As Salam korang.. Ha, nak cerita
sikitlah pasal satu penyakit ni.. Semua orang tau kan kalau kita sebut atau
terdengar penyakit nyanyok atau hilang ingatan.. Kalau cakap jup, mesti semua
dah dapat bayangkan.. Kalau words amnesia?? Dapat tak bayangkan??
Amnesia ni merupakan sejenis penyakit
berkaitan dengan ingatan.. Alah, senang cerita samalah dengan penyakit nyanyok dan
hilang ingatan tuh.. Punca penyakit ni pula adalah disebabkan berlakunya
kerosakan pada struktur otak.. Alah yang korang selalu sebut “wayar short”
tuh..
Biasanya penyakit ni terjadi akibat
daripada dua faktor. Faktor-faktor tersebut adalah faktor dalaman dan luaran
seperti trauma akibat kejadian lampau, kecederaan di kepala, strok dan
sebagainya yang melibatkan kepala.. Ha, korang nak tau tak, amnesia ni ada
jenis-jenisnya tau.. Jom kita check it out..
1.
Amnesia Anterograde
Kebiasaannya mangsa tidak akan
mengingati peristiwa yang berlaku pada dirinya selepas tragedy, trauma atau
penyebab berlakunya amnesia. Lebih teruk lagi dan yang paling kesian, mangsa
tidak boleh dan tidak akan mengingati informasi yang baru yang baru
diterimanya.
2.
Amnesia Retrograde
Mangsa dari amnesia ini pula tidak
dapat mengingati peristiwa sebelum berlakunya tragedy trauma, penyebab kepada amnesia
dan lain-lain.
3.
Amnesia Emosi
Memori hilang disebabkan trauma
berkaitan psikologi. Kebiasaannya ianya bersifat sementara.
4.
Amnesia Lacunar
Tidak dapat mengingati sesuatu
peristiwa (specific)
5.
Amnesia Trauma
Kebiasaannya terjadi disebabkan berlaku
hentakan di kepala. Hilang kesedaran diri dan mungkin boleh koma untuk
seketika. Jenis trauma inilah yang paling terk sekali. Masyaallah, jauhkanlah
ia dari diriku, setiap insan yang bernama ahli keluargaku dan rakan-rakanku..
Ameen..
6.
Amnesia Hystorical
Keliru dengan identity sendiri.. Payah
ni..
Ha, nampak tak budak IT boleh cerita
pasal perubatan.. Kalah si Fatin Liyana tuh kan.. Nampak sangat kat atas tuh
ayat dari buku.. Maklumlah, tak ada kerja tadi, masuk kat library merayap
sampai level 7 masuk kat medical section.. Terasa awkward giler mase tuh, tapi
buat bodoh jup, adakah saya mengisahinya?? Hahaha.. terambil lah buku pasal
amnesia ni, puny abaca dengan tekun tadi.. Tuh yang dapat ilmu sikit tuh, terus
jup share kat sini.. GILA.. hahaha
Mcm mna mau amnesia sementera sya mau melupakan kwn yg lain sahaja kerana Ada tragedi yg membuatkan sya dipulaukan
ReplyDeleteapa tragedi tu cer ckp
Delete