Sunday, August 10, 2014

Erti Tersurat Disebalik Pemakaian Baju-Baju Raya

Disebalik pemakaian baju raya, terdapat makna tersurat yang kita tak boleh hindarkan... Bermacam-macam warna, ada yang sedondon ada yang bermacam ragam dan gaya... Uollsss nak tau tak apa erti tersurat disebalik pemakaian baju raya yang u0llsss pakai masa hari raya tuh... Jom baca sini..
1. Baju Raya Sedondon
  • Seluruh family memakai baju yang sama corak dan warnanya... Sah2 ni idea manusia yang bergelar isteri, mak, ibu, bonda dan sewaktu dengannya dan berkemungkinan besar tempahan telah dibuat tiga atau dua bulan sebelum puasa... Orang perempuan biasalah, kemaruk sangat nak sambut raya.. Macamlah tahun ni last dia raya...

2. Baju Melayu Dipadankan dengan Seluar Jeans
  • Pakaian rasmi dengan cop mohor sekali golongan lelaki umur pertengahan antara 25 tahun hingga ke 45 tahun.. Kemungkinan besar baju yang dipakainya itu adalah baju raya empat tahun lepas yang masih muat dipakai... Namun kerana ukur lilit perut dan pinggan yang makin melebar telah menyebabkan seluar tidak dapat disarungkan sekali...

3. Baju Melayu dengan Kain Pelikat
  • Kebiasaannya hanya golongan bapak2 dan pakcik2 yang telah menopous sahaja mengenakan busana ringkas seperti ini... Had umur kebiasaannya 45 tahun dan ke atas... Sebagai melengkapkan gaya agar tampak lebih elegance, mereka mengenakan sekali aksesori tambahan yang dikenali sebagai kopiah..

4. Baju Kurung dengan Kain Batik
  • Biasanya dipakai oleh kaum2 ibu yang dah terlebih umur... Kebiasaannya dorang niyh lebih kepada menyambut dan meraikan tetamu yang datang berkunjung... Walaupun penampilan seperti pemakaian harian tetapi baju kurung dank ain batik yang dipakai tetap selektif kerana dipakai pada hari-hari tertentu sahaja...

5. Jubah bersama Tudung Fareeda
  • Biasanya dipakai oleh golongan wanita yang berbadan besar seperti raksasa dalam citer otomen... Bukan apa, jubah amat mudah dipakai lebih2 lagi bila pergi beraya kat umah orang... Kalau nak terkencing tinggal angkat jup.. Jangan berdiri sudah... Pemakaian jubah dengan tudung Fareeda niyh akan lebih menampakkan lagi kesasaan raksasa ini...

6. Berkemban Batik atau Berkain Pelikat sahaja
  • Trend seperti ini dah lali dengan penduduk kampung... Fesyen paling ekstrem ini biasanya digayakan oleh golongan tua yang dah berpangkat atuk dan nenek... Mungkin mereka dah kurang excited nak sambut raya yang dah berpuluh-puluh tahun biasa dengan mereka...

Hehehe... Gurau senda hari raya yup kengkawan...

YOUR SINCERELY:


SAFIE MOKHTAR

No comments :

Post a Comment