Thursday, March 13, 2014

Tips Pilih Warna Rambut Mengikut Kesesuaian Warna Kulit

Dunia modern memang tak pernah lari dari setiap inci umat manusia... Sealim mana pun dia, pasti nak jugak bergayanya... Iollsss ada nampak orang2 macam niyh, kengkawan iollsss lagi semuanya... Pasal bergaya no 1 dan pasal akhirat pun no 1... Sangat seimbang... Iollsss tak dapat nak menilai diri sendiri, takut kalau memuji orang kata lebih-lebih pulak kan... So uollsss rate lah sendiri macam mana iollsss niyh based on apa yang iollsss buat kat dalam blog niyh... Jawapan dari saudara-mara dan rakan2 amat memuaskan hati... Thanks korang, beb....

For your information, trend mewarnakan rambut ini tidak pernah lari dan ditelan zaman... Basically, warna perang merupakan warna yang sering dipilih oleh weollsss semua, tak kiralah lelaki kea tau pompuan... Semuanya nak cantik... Pada iollsss, apa yang dah diberi oleh Allah S.W.T. niyh semuanya amat cantik dimata... Weollsss semua niyh jup tak tau menilai dan berterima kasih diatas pemberianNya...

So kat sini, yang tak berpuas hati dengan penampilan diri terutama sekali rambut tuh, mai sini ceq nak bagi tips untuk pemilihan warna rambut mengikut kulit uollsss dan kesesuaian... Kebanyakkan mereka kat luar sana inginkan sesuatu yang terang tetapi tidak mahu keterlaluan... So, perang adalah jawapannya! Cuba ubah persepsi uollsss tuh, truthly banyak lagi warna yang uollsss boleh try... Apa yang paling penting, uolllsss mestilah pandai memilih yang bersesuaian dengan warna kulit uollsss... Bukan semua orang sesuai dengan warna perang yup...

1. Kulit putih 
  • If uollsss seorang yang berkulit putih pilih warna perang keemasan... Warna ini mampu memberikan kesan segar dan bercahaya pada penampilan uollsss tuh... 

2. Kulit putih kemerah- merahan
  • Untuk kulit jenis ini, cuba pilih warna tembaga atau 'copper' dan tidak terlalu gelap... Sebagai alternatif, uollsss juga boleh memilih warna coklat kusam... Kulit jenis niyh macam kulit orang2 korea atau macam mat salleh celup gitu...

3. Kuning langsat
  • Kepada uollsss yang memiliki kulit kuning langsat, uollsss boleh memilih warna kuning madu dan sedikit 'highlight' berwarna caramel... Kombinasi warna ini membantu menambahkan seri pada wajah.

4. Kulit gelap
  • Kulit gelap amat sesuai dengan rambut warna coklat gelap... Dicadangkan uollsss memilih warna coklat kemerah-merahan seperti warna buah berangan... Warna ini amat sesuai kerana ia membuatkan penampilan uollsss seakan sebati dengan warna kulit.


Seeloknya, minta nasihat dari pakar dandanan rambut uollsss terlebih dulu ya... Selepas uollsss mewarnakan rambut, uollsss perlu menitik beratkan pada solekan uollsss jugak... Ni khas untuk popuan kat luar sana yup... Iollsss dapat tips niyh dari ibu iollsss... Contohnya, if uollsss mewarnakan rambut dengan warna merah, solekan tidak perlu warna merah jugak... Ibu iollsss kata benda niyh akan mencacatkan penampilan uollsss tuh nanti... Lelaki pun sama, sebab sekarang niyh ramai lelaki yang metroseksual...

Bagi orang pompuan yang mewarnakan rambut uollsss tuh dengan warna coklat, pastikan uollsss menumoukan lebih perhatian pada solekan mata... Gayakan smokey eyes dengan gincu dan pemerah pipi yang berwarna semulajadi... Untuk rambut kemerahan pula, elakkan menggayakan smokey eyes kerana rambut uollsss sudah mengambil 70 peratus daripada perhatian... Gaya solekan yang ringkas merupakan solekan yang sesuai dengan jenis rambut warna ini...

Untuk rambut jenis perang keemasan pula, apa jenis solekan dibenarkan...?? Ibu iollsss kata hias mata dengan warna coklat untuk mengimbangi warna mata dan rambut... Akhiri dengan gincu merah untuk tampil lebih seksi... Itu jup pesanan dari ibu iollsss sekian yup...

YOUR SINCERELY:


SAFIE MOKHTAR & PN. SAPAIH LIMAT

2 comments :

  1. salam kenal..
    Infonya sangat menarik sekalai ya, tp kalau terlalu sering berganti warna rambut apakah ada efek sampingnya..
    dan kalau untuk tips memilih kaos kaki muslimah motif warna-warni yang keren itu seperti apa ya...

    ReplyDelete