Sunday, May 12, 2013

Jenis-Jenis Amnesia


As Salam korang.. Ha, nak cerita sikitlah pasal satu penyakit ni.. Semua orang tau kan kalau kita sebut atau terdengar penyakit nyanyok atau hilang ingatan.. Kalau cakap jup, mesti semua dah dapat bayangkan.. Kalau words amnesia?? Dapat tak bayangkan??

Amnesia ni merupakan sejenis penyakit berkaitan dengan ingatan.. Alah, senang cerita samalah dengan penyakit nyanyok dan hilang ingatan tuh.. Punca penyakit ni pula adalah disebabkan berlakunya kerosakan pada struktur otak.. Alah yang korang selalu sebut “wayar short” tuh..

Biasanya penyakit ni terjadi akibat daripada dua faktor. Faktor-faktor tersebut adalah faktor dalaman dan luaran seperti trauma akibat kejadian lampau, kecederaan di kepala, strok dan sebagainya yang melibatkan kepala.. Ha, korang nak tau tak, amnesia ni ada jenis-jenisnya tau.. Jom kita check it out..


1. Amnesia Anterograde
Kebiasaannya mangsa tidak akan mengingati peristiwa yang berlaku pada dirinya selepas tragedy, trauma atau penyebab berlakunya amnesia. Lebih teruk lagi dan yang paling kesian, mangsa tidak boleh dan tidak akan mengingati informasi yang baru yang baru diterimanya.

2. Amnesia Retrograde
Mangsa dari amnesia ini pula tidak dapat mengingati peristiwa sebelum berlakunya tragedy trauma, penyebab kepada amnesia dan lain-lain.

3. Amnesia Emosi
Memori hilang disebabkan trauma berkaitan psikologi. Kebiasaannya ianya bersifat sementara.

4. Amnesia Lacunar
Tidak dapat mengingati sesuatu peristiwa (specific)

5. Amnesia Trauma
Kebiasaannya terjadi disebabkan berlaku hentakan di kepala. Hilang kesedaran diri dan mungkin boleh koma untuk seketika. Jenis trauma inilah yang paling terk sekali. Masyaallah, jauhkanlah ia dari diriku, setiap insan yang bernama ahli keluargaku dan rakan-rakanku.. Ameen..

6. Amnesia Hystorical
Keliru dengan identity sendiri.. Payah ni..


Ha, nampak tak budak IT boleh cerita pasal perubatan.. Kalah si Fatin Liyana tuh kan.. Nampak sangat kat atas tuh ayat dari buku.. Maklumlah, tak ada kerja tadi, masuk kat library merayap sampai level 7 masuk kat medical section.. Terasa awkward giler mase tuh, tapi buat bodoh jup, adakah saya mengisahinya?? Hahaha.. terambil lah buku pasal amnesia ni, puny abaca dengan tekun tadi.. Tuh yang dapat ilmu sikit tuh, terus jup share kat sini.. GILA.. hahaha

YOUR SINCERELY:


Ini terlebih Amnesia... Hahahaha

2 comments :

  1. Mcm mna mau amnesia sementera sya mau melupakan kwn yg lain sahaja kerana Ada tragedi yg membuatkan sya dipulaukan

    ReplyDelete