Tuesday, July 16, 2013

Tips Elak Perut Buncit

Ha korang, suka nak taip pasal ni.. Perut buncit?? Masalah besar tuh.. Nak tau tak cara macam mana nak elak daripada perut menjadi buncit especially golongan lelaki yang dah berkahwin.. Macam aku bujang tak apa.. Hahahahaha.. cer check kat bawah ni, mana tau membantu..
  1. Amalkan cara duduk tegak. Apabila duduk dalam keadaan membongkok, perut bahagian bawah akan kelihatan lebih besar. Untuk melatih otot sentiasa kencang, amalkan mengemut otot perut ketika sedang duduk. Kemudian tarik bahu ke belakang dan dagu ke atas. Sandarkan punggung bawah dekat pada penyandar kerusi. Amalan ini membantu membaiki postur badan korang.
  2. Sapu perut dengan perahan limau dan kapur makan... Sapu dalam urutan membulat ok. Kalau rajin boleh balut dengan bengkung. Kena amalkan selalu.
  3. Ambil sedikit daun lidah buaya, masukkan ke dalam periuk dan tambahkan dengan air asam jawa. Didihkan dengan api kecil sehingga pekat. Tutup api dan biarkan ramuan menjadi suam dan kemudia baru dilumurkan pada perut.
  4. Ambil sedikit asam jawa dan bancuh dengan segelas air panas. Biarkan semalaman. Esoknya baru minum. Amalkan setiap hari sehingga mendapat perut idaman, ceh wah..
  5. Jaga pemakanan. Jangan makan makanan berlemak dan berminyak. Elakkan minum ais.

InsyaAllah kalau diamalkan petua kat atas ni perut korang tak kan kedepan lagi..hehe..eh jap...satu lagi kan kalau korang tak nak buncit, minum air selepas 30 minit korang makan taw..amalkan selalu, jangan hangat-hangat taik ayam je lebey..


p/s: beza antara yang berjaya dan yang gagal adalah usaha. Pepatah arab ada mengatakan "man jadda wa jada" yang bermaksud: sesiapa yang bersungguh-sungguh pasti berjaya

YOUR SINCERELY:

SAFIE MOKHTAR

No comments :

Post a Comment