Thursday, October 23, 2014

Kisah Si Polan Bin Polan Part II

….sambung dari part satu..

Nabi Muhammad S.A.W. kehilangan ayah ketika beliau masih lagi didalam kandungan ibunya manakala beliau kehilangan ibunya pula pada usia sebegitu muda atau dikenali sebagai kanak-kanak.. Bayangkan betapa beratnya dugaan yang menimpan nabi daripada kita semua umatnya..

Assalamualaikum uollsss semua.. Hari niyh iollsss nak sambung lagi story yang lepas.. Semoga uollsss semua terhibur ya..

Orang Miskin

Bila kita berjalan-jalan disekitar bandaraya Kuala Lumpur memang tidak dapat dinafikan banyak golongan gelandangan dan peminta sedekah disekitar kawasan bandaraya.. Kawasan yang paling banyak adalah disekitar KLCC, Jalan TAR, Masjid India dan Chow Kit Road.. Namun kita sering tertanya-tanya kenapa dengan mereka ini.. Adakah ianya satu penipuan seperti yang ditunjukkan di dalam televisyen or mereka betul-betul tidak mampu untuk menampung atau menyara kehidupan dibandar besar ini.. Hurmmm tiada jawapan yang pasti…

Masa aku nak pergi ke kelas tempoh hari, sewaktu aku berjalan di jejantas untuk ke stesen KTM Bank Negara, aku ternampak ramai sangat peminta sedekah disitu.. Ada seorang ibu yang membawa anak kecil tak silan 2 orang.. Si abang dalam lingkungan 3 tahun manakala si adik pula masih lagi dalam pangkuan si ibu.. Aku cuba mendekati…

“Assalamualaikum..”
“Waalaikumusalam” dia menjawab..
“Kak, ambil ni ya buat belanja anak2”.. Aku menghulurkan n0tes RM10.. Si ibu mengambil lalu mengucapkan terima kasih..
“Kak, noleh saya tanya sikit?” Aku memberanikan diri manakala Ibu tadi hanya menganggukkan kepala dengan malasnya.. Nampak kelihatan sangat penat sekali…
“Kak, kenapa bawak budak2 ni? Kenapa tak tinggalkan dekat rumah?”..
“Saya tak ada rumah.. Saya duduk sini dah dua tahun.. Malam saya tidur di masjid mandi sana.. Bapak budak-budak ni memang tak guna.. Tau sedap buat anak lepas tuh lari tinggalkan kami.. Memang dasar se***”… Marah sekali dia.. Mungkin ada peristiwa keji yang membuatkan dia marah yang berlaku sebelum ini…
“Sabarlah kak, dah ini ketentuan Tuhan.. Akak dari mana??”
“Pahang…”
“Jauh tuh kak.. Suami akak ada kat sana ke?”
“Ye, akak lari dari dia.. Tak tahan dengan perangai dia, kaki judi, kaki botol.. Anak dia yang sulung ni pun selalu kena pukul.. Orang tak siuman je buat macam tuh..” Marah sekali dia..
“Sabarlah kak.. Dah ketentuan tuh namanya.. Tapi kak, bahaya duduk sini tau.. Nanti kalau DBKL datang, dorang tangkap akak..”
“Alah dah 3 bulan akak macam ni, tak ada apa2 pun.. Akak lebih rela duduk sini daripada duduk rumah puaka tuh.. Biarlah kalau dia orang nak tangkap sekali pun.. Akak dah tak kesah dah..”..
“Oklah kak, saya pergi dulu ya.. Assalamualikum..”

Aku pun terus berjalan menuju ke Halt KTM Bank Negara.. Sebelum aku masuk, aku toleh balik ke arah kakak tuh anak beranak duduk.. Ternyata tersentuh hati melihat si abang berlari-lari dan bermain sendirian di lorong laluan pejalan kaki itu.. Lebih tersentuh melihat si adik yang menangis mungkin haus barangkali kerana ketika aku disitu si adik sedang lena dibuai mimpi indah.. Si ibu pula sedang memarahi abang mungkin kerana dia takut anaknya hilang kemana nati ketika bermain.. Maklumlah kat Bandar ni macam-macam boleh terjadi...

Disebalik apa yang berlaku dan masih lagi bermain dibenak fikiran aku adalah, kenapa seorang yang bergelar bapa sanggup melakukan hal yang tidak betul sedemikian sehingga menyebabkan anak dan isteri terabai.. Adakan si bapa kurang pendidikan atau ilmu agama.. Adakah si bapa tidak takut akan dosa yang telah dia lakukan terhadap anak-anaknya.. Memang tidak boleh dirungkai namun itulah hakikatnya…

Walau apapun yang terjadi, kejadian diatas tadi amat memberikan pengajaran yang bermakna kepada aku… Aku bersyukur sangat kerana Allah menganugerahkan aku sebuah keluarga yang bahagia walaupun aku tidak mendapat kasih saying seorang ayah namun apa yang aku dapat dan nikmati ini sudah cukup buat aku.. Walaupun aku dibesarkan dalam sebuah keluarga yang sederhana, namun aku tetap bersyukur kerana aku mempunyai semuanya… Biar kita miskin asalkan kita tidak sombong dan zalim..

Semiskin-miskin yang aku rasa pada hari ini tidak dinampakkan seperti seorang yang miskin kerana apa yang ada disekelilingku sudah mencukupi.. Hanya mulut dan hati je yang memberontak, namun ianya tidak sekejam yang disangka.. Semiskin-miskin aku, ada yang lagi miskin dan susah hidupnya.. Nak makan pun meminta-minta.. Nak tidur pun menumpang sana, menumpang sini.. Tetapi aku tidak merasa seperti itu..

Lagi satu, apa yang menyedihkan dan memilukan hati adalah, si abang dan si adik.. Mereka pada usia sebegitu sudah merasa hidup yang amat perit sekali walhal mereka berhak mendapat kesenangan daripada kedua orang tuanya.. Aku amat bersyukur sekali walaupun hidup dalam keadaan berserdehana more too susah, namun aku tetap mendapatkan kebahagian, limpahan kasih sayang dan kesenangan daripada orang yang menjaga aku..

Semua yang terjadi amat berharga sekali buat diri ini dan semua yang membaca entry blog niyh.. Semoga kita semua mendapat pedoman dan iktibar daripada dua kisah diatas.. Apa pun yang k0rang dapat selepas ini, bersyukurlah dengan pemberiannya kerana kita tidak mungkin mendapat apa yang kita hajatkan, namun apa yang diberi sudah teramat mencukupi.. Alhamdulillahh…

YOUR SINCERELY:


SAFIE MOKHTAR

No comments :

Post a Comment