Hai uollssss semua yang cantik jelita
dan menawan kalbu... Hahaha... *Ada yang iollss nak... Last entry masa tuh
iollsss dah cerita beberapa perkara menarik tentang agama Islam, iaitu agama
kami semua yang suci... Today punya story pun nak cerita pasal fakta-fakta
menarik juga but fakta-fakta menarik tentang dunia... Meas whole lah or
worldwide punya story niyh...
Banyak benda2 pelik berlaku kat dunua
sekeliling kita uollsss kalau uollsss nak tau... Paling banyak dari negara
China... Macam2 kerenah orang2 kat sana kan... Ada jup... Nak tengok lagi apa
benda... Jom terus baca...
- Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.
- Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.
- Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Itali, jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
- Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
- Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.
- Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
- Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
- delete!
- Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
Menarikkan?? Peace Yall...
YOUR SINCERELY:
SAFIE MOKHTAR
no 8 kenapa delete??
ReplyDelete