“WHEN
someone loves you, they don’t always have to say it. You can always know it by
the way they treat you,” ucap Rani dengan maksud mendalam. Entah kenapa, dia
hendak berbahasa Inggeris pula dengan Danisha.
Nasi
dalam mulut Danisha hampir sahaja tersembur, mujur dia cepat menutup mulutnya.
Kemudian segera menyisip air minumannya.
“Yang
kau cakap orang putih dengan aku ni, kenapa?” tanya Danisha, kemudian ketawa
kecil. Begitu pun, dalam hati cuba mencari kebenaran kata-kata rakannya itu.
“Kalau
aku cakap bahasa ibunda, kau memang sengaja buat tak faham!” tempelak Rani.
“Apa
juga yang kau melalut ni?” sungut Danisha pula.
“Sudahlah
Nisha.Aku pasti kau pernah dengar ayat ini, kan?” soal Rani kemudian meneruskan
suapan. Nasi ayam dijamah dengan berselera sekali.
“Habis
tu, apa kaitannya dengan aku?”
“Aku
nak kau sedar, ada cinta antara kau dan dia,” beritahu Rani sambil menjeling
Danisha yang asyik buat tidak reti sahaja.
“Kau
bercakap macamlah kau tahu sangat apa yang ada dalam hati orang lain.”
“Aku
cuma tak nak kau terlewat sedar yang kau tu sebenarnya memang ada hati kat
dia,” ujar Rani dan terus menarik nafas panjang. Naik semput pula apabila
menuturnya dalam sekali lafaz.
Danisha
hanya mengeluh perlahan dengan kata-kata Rani. Tidak dinafikan, rasa rindu itu
bertandang lagi menjengah sudut hati. Walaupun sedaya upaya cuba ditepis, ia
tetap berkunjung tanpa mengira waktu.
Tiba-tiba,
dia rasa seperti sudah terkena minyak pengasih pula. Cuba mencari kenapa rasa
itu wujud. Takkan hanya kerana pak naga pernah menolongnya? Datuk Khalil juga
pernah menolongnya, malah lebih daripada itu. Tidak pula wujud rasa yang satu
itu.
“Aku
memanglah tak pandai sangat dalam bab-bab hati ni. Tapi, apabila rasa sayang
sudah wujud, automatik akan menolak rasa benci jauh-jauh,” tutur Rani lagi
dengan ayat mengusik jiwa pula.
“Yalah
tu!” Danisha sudah tersenyum-senyum. Tidak menyangka si Rani begitu prihatin
dan mengambil berat tentang dirinya. Bagi dirinya, ini soal hati, bukan boleh
main taram sahaja.
“Tengok,
bila aku cakap kau tak nak akui. Cuba jangan ego dengan diri sendiri,” tegur
Rani. Dia berasa geram pula dengan sikap Danisha.
“Macam
mana kau boleh nampak semua tu? Kita orang tak ada apa-apa, kau pulak yang
berlebih!” ujar Danisha pula.
“Andai
rasa itu tulus daripada hati, ia memang akan terus sampai ke kalbu. Malah, turut
terpancar di sinar mata.” Bersungguh-sungguh si Rani menyusun ayat sambil
mengangkat keningnya.
“Kau
ni memang Rani Mukerji betullah! Banyak sangat tengok cerita Hindustan.”
“Tengok
tu memanglah tengok, tapi Madhavan tetap pujaan hatiku!” ujar Rani kemudian
terus tertawa.
“Ni
hero mana pulak ni?Laki kau, nak letak kat mana?” Danisha sudah menggeleng.
“Hish
kau ni… jangan cakap kuat-kuat.Laki aku tentulah di jiwa dan raga,” ujar Rani
dengan penuh perasaan.
“Ingatkan
di dalam bakul!” gurau Danisha sambil tertawa terkekeh-kekeh.
“Melampau
bertullah kau ni. Tak baik tau…” marah Rani, Sebenarnya, dia tidak ambil hati
pun. Tahu rakannya itu hanya bergurau.
Pandangan
Danisha beralih ke luar tingkap, memerhati bangunan bersebelahan yang membuat
kerja-kerja pengubah suaian. Adakah dia juga kena mengubah pendiriannya hanya
kerana seseorang?
Dia
memang tidak pasti ketika mana perasaan yang satu itu wujud. Kini, hatinya akan
berdegup-degup apabila pak naga ada berhampiran.
Mereka
berdua sememangnya telah lama tidak bertegur sapa. Baik dia mahupun pak naga,
masing-masing tiada keperluan untuk berbual. Andai terserempak dengan tidak
sengaja, pasti Danisha gelabah semacam.
Sedar
Encik Hisham bagai ada sesuatu yang ingin diucapkan, tetapi senyap pula. Hanya
mata yang berbicara dan mengharap dia mengerti. Dia cuma mampu meneka dalam
kesamaran. Perasaan ego tetap ada biarpun cuba dihindari.
Iman
dan Rani pula sentiasa terlebih prihatin.Sering memerhati gelagat mereka
berdua. Kadang-kadang, rasa geram dengan sikap Danisha yang jual mahal.
Bertambah bengang, apabila pak naga juga tak reti-reti bahasa hendak mengurat!
*****
‘JANGANLAH
buang perasaan cinta yang hadir. Tidak salah kalau mahu disembunyikan. Apabila
tiba masanya, luahkanlah agar perasaan itu tidak terus dipendam. Nanti hati
sendiri yang sakit. Jiwa sendiri yang menderita.’
Danisha
cuba merenung dan menghadam kata-kata Iman yang memang ditujukan kepadanya.
‘Saat
hati sudah mula berkata sayang, kenapa wajah dia yang terbayang-bayang? Ketika
rasa kasih mula tumbuh perlahan-lahan, kenapa kau menyepi dan tak bersuara?’ Danisha
bermonolong di mejanya.
‘Stop
Danisha! Jangan cakap kau sudah jatuh cinta dengan pak naga. Tapi kalau tidak
cinta, apa namanya? Kalau tidak kasih, kenapa aku sudah jadi perindu bayangan wajahnya?’
Danisha berbicara sendiri.
*****
“AIMAN, cepat masuk!” suruh Danisha.
“Tunggulah
kejap. Tali kasut abang dah terbuka,” balas Aiman sambil mengikat tali
kasutnya.
“Hari
tu ibu suruh pilih kasut yang pakai pelekat, abang tak nak. Nak jugak pilih kasut
yang bertali, kan dah susah?” tegurnya.
“Tak
apalah. Ibu, abang nak tanyalah.”
“Apa
dia?” tanya Danisha dan terus menghidupkan enjin kereta.
“Kereta
yang besar tu, kereta kawan ibu ke?”
“Kereta
yang mana pulak ni?” soal Danisha pula.
“Alah,
kereta yang warna hitam tulah! Bila ibu jemput abang, kereta tu mesti ada. Anak
dia pun sekolah dekat sini jugak ke?” tanya Aiman lagi.
“Taklah!
Ibu mana ada kawan yang pakai kereta besar. Kawan ibu yang hantar anak dekat
sekolah ni, hanya Auntie Sofi,” beritahu Danisha.
“Oo…
ya ke? Ingatkan kawan ibu.”
“Itu
mesti kereta orang yang duduk kat sini. Tak payah fikirlah,” balas Danisha. Dia
pun malas hendak ambil tahu dan sibuk-sibuk pasal orang lain.
“Abang
cakap aje. Kereta tu besar, mesti dia orang kaya. Takkan tinggal dekat rumah
flat biasa.”
“Pandai
ajelah abang ni! Orang yang pakai kereta buruk sekalipun, belum tentu dia orang
susah. Entah-entah, lebih kaya daripada orang kaya yang lain.”
Aiman
terus senyap apabila Danisha sudah berkata begitu.
Setelah
memarkir kereta, Danisha dan Aiman terus menuju ke taska Aishah. Sebelum itu,
dia mengambil surat di peti surat. Ada beberapa pucuk surat termasuk bil
penyelenggaraan dan elektrik juga.
Semua
bil itu kena bayar tepat pada masanya. Andai bil penyelenggaraan tertunggak lebih
dua bulan, kena hadapi risiko bekalan air kena potong pula. Mahu tidak mahu,
kena juga Danisha guna duit simpanan di tabung hajinya apabila terdesak.
Padahal, duit itu disimpan untuk tujuan mengerjakan haji kelak.
“Aishah,”
panggil Kak Kathy apabila menyedari kehadiran Danisha.
Aishah
yang sudah terpandang Danisha terus mengambil beg taskanya. Setelah menyalam
tangan Kak Kathy, dia terus memakai kasutnya.
“Anak
ibu seronok tak duduk taska?” tanya Danisha sambil pegang tangannya.
“Seronok
sangat. Hari ini cikgu ajar lagu labah-labah, lepas tu tengok TV pulak,” cerita
Aishah dengan gembiranya.
“Hari
ni, sedap tak makanan yang Kak Kathy masak?” tanya Danisha lagi.
“Sedaplah
jugak. Adik suka makan sup sayur,” beritahu si kecil.
“Okeylah,
nanti kalau ibu senang, ibu nak tanya macam mana nak masak sup sayur yang adik
suka tu.”
“Alah,
tak payahlah tanya.”
“Kenapa
pulak?” soal Danisha.
“Nanti
malulah adik,” jawab Aishah dengan manjanya.
“Ya
ke? Entah-entah adik saja cakap macam tu sebab tak nak ibu paksa makan sayur
yang ibu masak,” duga Danisha.
Aishah
ini bukan boleh percaya sangat. Otak dia pun bergeliga juga walaupun masih
kecil. Kononnya sudah banyak makan sayur di taska, jadi tidak perlu lagi makan
di rumah.
“Mana
ada!” Aishah menjawab pantas.
“Tak
apa, nanti ibu tanya dengan Kak Kathy. Betul ke anak ibu ni suka makan sup
sayur tu.” Saja Danisha menyakat si kecil.
“Ibu
janganlah tanya,” rengek Aishah dan sudah mula buat muka merajuk.
“Yalah,
yalah… ibu tak tanya.” Faham sangat Danisha dengan taktik si kecil ini.
Tidak
mahu makan sayur, bercerita konon-kononnya suka sangat makan sup sayur di
taska! Boleh tahan jugak budak bijak ini.
No comments :
Post a Comment