Hi
korang, jumpa lagi.. Nak tau tak, pemakaian kemeja kekotak menjadi trend dan
pilihan ramai jejaka sekarang tau korang.. Ianya mempunyai pelbagai jenis dan
gaya yang tersendiri.. Korang semua nak tau tak, kebanyakkan kemeja kekotak ni
mudah disuaipandankan dalam gaya formal dan kasual..
Korang
semua, mesti baca tips wajib tahu kat bawah ni untuk rujukan pemakaian kemeja
kekotak yang sesuai untuk stail korang.. Jangan main pakai jup, ada karang
macam badut sarkas fun fair jinjang pulak.. hahahaha.. Peeehhhhh, Safie Mokhtar
kalau mengutuk dan ketawakan orang memang nombor satu..
4 tips wajib tahu dan
patut tahu untuk suai padankan kemeja kekotak..
- Padanan kemeja corak kotak ini boleh digayakan begitu sahaja bersama jeans bagi gaya kasual. Kalau korang nak tampil dan kelihatan lebih kemas, masukkan kemeja yang dipakai ke dalam jeans korang (macam tak pelik pulak kan, tapi Nampak kemas) atau gayakannya dengan jaket kasual untuk memberi ilusi semi-formal..
- Gayakan kemeja bersama kemeja-T sama ada plain atau bercorak yang digayakan bersama jeans dan but. Ia membawa definisi gaya tersendiri dalam penampilan kasual. Gaya yang dipanggil layering ini ampuh dalam memberi gaya maskulin dalam diri korang..
- Bagi gaya yang vintaj, sarungkan kemeja kekotak bersama knitted sweater diluar bersama khakis bagi menampakkan gaya old school atau campus look..
- Buat korang yang suka sangat bergaya ala-ala rock star tuh, kemeja kekotak ini sentiasa akan kelihatan awesome di tubuh badan korang. Gayakannya dengan jaket kulit dan skinny jeans. Pastikan potongan kemeja yang dipakai melekat pada tubuh agar ilusi gaya yang tepat kelihatan lebih menarik..
Ha
korang, tampil lebih bergaya dan kacak dengan tips-tips dekat atas ni.. Gayakan
kemeja kekotak korang dengan betul.. Jangan main sepia jup, karang ada yang
kena ketawakan orang bersepai-sepai gaban.. Ok all.. itu jup.. Guyz semua, take
a note.. Assalamualaikum..
YOUR SINCERELY:
Termenung....... Weeeeeeeeee
No comments :
Post a Comment