Sunday, August 10, 2014

Cara Mengelak daripada Memberi Duit Raya (Tips untuk si Haji Bakhil)

Sejak akhir2 niyh barang semua dah naikkan uollsss... So ini salah satu tips penjimatan berguna semasa hari raya... Dahlah raya macam-macam nak kena beli... Isteri punya pasal, pokai terus poket suami... Belum duit raya lagi.. But kat sini iollsss nak cerita sikit ada satu cara yang boleh uollsss buat daripada dipow duit raya...

Kalau uollsss buat menjadi tahun niyh, jangan lupa komen yup.. Insyaallah tahun depan iollsss buat pulak... huhuhu...
  1. Like usually, jangan tukar sagala yang ada kat dalam rumah uollsss tuh terutama sekali langsir, perabut dan baju... Pendek kata pakai jup yang lama bila time raya nanti... Lagi lusuh dan uzur lagi bagus... Kalau boleh hias rumah tuh sikit2 jup... Dengan cara niyh, silap2 korang yang akan diberi duit raya nanti...
  2. Jangan bukak pintu rumah bila ada tetamu datang... Sebelum tuh uollsss kena tulis atau buat satu tag kat pintu... “saya tak ada dekat rumah” atau “jangan raya rumah saya jika bawa budak kecil” atau yang lebih ekstrem lagi uollsss tulis “Children under 15 and below not allowed”...
  3. Tetamu datang korang jangan keluarkan duit raya... Hulur je biskut dan air kosong...Biskut tuh pulak korang pecah2kan rendam dalam air... Ikut suka hati koranglah nak buat apa, asalkan korang nampak daif sangat...
  4. Kalau ada bebudak mintak duit raya, korang terus jup pura-pura macam nampak hantu raya atau tumbang seperti orang kena rasuk hantu raya... Gerenti bebudak tuh lari pecut punya panggil orang kampung... Kalau orang kampung datang, pandai2lah korang settlekan...
  5. Korang2 berikan syarahan percuma kepada bebudak yang mintak duit... Bebel lah apa yang patut terutama kisah sejarah melayu dan sejarah peradaban dunia.. Kompem bebudak tuh akan bla dengan sendiri punya disebabkan mereka diserang tahap kebosanan yang melampau...
  6. Ajar bebudak2 tuh yang duit tak boeh beri kebahagian dan tidak boleh mengembalikan orang yang dah tak ada... For sure bebudak tuh akan insaf punya...

Selamat Hari Raya...

YOUR SINCERELY:

SAFIE MOKHTAR

No comments :

Post a Comment