Tuesday, September 16, 2014

Tujuh Aksesori Wajib Lelaki Pemikat Wanita

Assalamualaikum n hai uollssss semua… Lama dah iollsss dah tak berblog.. Rindu sangat rasanya… Maklumlah bizi lebih niyh.. dah nak dekat-dekat grad ni kesibukkan yang dialami amat menyeksakan.. Malam ni iollsss nak citer sikit pasal aksesori yang wajib seseorang lelaki ada untuk memikat wanita..

Nampak tak betapa pentingnya penampilan dan gaya bagi lelaki untuk memikat seorang perempuan.. Kat sini iollsss nak bagi tau kat boys2 kat luar sana, uollsss kalau nak memikat gurls2 tuh, uollsss kena ada listing kat bawah niyh.. Jom tengok satu persatu…

1. Jam Tangan
  • Bagi kebanyakkan lelaki mostly yang bergelar maskulin tuh, jam tangan yang tersarung di pergelangan tangan tuh adalah sesuatu yang sangat penting.. Selain berperanan untuk melihat masa, jam tangan yang dipakai juga menjadi pengukur ketebalan poket lelaki.. But sekarang ni yang poket kosong pun mampu dah paki jam tangan mahal-mahal.. So hati-hati.. Ada lelaki yang mementingkan harganya, makin mahal makin bergaya katanya dan mudah untuk wanita terpikat.. Gitu…

2. Cincin
  • Pemakaian cincin sudah menjadi trend bagi kalangan lelaki zaman milinium kini… But ingatan untuk yang muslim tuh, walaupun pemakaian cincin adalah salah satu sunnah Nabi kita, pemakaiannya hanya pada jari manis dan kelingking sahaja dan bukan diperbuat atau daripada saduran emas… Namun kebanyakkan kita sekarang lebih mementingkan yang sunat daripada yang wajib.. INGAT!!!!

3. Kaca Mata Gelap
  • Spek mata gelap membuatkan lelaki tampil lebih “cool” dan bergaya apabila berada dibawah terik matahari… Bukan sahaja berfungsi sebagai pelindung mata, ianya adalah salah satu aksesori lelaki yang dapat menampilkan karisma seseorang..

4. Kafling
  • Pemakaian aksesori ini tidak meluas dan selalunya lelaki yang mengenakannya adalah yang berstatus eksekutif.. Kafling melambangkan seseorang yang berjaya dalam kerjayanya.. Ianya biasanya digayakan bersama kemeja jenis French Cuff

5. Topi
  • Sama macam kaca mata gelap yang berfungsi untuk melindungi diri daripada sinaran terik matahari, topi pun menjadi pilihan bukan sahaja segak dan mudah dipakai serta digayakan, malah ianya menampilkan ciri-ciri elegen bagi si pemakai… Paling digemari adalahtopi baseball.. But straw hat atau frdora pula menjadi kegilaan…

6. Tali Pinggang
  • Pemakaian tali pinggang antara aksesori pelengkap gaya yang sememangnya sudah sebati dengan lelaki… Penggunaan tali pinggang bukanhanya untuk mengetatkan seluar daripada longgar, malah kini bertindak sebagai item fesyen dan trend.. Sama ada formal atau kasual, tali pinggang pasti membuatka uollss lebih menyerlah…

7. Tali Leher
  • Aksesori seperti ini adalah pelengkap gaya bagi lelaki untuk ke pejabat.. Biasanya ia digayakan dengan kemeja sama ada dalam rona warna sedondon atau berbeza.. Pada masa kini ianya bukan sahaja sesuai digayakan untuk kemeja ke pejabat, malahan dengan kemeja kasual…

Salam…

YOUR SINCERELY:


SAFIE MOKHTAR

No comments :

Post a Comment