Sunday, August 17, 2014

Contohi Sikap Hantu-Hantu Kita

Assalamualaikum uollsss, lama kita tak berjumpa.. Apa2 pun iollsss harap uollsss sihat semuanya yup.. Yang paling penting iollsss harap uollsss demam rindulah dekat iollsss… Rasanya kita dah masuk 17 syawal.. Marhaban pun dah nak habis.. So dah tak terlambatlah iollsss nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada uollsss semua… hahaha… Late wishing but it’s amazing…

Hari niyh iollsss nak cerita pasal kisah seram sikit yang dicampurkan sekali kebaikan yang ada.. Selama berpuasa syait0n2 niyh semua diikat, sekarang depa dah bebas.. Hope depa dah insaflah na.. Tapikan uollsss, anggapan kita terhadap hantu2 niyh sememangnya seekor makhluk Allah S.W.T. yang jahat dimuka bumi ini…

Namun begitu, hantu2 niyh semua tak adalah jahat sangat pun… Kadang2 manusia macam kita niyh lebih jahat daripada mereka… Sebab apa iollsss cakap macam tuh, sebab ada kata-kata yang mengatakan “manusia bertopengkan syaitan”… Jelas terbukti yang kita niyh lebih jahat dan zalim dari mereka… Tak percaya?? Kalau tak percaya jom baca artikel kat bawah niyh…

1. Puntianak/Pontianak/Langsuir
  • Hantu yang sangat mesra alam sebab deyollsss niyh suka ketawa… Sikit2 dia ketawa, jarang dengar dia menangis… Selalunya ketawalah…Dalam apa situasi dia akan ketawa dan terbang ke sana-sini… Happy go lucky orangnya katanya… Bersorak pun ya jugak k0t… So, tak mau sedih2, marah2, contohi semangat mereka niyh…

2. Pocong/Hantu Bungkus/Mayat Hidup
  • Seorang yang berjimat-cermat orangnya… Memang nampak cermatnya dek kerana pakaian yang dikenakan oleh si pocong niyh tak pernah pun berganti, apatah lagi setiap tahun, bertahun-tahun dia pakai kain yang sama sampai dah comot dah… Lagi satu yang bestnya si pocong nuyh, dia tak suka mendedahkan susuk tubuhnya ke khalayak ramai… Tutup aurat katanya, kalau tak nanti kat neraka kena salai kat api… Tak macam budak2 sekarang, terdedah sana, terdedah sini… Lasat2 semua kena salai… Hish2…

3. Toyol
  • Seorang kanak-kanak yang pandai berdikari… Kecik2 dah pandai cari duit sendiri…Tak menyusahkan mak bapak… Bukan macam budak2 sekarang… Budak2 sekarang niyh macam haram anak haram… Lagi2 yang bergelar “mat rempit” dan “doctor tak bertauliah tuh”…

4. Jelangkung
  • Anda patut contohi sikap hantu ini, datang tak mintak dijemput, pulan tak mintak dihantar… Pergi ke sana-sini ttak pernah disuruh dan tak pernah menyuruh orang lain menjemput dan menghantarnya…Sanggup dia jalan kaki pergi pasar cik kiah oii… Bukan macam uollsss semua, sejengkal pun nak naik teksi… Si jelangkung ni kata dia tak nak menyusahkan orang lain… Baik sungguh dia ni… But kalau dijemput pasti dia datang… Jaga2…

5. Penanggal/Penanggalan
  • Nak taat pada suami, kenalah ikut cara dan sikap si penanggal niyh… Kalau nak merayap sana-sini body dia tinggalkan kat rumah sebab dia tau suami dia mesti peluk dia hari2… Cuma kepala dia jup merayap ke sana-sini… Tak baik bawak tubuh keluar malam2… Macam pelacur kata si penanggal niyhh…

6. Hantu Raya/Hantu Belaan/Saka
  • Hantu Janis niyh adalah hantu yang memiliki tahap kesabaran paling tinggi… Tak kisah apa yang orang nak buat, dia hanya tunggu dan lihat sahaja… Kalau dah melampau dan menggugat kedudukannya barulah dia bertindak… Tak adalah nak tuduh melulu macam manusia seperti kita semua niyh kan…

Hantu pun ada baik da nada buruknya… Sama seperti manusia… Jangan judges orang lain dengan kelemahan mereka tanpa melihat kelemahan sendiri yang lebih teruk danhina daripada mereka… INGAT!!!!!

YOUR SINCERELY:


SAFIE MOKHTAR

No comments :

Post a Comment