Soal
cinta bukan perkara yang remeh temeh dan bukan main-main. Menjaga pasangan
dengan baik akan memberikan kebahagiaan dalam percintaan. Kat sini mungkin
dapat membantu korang-korang semua menyelami kisah cintamu...
1) AQUARIUS (20 Jan - 18
Feb)
Bukan
saja kamu, tetapi ramai lagi yang menunggu si dia. Jadi jagalah hati si dia
sebaik mungkin. Jika tidak, kamu juga yang melepas apabila si dia jatuh ke
tangan orang lain. Nanti kamu juga yang rugi.
2) PISCES (19 Feb - 20
Mac)
Cinta
kamu pada si dia tidak pernah berubah sejak dari zaman sekolah lagi. Semoga
jodoh kamu berkekalan ! Kalau bajet kewangan sudah mencukupi, tiada salahnya
teruskan perancangan ke jinjang pelamin walaupun usia masih muda.
3) ARIES (21 Mac - 20
April)
Jauhkan
dirimu dari terjerat dengan cinta tiga segi. Setialah pada yang satu daripada
melukakan hati mereka. Ketika ini mungkin kamu seronok mempermainkan mereka,
esok lusa hati kamu pula yang rancak dipermainkan orang.
4) TAURUS (21 April - 20
Mei)
Walau
cintamu itu hanya bertepuk sebelah tangan. Tidak perlulah kamu berterusan berduka
lara, mungkin ada jejaka yang lebih baik daripada si dia buat dirimu. Jadi
tingkatkan semangat dan lalui hudupmu dengan lebih ceria.
5) GEMINI (21 Mei - 20
Jun)
Cinta
sejati memang tidak mudah untuk dimiliki. Buat dirimu yang berjaya menemuinya,
raikan kasihmu itu dengan ikatan yang lebih rasmi. Pasti hidup kamu berdua akan
lebih bahagia bersama. Tak percaya ? Cuba kamu terima lamarannya nanti !
6) CANCER (21 Jun - 20
Jul)
Walaupun
hubungan kamu kini bagai di hujung tanduk, cuba tenangkan fikiran dan cari
jalan penyelesaian jika jika benar kamu menyayanginya. Mungkin dengan
perbincangan dari hati ke hati bakal mengubah persepsinya perihal dirimu.
7) LEO (21 Jul - 21
Ogos)
Bercinta
terlalu lama mungkin bakal menerbitkan sedikit rasa bosan di hatimu. Oleh itu,
cuba seimbangkan perhubungan kamu berdua dengan keluar bersama rakan mahupun
keluarga masing-masing. Nanti kamu tidaklah bosan melihat si dia sahaja !
8) VIRGO (22 Ogos - 22
Sep)
Kamu
pasti bosan apabila si dia sering memberikan respon negatif apabila bicara soal
perkahwinan, bukan ? Jadi, apa kata kamu berikan sedikit kata "gertak
manja", nanti barulah si dia sedar akan kepentingan dirimu dalam hidupnya.
9) LIBRA (23 Sep - 22
Okt)
Kamu
sering mengharapkan agar peroleh pasangan yang sempurna paras rupanya tetapi
cintamu pula yang sering dikecewakan. Sebaiknya, cuba buka hati dan fikiranmu
untuk terima cinta tulusnya walaupun tanpa paras rupa yang kamu idamkan.
10) SCORPIO (23 Okt - 22
Nov)
Kawal
sedikit kasih sayangmu kepada si dia. Caramu ini, bukan sahaja dapat memastikan
kamu berdua berada di landasan yang benar, malah ia juga turut membantu kamu
mengetahui isi hatinya yang sebenar terhadap perhubungan ini.
11) SAGITARIUS (23 Nov -
20 Dis)
Tanpa
disedari cinta kamu berputik dek kerana sikap si dia yang lucu dan sering
mencuit hatimu, bukan ? Walaupun kamu segan untuk mengakuinya, kamu boleh cuba
untuk nyatakan hasrat tersebut melalui pesanan ringkas pun memadai.
12) CAPRICORN (21 Dis -
19 Jan)
Jangan
memberi janji palsu kepada si dia, kelak akan memakan dirimu sendiri nanti.
Sebaiknya, cuba berterus terang dengannya yang kamu tidak mampu untuk menrima
cintanya. Dengan itu barulah si dia lebih memahami.
So,
apakah rahsia cinta korang.. Ikutlah bintang-bintang dekat atas ni.. Ketahuilah
rahsia cinta korang.. Tengok-tengokkan dan selamat bercinta… Bhahahaha
YOUR SINCERELY:
Kat library emesyuuuuu.... Saja jup bosan-bosan lepas menelaah pelajaran..
Assalamualaikum doktor, sy Banyak perfume dah Cuba, tapi bila berpeluh ia Jadi bau yg kurang enak, sy kuat berpeluh, apa pandangan doktor haruman apa yg sesuai untuk says, dilahirkan pada 29 HB oktober
ReplyDelete