melawat apartmen
Kristal Heights semasa ia dalam pembinaan. Sofi tahu pun kerana ada yang
bercerita ketika dia dan suaminya tumpang bersolat di surau itu.
“Memanglah
pak cik tu dah wakafkan untuk buat surau, tapi tak ada hitam putih. Sekarang ni
ada pemaju nak bangunkan rumah mewah di sebelah tapak surau tu,” beritahu
ayahnya.
“Habis
tu apa masalahnya?” tanya Danisha pula.
“Bila
dah tak ada hitam putih, anak pak cik tu nak tuntut balik tanah tu. Pak cik tu
dah meninggal, lagipun pemaju memang nak beli tanah tu.”
“La…
sampainya hati anak pak cik tu buat macam tu. Elok-elok arwah dapat pahala
berpanjangan, anak dia buat hal pulak.” Tak sangka sungguh Danisha, ada juga
yang tamakkan wang ringgit dari mengejar pahala.
“Bukan
macam tu. Dengarnya anak dia sakit dan perlukan banyak duit untuk buat
pembedahan. Hanya dengan cara itu aje nak dapatkan duit dengan segera. Dia
memang dah terdesak,” terang ayahnya panjang lebar.
“Oo…
macam tu kisahnya.” Kemudian Danisha menanti ayahnya bercerita lebih lanjut.
“Untuk
selamatkan surau tu dan sekolah agama yang ada di situ, Encik Noor ni belilah
tanah tu. Bukan sikit duit tau, dekat seratus ribu jugak,” terang ayahnya.
“Banyaknya
duit dia?” Danisha sudah terlopong.
“Itu
yang ayah berkenan dengan Encik Noor ni. Walaupun kaya, tapi tak kedekut dan
sombong,” puji ayahnya lagi.
“Dia
kerja apa ayah?” Tiba-tiba Danisha ingin tahu pula.
“Ai!
Apa pasal anak ayah nak tau pulak?” Sengaja ayahnya menyakat.
“Apalah
ayah ni… Nisha nak tahu aje, tak ada niat apa-apa pun.” Tiba-tiba Danisha
termalu sendiri, mujur pandai berselindung.
“Mana
nak tau, entah-entah dalam diam anak ayah ni dah berkenan pulak!” usik ayahnya.
“Tak
nak cerita pun tak apalah. Bukan penting pun,” ujarnya sambil menyibukkan diri
mengemas buku dan surat khabar yang berselerak.
“Apa
pulak tak penting? Kalau anak ayah nak cari calon suami, lelaki yang macam
dialah patut dicari.” Tidak habis-habis ayahnya memuji pemuda yang entah
sesiapa.
“Duit
hanya boleh beli harta, tapi tak boleh beli kebahagiaan,” ungkapnya.
“Ayah
bukan cakap pasal duit. Lelaki yang mengutamakan agama, memang akan menjaga
keluarganya dengan baik. Kalau kaya tu, kira bonuslah.” Encik Ibrahim
memberikan pendapatnya.
Danisha
diam sahaja mendengarnya. ‘Hmm… ada lagi ke lelaki yang macam tu?’ Dia
berbicara sendiri.
“Mana
pulak karipap umi kamu?” Tiba-tiba ayahnya bertanya.
“Ada
atas meja makan tu. Air kopi pun dah siap sekali,” beritahu uminya yang sedang
membasuh kuali.
“Jomlah
makan, nanti kalau dah sejuk tak sedap pulak,” ajak Danisha sambil bangun
menuju ke meja makan.
“Umi
tengok, banyaknya karipap dan donat dalam peti ais tu. Nisha beli dekat mana?
Bukan main sedap lagi karipap sardin ni.” Umi bertanya kemudian duduk sekali
menikmati hidangan minum petang.
“Mak
cik tingkat 3 yang beri. Dia memang rajin memasak dan hantar ke rumah anak umi
yang tak berapa rajin ni,” jawab Danisha kemudian tertawa.
“Nisha
belajarlah dengan mak cik tu. Esok-esok kalau dah bersuami, tak adalah asyik
beli dekat gerai aje,” saran uminya.
“Esok-esok?
Hmm… entah bilalah anak ibu ni nak bertemu jodoh,” keluh Danisha pula.
“Nak
tak kalau ayah tanyakan Encik Noor tu?” Sengaja ayahnya hendak masuk daun.
“Ayah
ni… saja tau!” marah Danisha. Geram sungguh dia dengan ayahnya yang asyik
hendak kenakan dirinya.
“Apa
salahnya? Aiman pun suka dengan abang tu, kan?” tanya ayahnya pada si kecil.
“Suka
apa atuk?” tanya Aiman yang sedari tadi leka menonton televisyen.
“Abang
handsome tulah!”
“Kalau
ibu suka, abang okey aje,” jawab Aiman pula tanpa memandang Danisha mahupun
Encik Ibrahim.
“Abang
ni geng dengan atuk atau ibu?” Tiba-tiba Danisha rasa geram pula dengan si
Aiman.
“Dua-dua
abang geng. Tapi kalau dapat geng dengan abang handsome tu, lagi best!”
“Cayalah
Aiman,” puji Encik Ibrahim.
“Amboi!
Berlebih pulak anak ibu ni. Ibu tak nak kawan dengan abang, baru tau.”
“Tak
apa, atuk ada.” Selamba sahaja Aiman menuturkannya.
“Nanti
atuk dah nak balik. Tak adanya nak duduk sini lama-lama jaga abang dan adik,”
beritahu Danisha pula.
“Alah…
abang suka ikut atuk solat dekat surau. Atuk tinggallah lama-lama dekat sini,”
pujuk Aiman sambil bangun menghampiri Encik Ibrahim.
“Mana
boleh, rumah atuk tu tak boleh ditinggalkan lama-lama. Nanti ada pulak yang
pecah masuk rumah atuk,” beritahu Encik Ibrahim sambil menggosok belakang
Aiman.
“Alah…
tak bestnya,” keluh Aiman.
“Tak
apa, cuti sekolah nanti ajaklah ibu balik kampung.”
“Abang
suka, abang suka…” jerit Aiman dengan riangnya.
Tersenyum
Encik Ibrahim melihatnya. Kini dia juga tahu, kenapa anak gadisnya sanggup
menjaga budak-budak itu. Dia yang baru menjaga mereka beberapa hari, sudah
jatuh sayang dan bagai cucu sendiri pula.
No comments :
Post a Comment