Assalamualaikum
uollsss semua…
Lama
bebenoh dah tak update blog iollsss niyh… Nak design baru pun tak sempat nak
buat katanya.. Maklumlah bizi bebenoh lepas dah bergelar programmer kat kampeni
“Polan2 Sdn. Bhd.”.. Tapi nak jugak update sebab bulan niyh satu apa pun
iollsss tak update lagi dah nak tutup bulan dah, tinggal seminggu lebih lagi..
Iollsss tak nak terlepas daripada pandangan pembaca semua…
Kau
tau jemah, iollsss nak bercerita pasal kisah iollss sebenarnya.. Nak
dipendekkan cerita, polan bin polan tuh iollsss ler… hahaha.. Nak tau tak, apa
yang menarik kat story iollsss kali ini?? Jom teruskan membaca…
Anak
Yatim
Aku
berjalan disekitar jalan tar pada hari sabtu lepas.. Setiap hari sabtu memang
aku akan keluar sebab kat sana ada pasar sabtu jalan tar.. Semua barang
murah-murah belaka.. Dah penat berjalan, aku pun terus ke Sogo sebab dekat situ
ada tempat lepak dekan depan pintu masuk.. Siap ada hiburan lagi.. Menarik
sungguh…
Masa
tengah duduk tuh sambil melayan penghibur jalanan mendengdangkan lagu,
tiba-tiba ada seorang kakak ni duduk dekat sebelah.. Mula-mula aku senyum je
lah dekat dia.. Tetiba dia membalas senyuman aku sambil menegur…
“Assalamualaikum
dik..”
“Waalaikumusalam,
ya kak..”
“Sorang
je ke..?? Jalan2”..
“Ye
kak, ajak kawan pun dorang tak nak.. Dorang kata dah setiap minggu pergi..Bosan
katanya.. Tapi kalau saya tak adanya bosan, kat sini la tempat nak sh0pping
yang murah2 giler..”
“Oh
baguslah.. Dekat sini duduk dengan siapa? Parents ke?”..
Dalam
hati aku, banyak pulak tanya kakak niyh.. Nak bla takut dia kecik hati pulak…
“Eh
taklah kak, saya stay rumah uncle saya.. Saya study lagi.. Ibu saya dekat
Johor.. Family semua dekat Johor..”
“Ibu
sahaja?? Ayah”..
“Ayah
dah lama meninggal.. Sejak saya usia 3 tahun lagi.. Dah 18 tahun dia tinggalkan
kami”..
“Oooo
macam tuh.. Untunglah still ada mak dan keluarga..”
“Kenapa
akak cakap macam tuh??”
“Kakak
sebenarnya cemburu tengok orang yang ada parents.. Kakak tak pernah kenal siapa
ibu bapa kakak.. Kakak cuma kenal dah tau dimana kubur mereka..”
Kakak
tuh bercakap dengan nada yang bertukar sayu daripada seorang yang mesra dan
riang sebentar tadi…
“Atuk
dengan nenek??”
“Atuk
dengan nenek dah lama meninggal… Masa kakak umur 4 tahun lagi.. Merekalah ibu
bapa kakak yang setakat ini kak pernah kenal, peluk dan cium.. Kakak rindu
mereka..”
“Atuk
dengan nenek sebelah mak or ayah??”..
“Sebelah
ayah.. Sebelah ibu tak ada sebab ibu anak yatim piatu”..
Sedih
cerita kakak ni.. Dalam hati aku berkata..
“Family
yang lain semua tak nak dekat kakak, mereka kata menyusahkan sebab mereka semua
pun ada banyak tanggungan”..
“oooo
kesiannya”...
Lepas
tuh kami terus membisu, aku pula terus mengamati persembahan percuma yang
disajikan kepada orang-orang yang lepak dekat situ.. Habis je lagu dinyanyikan,
aku pandang sebelah.. Aku tengok kakak yang tadi tuh dah tak ada..
Lepas
tuh aku merenung ke hadapan lagi.. Penyanyi tadi nak sambung nyanyian dengan
lagu yang lain pula.. Sambil berhibur aku mula terpikir.. Selain aku, ada lagi
insan yang nasibnya lebih malang daripada aku.. Tak sangka tapi itulah
hakikatnya.. Walaupun seminit berbual, namun perbualan itu sangat bermakna dan
memberi pengajaran buat aku..
Korang
bayangkanlah, aku hilang ayah sewaktu umur 3 tahun.. Dan aku hidup tanpa kasih
saying seorang ayah.. Namun, aku tetap bersyukur sebab Allah kurniakan aku
seorang ibu yang menjaga dan mendidik aku sehingga besar..
Lagi
satu, bila aku tanya kawan-kawan aku tentang datuk dan nenek mereka, ada yang
kata dah meninggal, sakit tua walhal baru berumur 60an.. Namu aapa boleh buat,
dah itu ketentuan Allah S.W.T.. Mereka seawal usia muda seperti aku sudah ada
yang merasai kehilangan… Apa pun aku tetap bersyukur kerana aku still mempunyai
datuk dan nenek yang masih lagi sihat walaupun usia mereka sudah lanjut..
Grandparents aku dah dekat 80an..
Walaupun
aku bergelar anak yatim, namun apa yang dikurniakan Allah kepada aku amat
sempurna sekali walaupun aku merasa kurang lengkap hidup tanpa seorang ayah
seperti orang lain.. Aku hanya hilang seorang wira, namun dibelakang aku ramai
lagi yang masih mahu untuk membimbing aku..
Terima
Kasih Ya Allah kerana menganugerahkan kehidupan yang paling sempurna buat aku..
…..bersambung
YOUR
SINCERELY:
SAFIE
MOKHTAR