Friday, December 26, 2014

Aktiviti Rewang: Aktiviti Merapatkan Hubungan Silaturahim

Bersambung daripada entry yang lepas “Gift Completed”, entry kali ini bersambung kembali menganai aktivi rewang keluarga kami, andaman dan juga krew-krew rewang sekitar Taman Sri Jaya, Bandar Renggam.. Aktivi ini memang meriah dan paling best bila semua family ada berkumpul beramai-ramai.. Molek-molek semuanya bergurau senda..

Antara aktiviti rewang yang sememangnya banyak dan mengalahkan orang kerja.. Iollss tak mau nak cerita, biar gambar yang berbicara..





Bunga Telur untuk penanggah dan khatam Quran




Comey tak my dear, the bridegoom ni.. Sweetkan dengam payung pink dia tuh.. Main hujan katanya.. Wakakakaka













Kak Lin n her assistant.. Bukan main lagi buat sireh junjung katanya..















Malam tadi punya cerita, dekat dewan orang ramai bandar Renggam.. Meriah wei, kat luar hujan, kami kat dalam menyalak.. Hahaha

Sekian...

YOUR SINCERELY:

SAFIE MOKHTAR

Gift Completed

Assalamualaikum

Firstly sebelum membebel, iollss nak ucapkan takziah kepada semua mangsa-mangsa banjir di negeri pantai timur yang sedang dilanda musibah.. Percayalah, ada hikmah disebalik musibah yang diberi..

Ok, berkenaan dengan tajuk diatas, completed gift tuh bukan bermaksud iollsss sambut xmas.. Iollsss muslim.. So, as uollsss know, bulan November dan December ni bersempena dengan cuti panjang, maka orang-orang melayu dan Malaysia ni memang tidak lekang dengan majlis perkahwinan.. Termasuklah dengan keluarga iollsss sekali..

On 27 December ni, untuk tarikh dari post ni esoklah, my dear Etty Syarmila n my bro Shahrul Md Tahir akan melangsungkan hari perkahwinan mereka.. Today after sembahyang jumaat, depa akan dinikahkan and then esoknya pula adalah majlis resepsi..

So disebabkan mereka berdua ni antara orang terpenting bagi iollsss dan family, iollsss perlu membuat beberapa preparation for the gift.. Dari awal November lagi iollsss dah fikir lepas gaji masuk.. Bayangkan dua bulan lagi k0t.. Dengan cuti dah mintak.. Sampai b0ss i0llsss kata macam ni: “U yg nak kahwin ke?”.. Bapak kau berak berdirilah kalau tak segan w0i…

Sogo menjadi pilihan untuk iollsss mencari gift buat depa semua.. Antara barang-barang yang iollsss dapat kat sogo antaranya:







See, see, nasib tengah offer.. Kalau tak terbang RM400 ke RM500 jawabnya.. Disebabkan tengah offer YES kat sogo, harga barang untuk gambar diatas semua hanyalah RM180++ lebih kuranglah.. Later I calculate ya.. Kalau ikut harga asal dalam anggaran RM 400 ke RM500 lah.. Kat sogo tuh apa yang murah mak cik oi, better gi jalan TAR n jalan masjid india, lagi murah.. Sesungguhnya disekitar itu semua adalah syurga membeli-belah bagi ibu kota Kuala Lumpur..

Before I tamatkan story hari ini, iollss nak uollsss tolong doakan kami semua agar majlis yang dirancang berjalan lancar.. Ada beberapa gambar lagi dibawah ni yang menunjukkan keadaan sungai sayong yang terletak belakang rumah kami semasa aktiviti rewang berlangsung..







Banjir sudah sampai ke Johor.. Johor dah beberapa hari ni terus hujan dan mendung.. Tahukan anda, ibu-ibu bimbang kain tak kering.. Hahaha.. Letak punch line sikit…

Ok one more thing, iollsss nak sertakan sekali gambar pengantin di akhir entry ini.. Sekian..

Really I love both of them.. So cute dear n bro..

YOUR SINCERELY:

SAFIE MOKHTAR

Thursday, October 23, 2014

Kisah Si Polan Bin Polan Part II

….sambung dari part satu..

Nabi Muhammad S.A.W. kehilangan ayah ketika beliau masih lagi didalam kandungan ibunya manakala beliau kehilangan ibunya pula pada usia sebegitu muda atau dikenali sebagai kanak-kanak.. Bayangkan betapa beratnya dugaan yang menimpan nabi daripada kita semua umatnya..

Assalamualaikum uollsss semua.. Hari niyh iollsss nak sambung lagi story yang lepas.. Semoga uollsss semua terhibur ya..

Orang Miskin

Bila kita berjalan-jalan disekitar bandaraya Kuala Lumpur memang tidak dapat dinafikan banyak golongan gelandangan dan peminta sedekah disekitar kawasan bandaraya.. Kawasan yang paling banyak adalah disekitar KLCC, Jalan TAR, Masjid India dan Chow Kit Road.. Namun kita sering tertanya-tanya kenapa dengan mereka ini.. Adakah ianya satu penipuan seperti yang ditunjukkan di dalam televisyen or mereka betul-betul tidak mampu untuk menampung atau menyara kehidupan dibandar besar ini.. Hurmmm tiada jawapan yang pasti…

Masa aku nak pergi ke kelas tempoh hari, sewaktu aku berjalan di jejantas untuk ke stesen KTM Bank Negara, aku ternampak ramai sangat peminta sedekah disitu.. Ada seorang ibu yang membawa anak kecil tak silan 2 orang.. Si abang dalam lingkungan 3 tahun manakala si adik pula masih lagi dalam pangkuan si ibu.. Aku cuba mendekati…

“Assalamualaikum..”
“Waalaikumusalam” dia menjawab..
“Kak, ambil ni ya buat belanja anak2”.. Aku menghulurkan n0tes RM10.. Si ibu mengambil lalu mengucapkan terima kasih..
“Kak, noleh saya tanya sikit?” Aku memberanikan diri manakala Ibu tadi hanya menganggukkan kepala dengan malasnya.. Nampak kelihatan sangat penat sekali…
“Kak, kenapa bawak budak2 ni? Kenapa tak tinggalkan dekat rumah?”..
“Saya tak ada rumah.. Saya duduk sini dah dua tahun.. Malam saya tidur di masjid mandi sana.. Bapak budak-budak ni memang tak guna.. Tau sedap buat anak lepas tuh lari tinggalkan kami.. Memang dasar se***”… Marah sekali dia.. Mungkin ada peristiwa keji yang membuatkan dia marah yang berlaku sebelum ini…
“Sabarlah kak, dah ini ketentuan Tuhan.. Akak dari mana??”
“Pahang…”
“Jauh tuh kak.. Suami akak ada kat sana ke?”
“Ye, akak lari dari dia.. Tak tahan dengan perangai dia, kaki judi, kaki botol.. Anak dia yang sulung ni pun selalu kena pukul.. Orang tak siuman je buat macam tuh..” Marah sekali dia..
“Sabarlah kak.. Dah ketentuan tuh namanya.. Tapi kak, bahaya duduk sini tau.. Nanti kalau DBKL datang, dorang tangkap akak..”
“Alah dah 3 bulan akak macam ni, tak ada apa2 pun.. Akak lebih rela duduk sini daripada duduk rumah puaka tuh.. Biarlah kalau dia orang nak tangkap sekali pun.. Akak dah tak kesah dah..”..
“Oklah kak, saya pergi dulu ya.. Assalamualikum..”

Aku pun terus berjalan menuju ke Halt KTM Bank Negara.. Sebelum aku masuk, aku toleh balik ke arah kakak tuh anak beranak duduk.. Ternyata tersentuh hati melihat si abang berlari-lari dan bermain sendirian di lorong laluan pejalan kaki itu.. Lebih tersentuh melihat si adik yang menangis mungkin haus barangkali kerana ketika aku disitu si adik sedang lena dibuai mimpi indah.. Si ibu pula sedang memarahi abang mungkin kerana dia takut anaknya hilang kemana nati ketika bermain.. Maklumlah kat Bandar ni macam-macam boleh terjadi...

Disebalik apa yang berlaku dan masih lagi bermain dibenak fikiran aku adalah, kenapa seorang yang bergelar bapa sanggup melakukan hal yang tidak betul sedemikian sehingga menyebabkan anak dan isteri terabai.. Adakan si bapa kurang pendidikan atau ilmu agama.. Adakah si bapa tidak takut akan dosa yang telah dia lakukan terhadap anak-anaknya.. Memang tidak boleh dirungkai namun itulah hakikatnya…

Walau apapun yang terjadi, kejadian diatas tadi amat memberikan pengajaran yang bermakna kepada aku… Aku bersyukur sangat kerana Allah menganugerahkan aku sebuah keluarga yang bahagia walaupun aku tidak mendapat kasih saying seorang ayah namun apa yang aku dapat dan nikmati ini sudah cukup buat aku.. Walaupun aku dibesarkan dalam sebuah keluarga yang sederhana, namun aku tetap bersyukur kerana aku mempunyai semuanya… Biar kita miskin asalkan kita tidak sombong dan zalim..

Semiskin-miskin yang aku rasa pada hari ini tidak dinampakkan seperti seorang yang miskin kerana apa yang ada disekelilingku sudah mencukupi.. Hanya mulut dan hati je yang memberontak, namun ianya tidak sekejam yang disangka.. Semiskin-miskin aku, ada yang lagi miskin dan susah hidupnya.. Nak makan pun meminta-minta.. Nak tidur pun menumpang sana, menumpang sini.. Tetapi aku tidak merasa seperti itu..

Lagi satu, apa yang menyedihkan dan memilukan hati adalah, si abang dan si adik.. Mereka pada usia sebegitu sudah merasa hidup yang amat perit sekali walhal mereka berhak mendapat kesenangan daripada kedua orang tuanya.. Aku amat bersyukur sekali walaupun hidup dalam keadaan berserdehana more too susah, namun aku tetap mendapatkan kebahagian, limpahan kasih sayang dan kesenangan daripada orang yang menjaga aku..

Semua yang terjadi amat berharga sekali buat diri ini dan semua yang membaca entry blog niyh.. Semoga kita semua mendapat pedoman dan iktibar daripada dua kisah diatas.. Apa pun yang k0rang dapat selepas ini, bersyukurlah dengan pemberiannya kerana kita tidak mungkin mendapat apa yang kita hajatkan, namun apa yang diberi sudah teramat mencukupi.. Alhamdulillahh…

YOUR SINCERELY:


SAFIE MOKHTAR

Tips Membuat Lawak Yang Bernas

Buakn mudah untuk seseorang itu membuat lawak, assalamualaikum awak-awak… Hahaha.. Lawak tak?? Macam bodoh je i0llsss rasa.. Mesti u0llsss rasa ann0yingkan.. T0day’s punya st0ry i0llsss nak cerita pasal satu tips untuk membuat lawak.. Iollss tak pernah cubalah.. Apa yang iollsss dapat niyh adalah daripada rancangan-rancangan TV dan blog-blog lain yang iollsss baca..

Iollsss memang suka ketawa, namun ketwa tuh biarlah mengikut lawak yang betul.. Jangan orang tak buat lawak tetiba u0llsss ketawa, memang orang akan kata u0llsss gila.. Hahaha lawaknya.. #NobodyCares…

K0rang tau tak, melawak ni pun ada caranya.. Ada tipsnya.. Bukan main tibai jer.. Kau ingat nak buat sesuatu tuh senang je ke buat macam tuh je ke.. Apa benda pun kat dunia ni walaupun nampak senang tapi setiap yang dibuat pasti ada cabarannya.. So kat sini iollsss nak share lah dengan u0llsss semua tips-tips macam mana nak buat lawak yang sangat bernas… Mana tau lepas baca niyh uollsss dapat satu skill melawak n bolehlah uollss masuk raja lawak ya…

1. Ingat Cerita Jenaka
  • Bersedia sebelum melawak.. Cuba uollsss tgk citer2 yang lawak.. After that, ingat betul2 citer2 yang uollsss tengok tuh.. Same thing like singing, we0llsss tak akan menyanyi kalau we0llsss tak ingat liriknya.. Betul tak??...

2. Rangka Cerita
  • Ada dua part dalam setiap jenaka yang dibuat… Satunya rangka cerita dan satunya punch line.. Kalau tak ada punch line, tak jadilah..

3. Kata Pikat
  • Pengakhiran diluar jangkaan.. Paling el0k akhirnya mengejutkan dan lain daripada apa yang audience fikirkan... Ia secara tiba2 dan lucu…

4. Masa Yang Tepat
  • Penyampaian kata pikat haruslah dikotakan pada masa atau waktu yang tepat.. Walaupun ringkas, tetapi ianya sangat penting.. Ia memberi kesan kepada audience untuk berasa lega dan suspen sebelum dikejutkan secara tiba2..

5. Pendek
  • Lawak yang panjang akan menjadi tidak kelakar.. Sometimes ianya membosankan audience.. Ingat jangan panjang2, pendek2 sudah…

6. Buat Lawak Sambil Berdiri
  • Mengusik dan mengeluarkan kata-kata lucumemang boleh dilakukan semasa duduk.. Tetapi membuat lawak ketika berdiri adalah lebih berkesan ditambah pula dengan body language si pelawak itu lagi…

7. Tunjuk Ekspresi
  • Buat mimic muka, body language dan beraksi dengan sewajarnya… Make sure tunjukkan reaksi gembira ketika u0llsss melawak tuh.. Notes: mana ada orang buat lawak time dia sedih atau marah…

8. Jelas dan Yakin
  • Make sure u0llsss menyampaikan lawak u0llsss tuh dengan suara yang terang dan jelas dan yang paling penting sekali u0llsss kena berkeyakinan untuk membuatnya… Kalau silent c0medy, u0llsss kena peka pulak dekat b0dy language supaya audience faham apa yg hendak u0llsss sampaikan…

9. Spontan
  • Kekadangkan, lawak atau jenaka tuh menjadi kelakar, lucu serta menggelikan hati jika ia terjadi secara spontan atau tidak dirancang…

10. Jangan Menjerit
  • Make sure kalau u0llsss guna mikrofon masa buat jenaka tuh, ni for th0se wh0 perform at the stage, make sure u0llsss jangan menjerit.. Takut nanti ada yang pekak pulak.. Ya dak..

11. Jangan Ketawa Sendiri
  • Jangan ketawa bila u0llsss buat lawak.. Means jangan sendiri buat, sendiri ketawa.. Nampak beben0r yang u0llsss punya lawak tuh tak jadi…

12. Jangan Merepek
  • Jangan memuji orang lain lebih kelakar dengan jenakanya kerana ianya akan membuatkan mereka yang lain lebih kelakar daripada u0llsss.. Be cool dan kalau nak puji biar berpada-pada.. Jangan buatkan diri u0llsss tuh paling hina dimata orang..

13. Jadikan Hobi
  • Melawak dibuat sebagai hobi.. Jadikan ianya cool dan ohsem pada hari-hari yang u0llss jalani..

Ok dah, tuh je ye.. Selkamat maju jaya pelawak-pelawak semua..

YOUR SINCERELY:

SAFIE MOKHTAR

Kisah Si Polan Bin Polan Part I

Assalamualaikum uollsss semua…

Lama bebenoh dah tak update blog iollsss niyh… Nak design baru pun tak sempat nak buat katanya.. Maklumlah bizi bebenoh lepas dah bergelar programmer kat kampeni “Polan2 Sdn. Bhd.”.. Tapi nak jugak update sebab bulan niyh satu apa pun iollsss tak update lagi dah nak tutup bulan dah, tinggal seminggu lebih lagi.. Iollsss tak nak terlepas daripada pandangan pembaca semua…

Kau tau jemah, iollsss nak bercerita pasal kisah iollss sebenarnya.. Nak dipendekkan cerita, polan bin polan tuh iollsss ler… hahaha.. Nak tau tak, apa yang menarik kat story iollsss kali ini?? Jom teruskan membaca…

Anak Yatim

Aku berjalan disekitar jalan tar pada hari sabtu lepas.. Setiap hari sabtu memang aku akan keluar sebab kat sana ada pasar sabtu jalan tar.. Semua barang murah-murah belaka.. Dah penat berjalan, aku pun terus ke Sogo sebab dekat situ ada tempat lepak dekan depan pintu masuk.. Siap ada hiburan lagi.. Menarik sungguh…

Masa tengah duduk tuh sambil melayan penghibur jalanan mendengdangkan lagu, tiba-tiba ada seorang kakak ni duduk dekat sebelah.. Mula-mula aku senyum je lah dekat dia.. Tetiba dia membalas senyuman aku sambil menegur…

“Assalamualaikum dik..”
“Waalaikumusalam, ya kak..”
“Sorang je ke..?? Jalan2”..
“Ye kak, ajak kawan pun dorang tak nak.. Dorang kata dah setiap minggu pergi..Bosan katanya.. Tapi kalau saya tak adanya bosan, kat sini la tempat nak sh0pping yang murah2 giler..”
“Oh baguslah.. Dekat sini duduk dengan siapa? Parents ke?”..
Dalam hati aku, banyak pulak tanya kakak niyh.. Nak bla takut dia kecik hati pulak…
“Eh taklah kak, saya stay rumah uncle saya.. Saya study lagi.. Ibu saya dekat Johor.. Family semua dekat Johor..”
“Ibu sahaja?? Ayah”..
“Ayah dah lama meninggal.. Sejak saya usia 3 tahun lagi.. Dah 18 tahun dia tinggalkan kami”..
“Oooo macam tuh.. Untunglah still ada mak dan keluarga..”
“Kenapa akak cakap macam tuh??”
“Kakak sebenarnya cemburu tengok orang yang ada parents.. Kakak tak pernah kenal siapa ibu bapa kakak.. Kakak cuma kenal dah tau dimana kubur mereka..”
Kakak tuh bercakap dengan nada yang bertukar sayu daripada seorang yang mesra dan riang sebentar tadi…
“Atuk dengan nenek??”
“Atuk dengan nenek dah lama meninggal… Masa kakak umur 4 tahun lagi.. Merekalah ibu bapa kakak yang setakat ini kak pernah kenal, peluk dan cium.. Kakak rindu mereka..”
“Atuk dengan nenek sebelah mak or ayah??”..
“Sebelah ayah.. Sebelah ibu tak ada sebab ibu anak yatim piatu”..
Sedih cerita kakak ni.. Dalam hati aku berkata..
“Family yang lain semua tak nak dekat kakak, mereka kata menyusahkan sebab mereka semua pun ada banyak tanggungan”..
“oooo kesiannya”...

Lepas tuh kami terus membisu, aku pula terus mengamati persembahan percuma yang disajikan kepada orang-orang yang lepak dekat situ.. Habis je lagu dinyanyikan, aku pandang sebelah.. Aku tengok kakak yang tadi tuh dah tak ada..

Lepas tuh aku merenung ke hadapan lagi.. Penyanyi tadi nak sambung nyanyian dengan lagu yang lain pula.. Sambil berhibur aku mula terpikir.. Selain aku, ada lagi insan yang nasibnya lebih malang daripada aku.. Tak sangka tapi itulah hakikatnya.. Walaupun seminit berbual, namun perbualan itu sangat bermakna dan memberi pengajaran buat aku..
Korang bayangkanlah, aku hilang ayah sewaktu umur 3 tahun.. Dan aku hidup tanpa kasih saying seorang ayah.. Namun, aku tetap bersyukur sebab Allah kurniakan aku seorang ibu yang menjaga dan mendidik aku sehingga besar..

Lagi satu, bila aku tanya kawan-kawan aku tentang datuk dan nenek mereka, ada yang kata dah meninggal, sakit tua walhal baru berumur 60an.. Namu aapa boleh buat, dah itu ketentuan Allah S.W.T.. Mereka seawal usia muda seperti aku sudah ada yang merasai kehilangan… Apa pun aku tetap bersyukur kerana aku still mempunyai datuk dan nenek yang masih lagi sihat walaupun usia mereka sudah lanjut.. Grandparents aku dah dekat 80an..

Walaupun aku bergelar anak yatim, namun apa yang dikurniakan Allah kepada aku amat sempurna sekali walaupun aku merasa kurang lengkap hidup tanpa seorang ayah seperti orang lain.. Aku hanya hilang seorang wira, namun dibelakang aku ramai lagi yang masih mahu untuk membimbing aku..

Terima Kasih Ya Allah kerana menganugerahkan kehidupan yang paling sempurna buat aku..

…..bersambung

YOUR SINCERELY:


SAFIE MOKHTAR