Tuesday, September 16, 2014

Tips Penyediaan Makanan Segar

Bila cerita pasal makanan, yang pasti negara kita Malaysia niyh memang kaya dengan pelbagai juadah daripada yang ringan sehinggakan yang berat… Tidak kira pagi, petang, siang ataupun malam mahupun supper, pasti ada juadahnya yang tersendiri… But uollsss confirm ke yang semua makanan yang uollsss ambil tuh segar atau tak…???

Nak tau tak apa tuh makanan yang segar dan penyediaan untuknya yang pasti uollss kena amalkan untuk gaya hidup yang sihat… Jom baca lagi…
  1. Basically most of us yang gemar makan salad, kerabu ulam-ulaman, buah-buahan yang fresh, makanan kekacang atau biji-bijian sebagai snek.. Cuba uollsss tambah lagi apa-apa resepi baru macam orang-orang Korean buat tuh untuk uollsss menambahkan lagi pengambilannya.. Kpop gituhhh…
  2. Gantikan sarapan yang berminyak dengan semangkuk muesli  dengan emping oat, buah-buahan kering, kekacang, hirisan kelapa kering dan susu sejuk…
  3. For lunch pulak and dinner yang ringan-ringan, uollsss sediakan semangkuk besar salad daripada daun salad hijau yang segar, lada benggala merah dicincang, kiub timun, hirisan buah-buahan segar, bijan dan kekacang dengan renjisan minyak zaitun atau kuah salad perancis.. Yum2 sedap tuh…
  4. Elakkan makan snek keropok dan kerepek kentang yang masin… Sebaliknya, ambil buah-buahan segar atau buah-buahan kering seperti apricot, kranberi atau kismis dengan kekacang campuran…
  5. Untuk menghilangkan dahaga pulak, minum segelas jus buah-buahan segar atau smoothie buah-buahan.. Sentiasa hidangkan semangkuk potongan sayuran segar dan buah-buahan sebagai tambahan kepada sajian utama…
  6. Segenggam kekacang dan biji-bijian adalah snek yang sesuai untuk dimakan antara waktu makan bagi mengekalkan tahap tenaga dalam badan…

YOUR SINCERELY:


SAFIE MOKHTAR

No comments :

Post a Comment