Thursday, October 23, 2014

Kisah Si Polan Bin Polan Part I

Assalamualaikum uollsss semua…

Lama bebenoh dah tak update blog iollsss niyh… Nak design baru pun tak sempat nak buat katanya.. Maklumlah bizi bebenoh lepas dah bergelar programmer kat kampeni “Polan2 Sdn. Bhd.”.. Tapi nak jugak update sebab bulan niyh satu apa pun iollsss tak update lagi dah nak tutup bulan dah, tinggal seminggu lebih lagi.. Iollsss tak nak terlepas daripada pandangan pembaca semua…

Kau tau jemah, iollsss nak bercerita pasal kisah iollss sebenarnya.. Nak dipendekkan cerita, polan bin polan tuh iollsss ler… hahaha.. Nak tau tak, apa yang menarik kat story iollsss kali ini?? Jom teruskan membaca…

Anak Yatim

Aku berjalan disekitar jalan tar pada hari sabtu lepas.. Setiap hari sabtu memang aku akan keluar sebab kat sana ada pasar sabtu jalan tar.. Semua barang murah-murah belaka.. Dah penat berjalan, aku pun terus ke Sogo sebab dekat situ ada tempat lepak dekan depan pintu masuk.. Siap ada hiburan lagi.. Menarik sungguh…

Masa tengah duduk tuh sambil melayan penghibur jalanan mendengdangkan lagu, tiba-tiba ada seorang kakak ni duduk dekat sebelah.. Mula-mula aku senyum je lah dekat dia.. Tetiba dia membalas senyuman aku sambil menegur…

“Assalamualaikum dik..”
“Waalaikumusalam, ya kak..”
“Sorang je ke..?? Jalan2”..
“Ye kak, ajak kawan pun dorang tak nak.. Dorang kata dah setiap minggu pergi..Bosan katanya.. Tapi kalau saya tak adanya bosan, kat sini la tempat nak sh0pping yang murah2 giler..”
“Oh baguslah.. Dekat sini duduk dengan siapa? Parents ke?”..
Dalam hati aku, banyak pulak tanya kakak niyh.. Nak bla takut dia kecik hati pulak…
“Eh taklah kak, saya stay rumah uncle saya.. Saya study lagi.. Ibu saya dekat Johor.. Family semua dekat Johor..”
“Ibu sahaja?? Ayah”..
“Ayah dah lama meninggal.. Sejak saya usia 3 tahun lagi.. Dah 18 tahun dia tinggalkan kami”..
“Oooo macam tuh.. Untunglah still ada mak dan keluarga..”
“Kenapa akak cakap macam tuh??”
“Kakak sebenarnya cemburu tengok orang yang ada parents.. Kakak tak pernah kenal siapa ibu bapa kakak.. Kakak cuma kenal dah tau dimana kubur mereka..”
Kakak tuh bercakap dengan nada yang bertukar sayu daripada seorang yang mesra dan riang sebentar tadi…
“Atuk dengan nenek??”
“Atuk dengan nenek dah lama meninggal… Masa kakak umur 4 tahun lagi.. Merekalah ibu bapa kakak yang setakat ini kak pernah kenal, peluk dan cium.. Kakak rindu mereka..”
“Atuk dengan nenek sebelah mak or ayah??”..
“Sebelah ayah.. Sebelah ibu tak ada sebab ibu anak yatim piatu”..
Sedih cerita kakak ni.. Dalam hati aku berkata..
“Family yang lain semua tak nak dekat kakak, mereka kata menyusahkan sebab mereka semua pun ada banyak tanggungan”..
“oooo kesiannya”...

Lepas tuh kami terus membisu, aku pula terus mengamati persembahan percuma yang disajikan kepada orang-orang yang lepak dekat situ.. Habis je lagu dinyanyikan, aku pandang sebelah.. Aku tengok kakak yang tadi tuh dah tak ada..

Lepas tuh aku merenung ke hadapan lagi.. Penyanyi tadi nak sambung nyanyian dengan lagu yang lain pula.. Sambil berhibur aku mula terpikir.. Selain aku, ada lagi insan yang nasibnya lebih malang daripada aku.. Tak sangka tapi itulah hakikatnya.. Walaupun seminit berbual, namun perbualan itu sangat bermakna dan memberi pengajaran buat aku..
Korang bayangkanlah, aku hilang ayah sewaktu umur 3 tahun.. Dan aku hidup tanpa kasih saying seorang ayah.. Namun, aku tetap bersyukur sebab Allah kurniakan aku seorang ibu yang menjaga dan mendidik aku sehingga besar..

Lagi satu, bila aku tanya kawan-kawan aku tentang datuk dan nenek mereka, ada yang kata dah meninggal, sakit tua walhal baru berumur 60an.. Namu aapa boleh buat, dah itu ketentuan Allah S.W.T.. Mereka seawal usia muda seperti aku sudah ada yang merasai kehilangan… Apa pun aku tetap bersyukur kerana aku still mempunyai datuk dan nenek yang masih lagi sihat walaupun usia mereka sudah lanjut.. Grandparents aku dah dekat 80an..

Walaupun aku bergelar anak yatim, namun apa yang dikurniakan Allah kepada aku amat sempurna sekali walaupun aku merasa kurang lengkap hidup tanpa seorang ayah seperti orang lain.. Aku hanya hilang seorang wira, namun dibelakang aku ramai lagi yang masih mahu untuk membimbing aku..

Terima Kasih Ya Allah kerana menganugerahkan kehidupan yang paling sempurna buat aku..

…..bersambung

YOUR SINCERELY:


SAFIE MOKHTAR

No comments :

Post a Comment